Saturday, November 29, 2008

Thursday, November 27, 2008

SURAT PEMBACA

Note : Surat nih baru smpai semalam dan punyerlah mak aku tak perasan.Surat nih basah kena hujan...

Hello Amri!

Joy menulis nih dari Melaka sebelah rumah bohsia he...he...

Barang2 yang aku nak order
=R.E zine #1 RM4

itu je barang dapur yang aku nak order Amri! (caitt barang dapur ko panggil haha-ed)

Ok Amri, aku nak kau hantar barang yang aku order tu sepantas kilat he...Gurau je...

Kat dalam surat ni ada RM4

Junie Joy Marius
13-B1, jalan Taman Melaka Raya 14,
75000 Melaka Raya,
Melaka, Malaysia

JAWAPAN : Thanks Joy, ngan sepantas kilat aku post kat ko...sabar ya... XD

HIDUP BAGAIKAN SUNGAI MENGALIR


Aku baru je habis membaca buku nih semalam.

Sebuah buku yang mengisahkan tentang sejarah tentang 16 orang wanita dalam Gerakan Anti-Jepun, Anti-Penjajah dan Kemerdekaan di Malaysia dan Singapura.(1938-1989) Aku tak pernah mengulas tentang buku2 bercorak genre sejarah nih.Malah setelah aku habis membacanya, aku rase bangga la pulak dengan sejarah kemerdekaan kita dan nyatanya versi2 buku2 teks sejarah sekolah yang aku pernah ngadap dahulu memang sentiasa aku ragui, musykil dan kini ianya dah semakin jelas.

Bukan buku teks sejarah sekolah itu yang memberikan aku jawapan!!!

Ternyata Agnes Khoo telah membawa kite menyusuri tentang kehidupan bekas2 wanita PKM (Parti Komunis Malaya), Tentang bagaimana kisah mereka terpaksa berjuang di dalam hutan belantara, survival selama bertahun2 dengan revolusi, hidup berkolektif sesame komrad, situasi2 cemas, gembira, suka dan duka mereka selama ini.

Wanita2 ini juga turut mengecam tentang situasi, layanan berat sebelah, antara kerajaan British, politik Malaya, propaganda fasis, kezaliman tentera jepun terhadap wanita, dan bermacam2 lagi lah...Kepelbagaian latar belakang dan sejarah hidup mereka dihimpunkan di dalam buku nih.Pastinya wanita2 yang ada didalam nih adalah asalnya orang singapura, Malaya dan Thailand.

Sebuah dedikasi yang tak mungkin leh dibayar dengan harta dan benda.Maka dengan salah satu buku ini.Tak mungkin sejarah2 wanita2 ini boleh dipadam.

Paling menarik sekali, wanita2 ini sering menyatakan tentang hak kesamarataan antara lelaki dan wanita.Bagi mereka, mereka bangga bila dapat melakukan apa jua kerja yang dapat dilakukan oleh kaum lelaki.Malah mereka juga melakukan apa jua tugas yang diperintahkan pemimpin dengan lebih lagi.Tekad dan kental mereka yang membuatkan kerajaan kita begitu takut dengan kemaraan mereka.Bukan takat PKM aja.Malah API (angkatan pemuda Insaf), AWAS dan penduduk2 kampung juga turut menyumbang pada pergerakkan gerila bawah tanah nih...Hasilnya PKM, kerajaan Thailand dan kerajaan Malaya menandatangani Persetujuan Perdamaian Haadyai tahun 1989.

So komrad2 sekalian, kajilah balik apakah benar sejarah kemerdekaan kita nih benar2 sekadar melepaskan batuk di tangga.Apakah sejarah kite merdeka dengan hanya sebatang pen dan kertas (dokumen).Sejarah kite langsung tak pernah menumpahkan darah?Lihatlah kembali dokumentari Revolusi 46 arahan Fahmi Reza...

Dedicated to Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh dan 16 orang wanita yang berada didlm buku nih

OPEN FOR ADVERTISING!!!

Okeh disini aku nak announce :

STILL IN PROGRESS!!! SAPE MAHU ADVERTISING??? DATELINE 15 DISEMBER NIH!!! (LIMITED)

Harga ngan size leh runding...(murah jer-ed) Tarek hal nyer.Nak cetak banyak nih...Korang nak full page ke, half page ke, suku page ke...bergantung pada ruang2 kosong yang terlalu terhad sebab 2nd issue nih kitaorang pakai size a4.Bukan size a5 lagi... =)

Contains and info terkini...

feturing :
FC FIVE (terbaikk-ed) / UTARID r.i.p / Crestfallen / Sarjan Hassan / Almost There / Bannbodo / Tyranny / Spritz!!! / Madhouse and more and more....

THIS IS ALL ROUNDER ZINE...

Clothing feturing : (Bicara bersama clothing section) Molek / Reput / Chonteng

including gig report / full version :
Bunyi vol2, Indienation Kelam Kabut Fest / Altar Of Heroes / There Was A Hard Impact /Art Of Noise / Rawstar fever / Disarm fest / Tribute To Bob Marley / Three chord from the Truth / Fight Global Warming / Supernova Indie fest

more stuff review like books, cd, zine, cassette / comic pro-stail 5 page / article2 / feedback letter / thanks list and more...more than personal writing and blablabla (ini pun hasil berdasarkan apa yang aku mampu miliki atau dikirimkan oleh orang lain-ed)

This is an alternative media from 2008 underground movement!!!

Size2 untuk dijual

Pakej A [W = 20.9cm / L = 29.1cm]
Full page (a4) RM 70 +/- (leh runding) untuk page 02.
Ruangan paling mahal nih.Leh dilelong pada sape2 yg nak bida harga tinggi, leh la letak situ.Hehe ;P

Pakej B [W = 20.9cm / L = 14.7cm]
Half page RM 40 +/- (leh runding) untuk page 02 dan utk page2 yang lain mengikut situasi.

Pakej C [W = 14.7cm / L = 10.4cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

Pakej D [W = 10.4cm / L = 14.7cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

FAQ :

Hanya yang benar2 serius dan trusted sahaja!!!

Aku hanya open size 4 jenis pakej zine (full page, half page dan 2 jenis suku page sahaja...) Memang limited sebab aku tak tahu nak letak iklan ape kat situ.Aku cuma nak ikut permintaan pembaca, band, clothing, organizer, peniaga2 dan tak kesah la ape2 mende atau produk yg korang nak advertise kan...Takde policy dan rules2 penapisan kementerian dalam negeri dalam R.E zine nih.Tapi leh harga dan size leh adjust dan runding!!! Leh promote2 produk2 korang. =)

Oh yeaa...Nih bukan untuk profit dan keuntungan semata-mata.Harga2 advertising nih leh la sedikit sebanyak menampung cost printing / copied yang semakin mahal lak aku rase...Damm

2nd issue nih bakal dirilis sebelum tahun nih atau awal tahun depan.Nih lah timing terbaik dan harapnya kemunculan 2nd issue nih leh memberi sedikit makna dan juga cerita / info dsb yang aku dan gang2 R.E zine nih lalui, tempuhi dan alaminya khasnya untuk scenister dan undergrounder...

Perhatian 2 :
Tiap-tiap design advertising hendaklah dikirimkan dalam bentuk JPEG, Nyatakan sizenyer dan please zine nih takder nyer kaler2 nyer.Hitam, putih, kelabu aja diterima.Kalau korang kaler gak.Aku grayscale kan aje.Huhu

Oh yee...design sendiri bikin tau.


BERMINAT??? Tak usah segan silu, mailkan aja request korang kat : rebelenvironmentzine@gmail.com
gang38th2000@yahoo.com
PHONE CALL : 017-2117016

SEBARKAN KAT SELURUH SCENISTER dan juga RAKYAT JELATA!!!

Wednesday, November 26, 2008

EARLY SKECHTES / DAY 06

HELL AWAKE / page 02

HELL AWAKE / page 03
Nih page 03...Takder displin tul...haha siap separuh
Laju laju laju lagi hehe ;P

Police stop anti-ISA event in Ampang, nine arrested



Yaa...Hapuskan ISA, hapuskan undang2 rimba, Hapuskan undang2 Drakonian...Akan ada lagi himpunan ala-BERSIH bagi menghapuskan akta kejam ISA tak lame lagi...Tapi kat Selayang...Tunggu update tak lame lagi...

Time tuh datang agak lambat.Rakanku dari Unit Amal, komrad2 Reformasi yang memberi sokongan tak berbelah bagi untuk mana2 demotrasi anjuran GMI nih.Kalian leh lihat sendiri bagaimanakah polis2 mengasari rakyat yang sedang berhimpun secara aman.Polis menghalau para demostrasi nih cam menghalau sekumpulan anjing!!! Fuckap tul...

Monday, November 24, 2008

BERITA TERKINI / SHAH RUKH KHAN BATAL...

Shah Rukh Khan telah membatalkan kedatangan untuk menerima anugerah Datuk dari kerajaaan Melaka.

Dalam usaha untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia kerjaaan Melaka pagi ini telah membincangkan untuk memberi anugerah Datuk kepada Micheal Jackson yang diberitakan baru memelok agama Islam.

Satu delegasi resmi kerjaan Melaka akan pergi ke Los Bodokos di Selatan Carlifornia untuk membicangkan tarikh penerimaan anugerah derajah Datuk Peduka Melinga Manku Alam, derajah yang tertinggi di Melaka.Dari apa yang difahamkan Michel Jackson akan dicadangkan datang ke Melaka pada 23 March tahun hadapan bersama dengan tarikah persidangan gerombolan United Malays National Organisation.

Mengikut sumber diplomat, langkah ini sama seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Harun pada tahun 1975 apabila beliau telah menjemput Joe Burgner dan Mohamad Ali Clay untuk bertumbuk di Kuala Lumpur, sebagai langkah untuk mempopularkan dirinya yang sedang bertanding.Malah Mohamad Ali Clay telah di jemput untuk datang ke persidangan tahunan gerombolan United Malays National Organisation yang pada ketika itu di adakan di Dewan Bahasa dan Petaka.

Jika Micheal Jackson bersetuju untuk menerima anugerah ini maka besar kemungkinan Ali Rustam akan menjadi bagitu popular sekali. Ini kerana budaya gerombolan ini cukup suka kalau ada orang masuk Islam terutama dari Amerika, lebih-lebih lagi kalau orang itu Mat Saleh.

Rancangan rapi telah diatur agar Michel Jackson akan memakai baju Melayu atau Batik ketika menerima anugerah Datuk.

Jika semua ini berlaku, Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang pada ketika ini diberitakan sedang belajar Bahasa Inggeris adalah bakal Perdana Menteri Malaysia sesudah Ibrahim Ali. (TT)

Info Lutut : hahaha mcm sial nyer berita...kelakar :)

BRINGING OCEAN / COMING SOON


TERBAIK DARI LADANG...

LIFE LIKE THAT! (2007)


Comic skrip nih pernah keluar kat sokkhabar The Primary Times tahun lepas.(sokkhabar nih khas untuk kanak2 sekolah rendah-ed) Kartun nih sekadar lawak spastik semata-mata

Batman-Bruce Wayne : Murderer? (DC Comic)

Antara komik yang termahal buat setakat nih.Yepp aku dapat rembat sekeping je ni.Nih pon masa akhir tahun lepas aku dapat.(zaman-zaman masyuk-ed) Dengan komik nih lah aku dah pon paham 100% watak2 Batman yang sering dimainkan kat kaca tv dan juga kat layar perak.Koleksi nih memang best!!! cuma versi komik nih nyatanya lebih 'heavy' dari apa yang aku sangkakan.Tapi aku taklah meminati watak Batman seorang aja.Banyak lagi woo karekter2 yang aku minat.Komik nih aku beli kat Konikuniya kat KLCC.

Apa yang aku tahu dah 18 kali round aku membacanya.Keseluruhan judul komik nih ialah projek contribution keluaran dari DC Comic.So tiap2 episode menampilkan pelbagai kartunis2, hatta penciller, director, colourist, editor dan ramai lagi lah yang terlibat.That's why tiap2 episode stroke dan visualnya berlainan sama sekali.

Sipnosis serba ringkas : Cerita dia mengenai konspirasi yang mengaitkan Bruce Wayne dengan kejadian bunuh (Vesper Fairchild-seorang journalist dan merangkap gf yang ingin mendedahkan identiti Batman) yang berlaku kat rumah agamnya.(banglo) Paling best sekali kejadian itu melibatkan bodyguard beliau sendiri iaitu Shasa.(superhero gak-ed) Haha Bruce Wayne masuk penjara... Lebih taktikal (rumit) segala bukti dan alibi untuk mengaitkan Bruce Wayne dengan kes bunuh tu telah dibuktikan oleh rakan-rakan superhero beliau terdiri dari Robin, Oracle, Nightcrawler dan juga Batgirl.So bagaimanakah cara penyelesaiannya?, Bagaimanakah dengan identiti Batman??...Korang cari dan bacalah sendiri okeh....

Tabik spring kat Bob Kane - Creator of Batman

Note : Next Batman-Bruce Wayne : FUGUTIVE

Sunday, November 23, 2008

MALAM NIH / DATARAN MPAJ


Malam la pulak.Singgah kejap aa, pastue g keje...Ayuhhh komrad ayuh kalian!!!

Info Lutut : Mintak2 ade jualan buku2 best!!! :)

More info sila ke sini

MUSIC IS POSTIVE / 3 NOV 2008


Music is positive?...Ape ekk positif nyer...Leh x kalian fikirkan tentang positive nyer yang terdapat kat music nih...Apakah positive'nyer hanyalah untuk organizer, band2 atau pun pengunjung...?

Nahh...senang cerita, tepuk dada tanyalah selera...

Info Lutut :
Band yang aku tak tengok lagi band From Cadillac To Geisha, Lolypop, 26 Eleven, Kiss The Fallen, Vermillon dan The Gale...

Anjuran Community Of K.I.T.A

RAREMELOD.I.Y #2 / 2002

Alamakkk kategori zine yang paling klasik.(datang dari Seberang Perai-ed) Satu-satunyer zine 'grunge' yang aku pernah dapat dalam tahun nih.Hanya ada satu interview bersama kugiran Vigil dari negeri Perlis.Ada banyak info pasal reaggae, ska, metal, new wave industrial musik dan mostly semuanya artikel berkenaan ngan grunge!!! Cerita pasal 'rockstar wannabe', muzik underground, alam sekitar, keganasan zionis, dicography band dll.Ulasan stuff cam kaset, cd ngan zine takde.Juga diselitkan poem dan advertising...

Aku berminat tentang artikel Grunge : Adakah Ianya Hanya Terletak Pada Musik Ataupun Attitude.Persoalan demi persoalan dibangkitkan oleh penulis nih (x tahu sapa?-ed) dari sudut filosofi bahawa agak payah untuk mencari band2 yang benar2 bermain musik total 100% GRUNGE!!!.Begitu juga band2 yang sedia maklum spt Nirvana, Silverchair, Soundgarden, Mudhoney, Stone Temple Pilot, Butterfinggers, Bloodymary dll masing2 tak pernah mengaku yang diorang nih bermain music grunge pada asalnya.Ini hanyalah satu pen'andai'an2 yang diciptakan untuk menamakan sebuah musik baru di peetengahan era 80-an.Dan seriuoslly nih lah wabak kegilaan remaja di USA yang demamkan musik 'grunge' nih (termasuklah aku sekali hehe-ed) So apakah maksud grunge sebenarnya termasuklah attitude dan musik korang leh tengok kat video nih... : http://www.youtube.com/watch?v=VK-IB3e_glc (documentary pasal musik grunge kat youtube-ed) untuk artikel nih hanya 50/50 aje aku setuju.Hmm masing2 ada pendapat masing2...Dan bagi aku grunge is about attitude...music is a 2nd thing.

Tak tahulah samada editor zine dan rakan2 beliau nih still ade lagi ke tak?

Contact : 44, Pintas Semilang 6, Taman Semilang, 13700, Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.

HELLISHH NEWSLETTER (2008) / Percuma

Newsletter yang dikirimkan sekali oleh mr Ayep.Ada interview ngan kugiran dari tanah seberang iaitu Term Of Life(tak tahu la band nih main ape??-ed) Interview nih pon dari tahun 2005.Selain tuh juga, newsletter nih diselitkan ruangan advertising dan owhh ade sekali la jual R.E zine #1 nih hehe... (nih hasil trade aa nih...-ed)

Paling menarik ade advertising dari RDL distro (Singapore) pasal A.B.S.M 696 compilation (Asian Black Metal Sex-Sin-Dick Hate 696 promo cd) Haill!!! :)

Contact : http://www.myspace.com/indiependentdistro

BORNEO HELL LEGIONS #2 (2004)

Aku dapat zine nih hasil trade dari en Aswat Al Zannahk.Satu-satunya zine black metal yang aku dapat dari negeri Sarawak.Penuh maklumat dan info mengenai scene dan band2 metal khususnya dari sana dan juga dari luar negara.Malah berita2nya juga disediakan.(Tapi tu 4 tahun lepas nyer ceritalah-ed) Seperti zine2 metal yang lain, zine nih menampilkan temuramah2 dari Mentalliy Mudered, Mantak (ripp off), Unitheism dan Hellbox.Tiada pun artikel.Just interviews, review, news, playlist dan discography band dan advertising.Memang puas dan buas...

Lebih2 lagi kenyataan kugiran Mantak (ripp off) "MANTAK is 666% an anti religious bands!!! We're not another idiots dumb ass who just using a black metal concept for fun!!!" Naz of Mantak (haha who cares-ed)

Contact : Atthewinth 293e, Matang jaya, lorong 6a1a, Batu 4, jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Email : borneohell_legions@hotmall.com

Saturday, November 22, 2008

GMI: Perhimpunan di MPAJ akan diteruskan

Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini akan tetap diteruskan walaupun gagal mendapat permit polis, kata penganjurnya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana pihaknya telah membuat "permohonan dengan baik" untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.

"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Polis hari ini dilaporkan menolak permohonan pihak penganjur - yang dibuat Selasa lalu - bagi mendapat permit untuk mengadakan program itu di tempat terbuka.Selanjutnya

Info Lutut :
Majlis nih xder permit aa orang ramai musti pergi!!! Mesti meriah hehe...Memukul atau dipukul FRU musti wajib nyer...

Aku nk pergi Ahad nih, tapi apekan daya kerna tugas atau aku patut lupakan waktu tidu siangku.

Friday, November 21, 2008

EARLY SKECTHES / DAY 04

HELL AWAKE / page 02
Aaa...nampaknyer skecthes nih aku dpt lukis separuh je...xde idea la nk buat angel (sudut, position, stail dll) baru...Mungkin mlm nanti mintak2 ilham datang kembali...

Thursday, November 20, 2008

EARLY SKECTHES 01 / DAY 03

HELL AWAKE page 01

Okeh...Nih komik / drama 4-5 mukasurat nih antara yg sehabis pantas yang aku cube lakukan dlm jangkamasa terdekat.Genre fantasi habis!!!

Khas untuk R.E zine 2nd issue dan setiap hari akan diupdatekan bagi mendisplinkan diri dan fokus 100% dlm penghasilan komik.Walaupun aku ade byk lagi komik yang sedang dibikin.

Sipnosis Awalan :
Bagaimanakah 'live' para radikalis2 kat NERAKA ek?Siapakah yang ditentang dan menentang?Siapakah dan apekah peranan Wan jackal, Ambu and Ckin dalam drama nih?Haha korang tunggu aje le... ;P

Wednesday, November 19, 2008

RAGE AGAINST THE MACHINE / RENEGADES OF FUNK



"Renegades Of Funk"

No matter how hard you try, you can't stop us now
No matter how hard you try, you can't stop us now

Since the Prehistoric ages and the days of ancient Greece
Right down through the Middle Ages
Planet earth kept going through changes
And then no renaissance came, and times continued to change
Nothing stayed the same, but there were always renegades

Like Chief Sitting Bull, Tom Paine
Dr. Martin Luther King, Malcom X
They were renegades of their time and age
So many renegades

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

From a different solar system many many galaxies away
We are the force of another creation
A new musical revelation
And we're on this musical mission to help the others listen
And groove from land to land singin' electronic chants like
Zulu nation
Revelations
Destroy our nations
Destroy our nations

Now renegades are the people with their own philosophies
They change the course of history
Everyday people like you and me
We're the renegades we're the people
With our own philosophies
We change the course of history
Everyday people like you and me
C'mon
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin', puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop'
Cause we're poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

We're teachers of the funkAnd not of empty popping
We're blessed with the force and the sight of electronics
With the bass, and the treble the horns and our vocals'
Cause everytime I pop into the beat we get fresh

There was a time when our musicWas something called the Bay Street beat
People would gather from all around
To get down to the big sound
}You had to be a renegade in those days
To take a man to the dance floor

Say jam sucker (jam)
Say jam sucker (jam)
Say groove sucker (groove)
Say groove sucker (groove)
Say dance sucker (dance)
Say dance sucker (dance)
Now move sucker (move)
Now move sucker (move)[x2]

We're the renegades of funk

Sing a long k... :)

ORANG TIMUR THE GIG / PAUL PLACE / 29 NOV 2008


Cam menarik sebab ade Dark Nirajim hehe...

Tuesday, November 18, 2008

PATAH BALEK


Oh yesss...Aku baru aja beli buku Fathi Aris Omar mase forum perbincangan Reformasi'Lah mase kat MCPA tempoh hari tuh dan aku masih ngak berpeluang untuk membacanya sebab takder mase tul nak membaca.Namum begitu aku akan cuba mencari masa2 terluang untuk menghabiskannya.

Pastinya aku tak kesah pun samada buku tuh dah publish lama ke atau baru ke...Aku tak pernah kesah pon.Yang pastinya buku2 nih leh kasi kat anak cucu untuk mewarisinya.Betul x? :)

Monday, November 17, 2008

FEEDBACK REVIEW


Taken from Mosh Zine #10 online version

R.E zine #1 (A5/Copied/RM4)
The cover looks very really scary with a punk monster character.The layout inside is neatly done but somehow crowded with a small fonts.Contains interview with Lucy In The Loo, Muck, Clann Zu(Australian Indie band), Vericose vein, Dewata, Mindsnare (Italian death Metal), etc. Yeap it's all-rounder zine from indie to punk to metal.It's a good thing because you don't see all-rounder zines nowdays.I guess this zine has been in very long time the making.There are gig report from 2005 and fanzine from 2001! fuhh!! There are a lot of artworks and comics in this zine.The editor is a comic artis in local newspaper by the way.There's also an article about internet technology.Mohd Amri Bin Mohamad Noh, No 52 jalan Saga 1, Taman Saga 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan.

P/S : Thanks a lot Mosh zine

THREE CHORD FROM THE TRUTH IN MAKING


Yaa this is 100% punk rock event!!! (kredit thanks to Nizang and skataniks for set list) tak lupe juga aku nyer MP3 aku yang dah rosak sekarang nih!!! :(

Antara acara2 gig yang yang wajib dipertontonkan.Band2 yang dihidangkan oleh event nih nyata2nya ber'idealis' dan musiknya memang digemari ramai.Ade banyak band2 yang aku tak tahu dan tak pernah amik tahu pon sebelum nih.(Yep2 hampir 2 tahun aku tak involve kat dalam scene nih-ed) So aku nak mintak maaf dahulu kalau ade silap dan salah Tapi ade sedikit kekecohan / arguement berlaku semasa kugiran Onani memulakan slot.Tapi aku malas nak cerita pasal mende tuh huhu.(sebab aku memang tak beberapa ngerti sangat ape mende yang diorang bising2 sangat tuh-ed) Namun begitu kita mulakan band slot yang pertama atau band organizer untuk memulakan opening act iaitu Dum Dum Tak!!! Tapi sebelum tuh...

...Gig nih dianjurkan oleh en Nizang (Dum Dum Tak) dan Amet (stick No Bill / Skullitica).Malam sebelumnya aku hang out ngan Nizang, gang2 Dum Dum Tak, Kid Half Asleep dan lain2 untuk jamm session.Owhh Dum Dum Tak nak praktis untuk perfome keesokkan harinya untuk gig nih ler...Malam tuh aku siap order (bayar kemudian) tuk t-shirt gig nih.Hehe :)

Aku sampai sana dalam 2.34 pm.Time tuh Plague Of Hapiness tengah soundcheck.Sambil menunggu kelibat cik Cikin yang tak sampai2 lagi.Ada individu iaitu rakan sekolah lame aku muncul iaitu en Suffian haha...Rakan sekelas aku mase sekolah kat Teknik Port Dickson dulu sesi tahun 1999 / 2000...Melompat tul aku bila dia muncul.Haha (itu cerita lain-ed) Sebenarnya aku tak fokus sangat pon event yang berlansung sebab aku hanya fokus nak tengok DUM DUM TAK ngan Carburetor Dung aja.Begitu juga band2 punkrock yang lain.Lagi satu aku banyak melepak kat belakang.(Mabuk2 sih hehe-ed) Tapi sorilah buat pembaca semua aku tak semua band yang aku tengok...Pastinya hari itu ade ramai individu2 best yang aku jumpe.

Jam dah menunjukkan 2.50 pm.Time nih kugiran The Good Nite Goodies tgh soundcheck!!! Aku puashati sound yang dipersembahkan oleh band2 nih.Memang terbaik sampai aku dah tak sabar2 nak bila event nih nak start!!!Jam aku time tuh menunjukkan dah 3.09 pm.Dum Dum Tak lak tgh soundcheck dan tanpa membuang mase terus ke opening band.Dan bermulalah acara gig nih pada kul 3.16 pm.

Dum Dum Tak (Perfomely KL political punkrock band) terdiri dari Fael, Aiman, Rizie dan Nizang memulakan lagu pertama diorang iaitu Pantat Kau!!!Yang tak best nyer crowd time tuh malu2 lak.Sdr Rizie terus memanggil crowd2 ke depan dan jangan malu2 hehe.(yela korang dah bayarkan event nih so enjoy lerr berpogo hehe :P -ed) Lagu ke-2 ialah 'Demokrasi Tanpa ISA', (Yaa Malaysia kan mengamalkan cara pemerintahan demokrasi berparlimen tapi demokrasi apekah ini kalau ade ISA yang kejam, tahanan tanpa bicara nih-ed) Seterusnya lak diorang memainkan lagu 'Hentikan', 'Marsinah' (Marjinal cover), 'Perangi Mereka', 'Nyanyi Budaya Pembebasan', 'Internationale' dan last song mereka ialah 'Negri Ngeri'(Marjinal cover).Kesemua lagu2 nih adalah untuk upcoming album yang bakal dihasilkan oleh Dum Dum Tak tak lama lagi.So watch out geng!!! Dum Dum Tak setel dalam lebih kurang 3.45 pm.Siyess aku memang layan Dum Dum Tak tentang cara mengendalikan showmanship diorang dengan menyampaikan isu penindasan, politikal aware dsb mengikut caranya sendiri.Best!!!

Seterusnya band ke-2 The Goodnite Goodies (Kuala Terengganu political punkrock) lak mengambil alih pentas. Dan start dari sini aku dah tak beberapa fokus sangat lagu apekah yang diorang main.Pastinya The Goodnite Goodies memainkan lagu-lagu favorite dari rilis Anti Establish dan kompilasi Bollok Wok vol3 cam 'fictitous', Lagu pertama mereka sebagai pembuka tirai ialah 'Realize'.Lagu2 lain aku tak perasan dan tak tahu dan yang aku tahu diorang memainkan lagu cover dari kugiran NOFX '180 degrees'."Main lagu cover korang suke eh" kata Os haha... :)

Bersambung...

Full report in 2nd issue nanti... :)

What’s is a Global Warming And Fight Global Warming gig review / 15 March 2008 / MCPA/ Rm 25/ UnitedXFront ( IN MAKING)


Fight Global Warming gig review/15 March 2008/MCPA/Rm 25/UnitedXFront/

Note:Kali nih Re zine editorial team nak buat lain sikit pasal gig rebiu nih.So let’s check it out!!!(dan it’s still lagi pandangan peribadi Re zine-ed)

United X Front presents

Fight Global WarmingBand :-Fc Five (JPN) Miles Away (AUS)Dead Pits (INA) By Storm (PHIL) Born From Pain (THAI)After The Sky (SG) Second COmbat (MY) xElevenx (MY) Kids on the Move (MY) Restraint (MY) Hollow Of Hate (Opening Act)

For more info :- www. myspace. com/unitedxfront

Ok gig nih dianjurkan oleh United X front, so biler melibatkan banyaknyer band2 dari luar negara maka amat mahal aa sikit tiket masuknyer…Namun aku kat sini nak bagitahu jugak tak semuanyerr band2 ni aku tengok…Macam biase aa aku mesti datang lambat sebab hari tue aku memang ade hal mustahak tapi itu semua tak menghalang aku nak tengok atau pegi gig dan band2 luar dari luar (Thailand, Jepun, Indonesia, Singapore, Philipines) nih beraksi.Yang paling aku nak tengok sesangat ialah Fc Five yang paling diminati oleh warga hardcore kids kat Malaysia ni.Damn hahaOk gig nih sebenarnya aku dah selidik sesikit nak band2 dari luar ni (tak lupe jugak yang local ni-ed) so apa-apahal aku nak mintak maaf dulu kalau ade silap dan salah dalam episode rebiu gig kali nih…peace babeh ;P

Waktu acara:8.30-9.00-Crew Att, 9.00-11.00-Setting, 11.00-11.15-Briffing Crew, 11.15-1.00-Soundcheck, 1.15-Door Open, 1.30-2.00-Hollow of Hate/Lucky Draw, 2.00-2.30-First Base, 2.30-3.00-After The Sky, 3.00-3.30-Deadscore/Lucky Draw, 3.30-4.00-Forgive 4.00-4.30-By Storm, 4.30-5.00-Fc Five, 10 minute-Lucky Draw, 5.00-5.30-Restraint 5.30-6.00-Deadpits, 6.00-6.30-Miles Away, 10 minute-Lucky Draw, 6.30-7.00-XElevenX, 7.00-7.30-Born From Pain, 20 minute-Rest, 8.00-8.30-Kids On The Moves /Lucky Draw, 8.30-9.00-Second Combat, 9.00-10.30-Clean Up

Maka acara pun bermula…Yihaaa….:)

Ok disebabkan tak kesemuanyer band yang aku tengok namum berbekalkan sumber yang ada maka rebiu gig nih hanyalah untuk pengenalan dan juga info bagi pembaca supaya dapat mengenali band2 yang sedia termaktub dibawah ini Namun tak semuanyer band yang aku dapat tengok sebab seperti yang aku cakap diatas tadi…Fuhh tapi aku mmg rindu gilerbabi siot nak tengok Fc Five perfome.Last aku tengok Fc Five time tahun 2006 gig’Value Of Strange’ itulah kali pertama dan ini adalah kali ke-2 aku dapat melihat diorang kembali…Memang syok dan serius aku memang puashati gegiler nyer…Melihat kehebatan vocal screammy Tomy haha macam dalam videoclip2 diorang kat youtube…Dan tahun ni Fc Five adalah kali ke-3 diorang menjejak kaki ke Malaysia dan Thanks kat UnitedXFront kerana mengundang band hardcore dari Jepun yang still lagi meletup dan berjaya mencuri jiwa dan raga bebudak hardcore kids tempatan disini…Tak lupe juga band2 dari negara lain dan juga band2 local nih…

Dan macam biase kali nih saudara Ein still lagi menjadi mc pada hari itu dan aku agak berminat dengan acara lucky draw tapi serius aku memang tak leh focus dengan acara lucky draw sebab aku tengah dok bertanya-tanya band untuk sesi rebiu ni…Kalau aku follow lucky draw yang hanya dapat sekeping cd maka takder aa gig rebiu ni…hehe kan dah rugi…So sebelum aku nak mulakan sesi gig rebiu ni aku nak mintak maaf terlebih dahulu kalau ada silap dan salah cam salah fakta atau sebagainya sebab aku dah cuba sedaya upaya siap contek lagi diorang (band2) untuk menjayakan lagi sesi rebiu ni…So dah diorang pun taknak layan so ape yang aku leh buat (maklum lah sape la kami ni hehe-ed)…

So kite teruskan dengan band yang pertama iaitu Hollow Of Hate dari Petaling Jaya.Hollow Of Hate adalah opening untuk event ni.Nih merupakan 1st time aku tengok diorg beraksi secara ‘live’ dan serius musik diorg memang heavy gila untuk kategori gig hardcore nih.More than metal/harcore tapi kelebihan pada melodic atau riff2 metal terkandung pada musik mereka nih.Time tuh part2 breakdown memang power giler.Terdiri dari 5 anak muda iaitu Kerul-guitar, Afiq-guitar,Wan-bass, Harsall-vox, dan Agus-drum.Dengar-dengar balik kat myspace diorang perghh untuk track song cam “Ilmu Hisap Chegu Hapis” dah macam Sil Khannas aa sikit2 begitulah dengan stail mereka perfome.Hollow of Hate telah ditubuhkan sekitar tahun 2004 dan serius diorang boleh pegi jauh.Namum time tuh aku agak kelam kabut aku lupe nak mintak set list lagu diorg apetah lagi nak berborak-borak/tanye2 dengan band nih.Maka tak banyak aa info yang aku leh dapat dari diorang nih.memang superb rabak untuk opening gig nih…Habis je Hollow Of Hate, First Base lak mengambil alih sebagai band ke-2 untuk memulakan aksi…Sambil2 soundcheck saudara Ein memulakan lucky draw dier dan sorilah aku tak perasan sape yang bertuah sesangat tuh…(sori aku tak focus pown pasal lucky draw nih-ed)

First Base modern oldskull hardcore dari bandar Klang haha band ni aku cukup suka.Tapi diorg perfom hari tu macam tak seperti selalu.macam tak padat je sound diorang.Ntahla mungkin sound system ada problem sikit atau diorang yang tak perfom well (i guess. Haha-ed). tp serius sound band ni mmg syok..Line-up nyer sendiri masing-masing mempunyai band2 yang lain tak tahu lah samada First Base nih adalah merupakan side band project atau serius band (mana-mana pon boleh-ed) Chaca jer dah ada 4 band (kotm, xelevenx, in chrysalis,) Manja 2 je (xelevenx) Dean ade 3 (the dearly missed, xkotmx) dan Daryll (Deadscore).First Base seperti yang kite ketahui mereka main ala2 cam FC FIVE/Comeback Kids cuma yg membezakan suara voxnya.hehe.aku tak tau pula sejak bila Daryll(Deadscore) main utk First Base ni.Pertambahan ahli kot.Tapi apa pun diorg perform mmg energetik and full of hardcore spirit.BTW band ni dah mengeluarkan demo mereka awal tahun ni dengan kualiti sound yg baik.(Reach Out) Aku dah beli hehehe tapi slacknyer aku tak ingat diorg main lagu ape haha dan yang pastinyer diorg mesti memainkan lagu dari rilis Reach Out, Elusive, Breaking The Bond, Hunger.Layan…

Band After The Sky nih datang dari east Singapore merupakan band ke-3 .Sebelum ni diorang dikenali sebagai “No Direction”…Mungkin disebabkan ada 14 buah band dari pelbagai negara menamakan band “No Direction” gak so diorang decide tukar nama band diorang ke ‘After The Sky’ huhuhu…Crowd tak ramai yang beraksi untuk band nih.Hanya beberapa kelompok sahaja yang bermoshing/2 step dan aku leh berdiri dekat depan stage.Sebab kalau ramai sangat yang berpogo mahu aku duk tepi sahaja namun serius diorang still lagi meriah.Mula2 sahaja crowd agak memalu sesikit haha.After The Sky memainkan lelagu diorang dari rilis mereka Nothing But Colours (sori sebab aku kureng info sesangat pasal band nih-ed) memula intro dulu…pastue main lagu ‘Surrender’, ’We lost Ourselves To Algebra’,’Disappering’,Noting But Colours pastue 1 lagu cover dari kugiran Snapcase (Caboose) dan last sekali diorang memainkan lagu yang paling aku suke sekali ialah ‘When Lonelliness Know My Name’.memang berentak/genre emo hardcore dan vokalnyer mengingatkan aku pada kugiran ‘At The Drive In’ haha…Memang memuaskan hati dan telinga aku.Sebaik habis sahaja band After The Sky beraksi.

Haha band yang tak asing lagi kepada kite yang datang Kuala Lumpur iaitu Deadscore yang bermain stail/genre NYHC ala2 Sworn Enemy,Thrownclown senang cerita metalcore ala2 cam Restraint gak but vox dier still lain dan still ade lagi keunikkannyer tersendiri dari segi riff dan musik serta sound.Tak caye korang leh dengar sendiri kat myspace diorng (hehe promote nih-ed).Deadscore terdiri dari xMazrix (vokill), Daryll (guitarist), Mirul (guitarist), Pejal (bassist) & Jazmen (drummer) dan biler bertanyekan tentang isu pemanasan global nih saudara Mazri memberikan respon yang cukup best dengan menyatakan:

Deadscore-Pendapat kiteorg berkenaan pemanasan global pulak lebih kurang mcm ni la...bagi aku (mazri) personally la kan pemanasan global ni berlaku akibat kecuaian kite iatu manusia sendiri yg mana terlalu alpa & leka mengejar kemajuan & kekayaan. Aku dapat tahu yg pemanasan global ni dijangkakan akan menampakkan hasilnya yg begitu ketara sekali pada tahun 2010 nanti (ni aku tengok national geographic punye channel la). so bersedia la utk menerima kesan dari pembangunan & kemajuan yg telah banyak memusnahkan alam sekitar kita ini dlm tempoh yg terdekat ini. adakah anda sudah bersedia? mari sama2 kita lihat nanti :)

Dan Deadscore memainkan lagu Intro Burn This City (cover intro songs by Recon), Built To Last, Broken Promises, Trust and Believe (cover songs from xAFBx), Let's Dance, Deadscore 4 Life, Heart & Soul, Unite (cover songs from THROWDOWN).Sepanjang Deadscore beraksi selama nih diorang just ade 1 jer demo (tambah lagi) dan tunggulah rilis diorang yang terbaru nanti akan di updatekan…

Ok band seterusnya band ke-5 selepas Deadscore pon satu lagi band dari Singapore iaitu Forgive.band yang agak dikenali oleh Hardcore kids disini.Permainannyer yang bercorak metalcore seiring dengan adenya unsur2 oldskull/new skull ala (berinfluncekan-ed) (untuk vox-ed) cam Nodes of Ranvier.Serius perfomance diorang tidak mengecewakan hardcore2 kids disini.Dan ini pown pertama kali gak sang editor melihat band Forgive perfome secara live.(Asyik2 dengar lelagu diorang kat myspace-ed) je dan ape lagi tapi crowd disini still masih tak ramai yang bermoshing/2 step at least bagi aku maybe crowd2 tengah tunggu Fc Five kot (hehe same aa cam aku-ed) Namum diorang hari tuh diorang memainkan lagu dari demo 2007 iaitu ‘Let The Good Times Roll With The Punchs’.Dan start sahaja memula mereka memainkan cebisan intro dulu pastue barulah diorang memainkan lelagu favourite iaitu ‘Our Fight’, ’Remember’, ’Tires Hold’,’Kill & Deceine (cover) from Accept The Change. Line-up Forgive terkini dianggotai oleh Zan-vox, Ahmad Amiruddin-guitar, Ahmad Khaliq-drummer, Muhammad Haikal-bass, Feroze McLeod -guitar.

Seterusnyer band dari Philipines iaitu By Storm.Aku dah cari myspace/youtube band By Storm ni tapi tak jumpe la...Tapi bagi aku band ni macam main thrashcore and mix with old skool hardcore.Kalau tak silap la macam ada part breakdown la dalam sound mereka.Aku dah lupa sikit arr.ntah aku pun tak tau stail apa yang mereka main.sound mereka laju and power dan aku tak nak dapat komen sangat band ni.So info mengenai diorang memang agak susah nak cari.Maybe nanti aku tetanyer aa sesiapa nanti tanyer bebudak UnitedxFront ker hehe (itu pown kalau diorang nak layan-ed)…Sori By Storm and you guys...

Bersambung...

Full report in 2nd issue nanti... :)

Split Gig Rebiu Altar Of Heroes / There Was A Hard Impact / 6 April 2008/ The Annexe CM (IN MAKING)


band slot :
Dark Horror, Madhouse, Oddity, Pink Acid, Bannbodo, Revenge, Nuclear Strike, Monochrome, Second Combat, Incarnation, Dashown

3.27 Intro
Seperti yang dijanjikan.Okeh inilah ulasan atau pen’dokumentasi’an yang paling giler dan aku rasa tak pernah lagi dibuat dek orang.2 gig/event aku pegi dalam satu hari.Tapi dah namanyer minat so inilah harga yang harus dibayar betul tak?(maklumlah ade 2 event superb best berlangsung pada hari yang sama-ed) Pening jugak aa kepala aku pikir yang mana satu aku nak pegi…

Apa-apa pun kita ke CM dulu-The Annexe untuk acara Altar Of Heroes. :)

Wahh penatnyer…semalam nyer penat pun tak habis *rujuk di sini.Aku dengan mengantuknyer aku keluar agak awal memandangkan Dark Horror opening band untuk acara nih.(hehe saya fans besar Dark Horror tau, jangan jeles-ed) Apa-apa pun terima kasih kepada Cres Entertainment terutamanya en Ebby kerana mengundang band pujaan saya ni dan juga saya sekali trimass bebanyak…(hehe utk buat liputan-ed)

Err sebelum kita mulakan acara nih ingin aku nak tegaskan sekali lagi ini hanyalah ulasan /gig rebiu berdasarkan pada pandangan peribadi semata-mata.Kalau salah dan silap mintak maaf ye sebab tak semua band yang aku tengok.Sori

Aku sampai kat CM dalam kul 2 lebih…naik2 je acara belum lagi bermula pulak tu line-up Dark Horror ade 2 orang lagi yang tak sampai.Tapi hari itu Dark Horror ade special guest yang memang tersangat2lah aku teruja iaitu brader Lord-ex Ella And The Boys. Hehe apa lagi ‘acara’ aa aku dan ‘sahabat2’ (mabuk2 dulu tgh2 hari buta nih hehe-ed) Well acara pun tak start lagi kan.Aku n gang n brader Lod leh lepak2 kat bawah jap sambil menunggu 2 orang kelibat line-up Dark Horror yang tak kunjung tiba lagi.Serius shitt Dark Horror aku dah lame x tengok diorang perfome dan aku dah tak pasti sape line-up diorang yang terbaru…Jeng3 (baca sampai habis ya-ed)

Let’s the show begin…

Oraitt…Acara nih bermula dalam kul 3.27 dan Dark Horror masih lagi tengah setting sound.Last show Dark Horror yang aku tengok tahun 2006 (kalo tak silap aku kat Titan Club BB-ed).Dark Horror kini line-up die yang terbaru sekarang ialah Ijal-vox/guitar, Pet-bassist, Bard-keyboard dan drummer baru diorang iaitu Shiz (budak soromban nih-ed) hehe welcome to the club Shiz…

Dark Horror (Ampang melodic/rock/death metal) harituh diorang perfome 2 buah lagu yang diambil dari album pertama diorang ‘Lost Muertos’ iaitu ‘All That You Fear’ sebagai opening dan lagu ke-2 yang juga merupakan lagu kesukaan aku iaitu ‘Beetlejuice-The Name In Laughter Of The Hereafter’ haha lagu nih tribute untuk Micheal Keaton dan dipetik dari soundtrack filem Beetlejuice.Menarikk sihh...Pastue disusuli 2 buah lagu cover dari Metallica iaitu ‘Seek n Destroy’ dan ‘Master Of Puppet’feturing dari Migo-Bannbodo dan Man-Black Letting haa time nih barulah crowd menunjukkan belang dengan berpogo sakan walaupun tak beberapa ramai lagi.Well who cares aku dah men'headbanging sekali ngan sing alone hehe dan lagu terakhir sebagai penutup slot Dark Horror membawa lagu cover dari Ozzy Osbourne iaitu ‘The Crowley’ feturing brader Lod untuk posisi keyboard.Nih kali ke-2 aku tengok brader Lod perfome dan ternyata teramat-amat best dengan sentuhan jari-jemari beliau dengan lagu terakhir nih.Kali pertama aku tengok brader Lod perfome mase aku ikut Ijal perfome kat Planet Hollywood (well you know guys-ed) Walaupun agak berterabur sikit diawal persembahan but it’s ok Aiman tak kisahnyer haha dan lepas jugak rindu aku untuk melihat Dark Horror perfome untuk tahun 2008 ni.More info pasal Dark Horror leh klik disini dan dapatkan ye album Dark Horror nyer kengkawan…

Okeh band ke-2 yang datangnya dari Masjid Tanah, Melaka iaitu Madhouse (heavy grunge ni-ed) Jam aku time tu dah kul 4.11 pm.Tak banyak yang aku leh stori pasal Madhouse ari tu.Camner pun performance diorang agak ok dan puashati, vocal semua dengar dan crowd time tu agak meriah berpogo dan berdansa.Hari tu Madhouse membawa lagu yang diambil dari ‘South East Asia Grunge Compilation’ diorang iaitu ‘Experimental Mind’ sebagai pembuka slot dan lagu ke-2 ‘Deep Inside’.Lagu ke-3 pula ‘Linen’ (lagu lama ni-ed) yang diambil dari 1st ep diorang iaitu ‘singles’.Lagu seterusnya aku tak pasti aa pulak lagu apa tapi lagu terakhir diorang sebagai penutup slot ialah ‘Entertain’ pun dari 1st ep ‘Singles’.Madhouse hari tu perfome 3 orang je.Epul kot yang tak dapat nak datang.BTW Madhouse nih aku dah interbiu diorang untuk R.E zine 2nd isu ni.So apa-apa pun nak tahu lebih lanjut pasal Madhouse leh la klik disini.Anyway Madhouse memang best walaupun 1st time aku tengok diorang perfome.

Band ke-3 lak.Band yang aku nak tengok sesangat iaitu Pink Acid jelmaan Sex Machine gun / X-Japan yang memang tak disangka-sangka masih ade lagi local band yang berpaling pada 80’s Japanese heavy metal/ J rock stail.Aku agak ‘culture shock’ gak ngan Pink Acid dari segi dress up/mekup/hairstyle (live style aku tak tahu ler cmner-ed) Namun dari segi permainan atau performance memang cun dan bertenaga walaupun hari tu adalah 1st performance diorang.Tapi soundcheck diorang agak mengambil masa memandangkan ade teknikal problem.Pink Acid terdiri dari Julian-vox/guitar, Jenana-guitar (lu jambu arr-ed), Halim-bass dan Faris-drum.Memang rabak gak line-up Pink Acid nih dan crowd2 die pun leh tahan hehe.Hari tuh diorang hanya membawa lagu cover dari Sex Machinegun ‘Sakurajima’ untuk opening slot.Lagu ke-2 dan ke-3 pula ‘Kurenai’ dan seterusnya ‘Untitled’ dan ‘X’-dari X-Japan dan lagu last Pink Acid cover lagu ‘Love Gun’ dari kugiran Kiss sebagai penutup slot.Memang best aa dan crowd2 semua ber’pogo habis.Serius memang aku puashati dan enjoy ngan showmanship diorang.Cume itu aa lagu cover je.Pasni nak tengok Pink Acid bikin lagu sendiri tengok.Pasti menarik kan.More info pasal Pink Acid leh klik disini www.myspace.com/pinkaxid Dan diorang setel dalam kul 5.09 ptg.

Band seterusnya dari Selangor memainkan stail experimental, metal, scremo dan juga ade sedikit sebanyak element hardcore iaitu Oddity.(aa leh aa korang sendiri dengar-ed) Diorang ni pun band lama juga nih.Yang aku perasan ialah drummer diorang iaitu Sehar 18Sgg.Tak sangka pula beliau bermain untuk Oddity.But at least dalam tahun ni aku berpeluang ga tengok diorang perfome.Dari performance nyatalah tidak mengecewakan dari segi vocal Dila hehe nyatalah beliau mengamuk sakan but suara tak beberapa dengarlah (mic problem-ed) 5:17

bersambungg!!!


Full report In 2nd issue nanti :)

SEKITAR MALAM 10 TAHUN SELEPAS REFORMASI (MCPA)

pic : Yaa beli buku2 best!!!


Saturday, November 15, 2008

KOMIK SEMUKA (DISPLAY 1 HARI AJA)

EXTREME BLASTING WEEKEND / NOISY STUDIO / 16 NOVEMBER


Sepuluh tahun selepas reformasi...

Jimadie Shah Othman Nov 14, 08 2:58pm
Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan "mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar".

Aktivis reformasi Hishamuddin Rais berkata, gerakan reformasi yang menggerakkan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya itu, gagal menuntut "perubahan struktural" melibatkan perubahan dalam sistem dan dasar-dasar ekonomi.

"Kini Pakatan Rakyat memerintah lima negeri. Apa yang perlu dilakukan kalau reformasi ingin terus dikembangkan - daripada kemenangan-kemenangan kecil kepada kemenangan besar pada 8 Mac - adalah membincangkan perubahan struktural. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Reformasilah: Membincangkan (lagi) 10 Tahun Reformasi Malaysia dan Indonesia' anjuran Pusat Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD) di ibunegara malam tadi. Selanjutnyaa


SURAT PEMBACA

Salam...

Hail bro! (hail too huhu :P -ed) Askwhat tulis sini.Pa khabar? Harap oklah ye.Ok aku kat sini aku copykan ko 8 (zine and newsletter).Harap ko suka.Ok sebagai balasan aku nak zine yang ko release termasuk artworkzine tuh.Pastue ko copyla pape zine lain.Harap2 nya setimpal dengan dengan apa yang aku bagi k.Acctually aku baru start buat zine.Nama Al-zannahk Chapter 1 akan release tak lame lagi.So tunggu k.Ada free compilation cdr band2 yang aku interview and beberapa band lain.

Ok sampai disini dulu kot.Aku tunggu package ko pulak.W'salam...

P/s : if nak beli promo cd band aku gtahu k.RM10
(termasuk post exspress)

Info Lutut :
More surat pembaca lagi...kenapa aku post kat sini err sebab ini tandanya aku menghargai sesiapa sahaja yang menghantar surat kat aku...Moga kite akan bertemu juga dengan pengirim2 surat di suatu hari nanti. :)

SURAT PEMBACA

Actually surat nih baru sampai semalam-ed

-Assalamualaikum...
-Apa khabar...
-Salam perkenalan dari aku...
-Aku terbaca dalam majalah Empayar pasal ko punyer zine...Jadi aku berminat untuk dapatkannya...
-K...keep in touch

Man
-019-968xxxx

R.E zine #1 RM4

to :
Rizalman,
375 Felda Neram 2,
Bandar Ceneh Baru,
24000 Kemaman,
Terengganu

Jwp :
W'salam Man, Aku baik aja disini.Ko apa khabar pula? Buat sdr Man stock R.E zine #1 dah pun habis kat tangan aku...Tapi aku akan usahakan untuk press kali-3 untuk mail2 order...Tunggu ajela ye...Nanti aku sms / call ko nanti k... :)

Gusshh R.E zine nih dah diulas kat majalah Empayar ke...?? :P

SURAT PEMBACA

Helo Geng!

Ape khabar Amri? Ayep tulis disini dari Sabak Bernam.Salam perkenalan dari aku...

Actually aku dapat tahu ttg zine Bawah Tanah Comic Zine kat dalam review Masked Rider #3.Komik zine ko tuh dah sampai issue berapa? (erkk-ed) Oke lah aku teringin nak baca komik zine ko nih so kat sini aku enclosed RM2 + stamp.Nanti ko send (pos) kat aku isu terbaru ya...

Kat sini aku enclosed sekali list distro aku.Kalau berminat boleh order atau trade...Apa2 hal nih pon number aku : 017-351xxxx. Distro nih more to metal + hc / punk sebenarnya...

Oh ye...Selain wat zine ape ko ade involved buat ape lagi gang?Camner ngan scene Ampang?Ada yang menarik...

Ok lah Amri sampai disini dulu.Harap ko hantar zine kat aku nanti...Jangan rippoff pulak! Say No To Ripp Off!! Fuck...hehe

Lastest stuff update Indie distro

Zine
Sangwitok #6 (metal zine) RM8
Spom #13 (hc / punk zine) RM3
Roots #6 (hc / punk zine) RM5 + Stamp

Cd / Cdr
Marjinal 'Predator (2cd) RM10
50 K 'Promises ep' RM10
War All The Time cd (RM13)
Never Built Ruins cd (RM13)
Punkrock Paradox split cd (RM12)

Tape
The Best Of Besthoven (RM8)

Add (+) RM1 for register.

Oke, Geng C.U.N.T!! bye :)
Spread the flyers...

Note :
-Nanti aku letak alamat :)
-Lagi satu aku dah lupe apa yang aku dah balas kat en Ayep nih...

SURAT PEMBACA

Assalamualaikum Amri

Salam kenalan.Apa khabar kau disana? Harap2 ko sehat sejahtera.Aku Khalil menulis dari Ipoh.Tempoh hari aku bukak myspace ko pastu aku tengok ko ada buat R.E zine.Jadik aku berminat untuk trade dengan zine aku BMS #3 (Bicara Mengenai Sesuatu zine) dengan R.E zine #1 tue, Selain tue aku ada selit 2 cdr untuk kau.Harap kau suka la.

Nie Alamat :
Mohd Khalil,
No 70, Hala Meru 2B,
Taman Meru 2B
30020 Ipoh, Perak,
Malaysia

Okeylah, Kalau surat aku dah sampai kontek la aku.Hingga berjumpa lagi di lain surat.

H/P : 012-477xxxx (khalil) www.myspace.com/imaginshop

Friday, November 14, 2008

MOSH PARTY 2 / WELCOME TO HORROR SHOW / 14 DISEMBER 2008


So Ipoh kids wake up!!!
Anjuran dari Glendora Records

MOM ON STRIKE LYRICS

SIZE XL

i thought i saw you that night
you were so fucking porn tits
and all the fire goes
shut up and get kick off
freeze up your stupid assets
think of me and go
shine your head out
brigde cross out the ocean
bend through your break
mess it out with your balls
and it tied to your head
tangle to tango with that
on your brains and it's goes
guts guts guts guts!

Taken from Mom On Strike demo 2008

MOM ON STRIKE (2008) DEMO RM8

Menarik, catchy, klasik, retro / pop, crossover punk or whatever...3 buah lagu experimentalis yang disusun melalui gubahan musik dan juga vocalnya bisa membuatkan korang berhangguk, mengoyangkan kepala (maksud aku berdansa hehe-ed) Kita leh dengar sendiri part2 yang berlainan sesama sendiri gitar, bass dan drum serta vocal 'scream' Jasmine begitu ironik bisa menjolok ruang telinga kalian semua.Tak percaya saksi dan dengarkan sendiri sample dan demo diorang di www.myspace.com/momsonstrike. Satu lagi kugiran yang bermain style begini ialah Nao.(maksud aku lebih kuranglah-ed) kalau influnce dari luar kire leh gak aa follow stail The Kinison.
Lirik2nya hanya berkisarkan tentang personal human conflict, perspektif berlawanan tentang kaum wanita (size xl) dan lain2.Namun begitu, aku tak puaslah pulak layan 3 lagu je.Xpe2 tunggu diorang bikin lagu2 yang best2 lagi.

Demo nih tak disertakan alamat tapi kalau kalian ingin berinteraksi dengan salah satu line-upnya pergilah contact vokalisnya di http://jasminelynn.blogspot.com/

Info Lutut : Demo nih aku dapat mase bulan 3 harituh...kredit to Cikin

Thursday, November 13, 2008

REFORMASI'LAH

Membincangkan (lagi) 10 tahun reformasi di Malaysia dan Indonesia

REFORMASI sebuah kata yang banyak didengunkan, bergema di Malaysia dan Indonesia.Puluhan ribu puluhan jutaan orang turun ke jalan meneriakkan REFORMASI menuntut adanya perubahan.Sepuluh tahun telah usianya, adakah perubahan meneriakkan REFORMASI sekarang hanya menjadi sebuah kata tanpa makna?Apakah reformasi masih merupakan sebuah gerakan yang patut diperjuangkan?Lalu bagaimana dengan masa depan reformasi?
Panelis
1 - Sdr Amiruddin Shaari / Batu Caves
2 - Sdr Fathi Omar / Pengarang Berita Malaysiakini (edisi BM). Penulis Buku 'Patah Hati'
3 - Sdr HISHAMUDDIN RAIS (i know who you are kah kah kah)
4- Sdr Ngurah Tan / Aktivis komunitas "Taman 65 Bali, Indonesia
5 - Sdr Yoshi Fajar Murti / Akitivis Kampung Kota - Kota Yogyakarta, Indonesia
Moderator
Faisal Mustaffa


Tempat / Dewan Perhimpunan cina Selangor & Kuala Lumpur, jalan Maharajalela Kuala Lumpur hari bulan / Khamis 13 November 2008, Waktu / 8 - 11 pm, Pertanyaan : 019 3893804

Info Lutut :
Aku baru aja lepas memborong buku2 dari Gerak Budaya.Ade 3 buah buku yang sempat diborong, tapi masih lagi ngak cukup kerna kali ini aku mahukan lebih buku2 mengenai REVOLUSI, sejarah2 mengenai komunisme, sosialisme dan juga buku2 tentang apa sahaja yang dihidangkan dipasaran 'indiependent'...

Ade sen lebih lagi aku nak beli komik2 Superhero lak hehe...

Oh yee...Aku baru aja membeli t-shirt dari Pakatan Baju Rakyat.

Upcoming next :
Sekilas video mengenai acara2 yang berlangsung tadi. :)

SURAT PEMBACA

Akum Bro!!!

Aku Man dari Melaka.Aku adalah seorang yang gemar membaca tak kira apa sahaja zine yang ada di pasaran, dan aku harap ko akan teruskan (ade perkataan yg aku tak paham nih??-ed) Ko yang dapat memberi info kepada kawan2 yang di luar.

Aku harap kalau untuk 2nd issue nanti (dah rilis) kau dapatlah sms / call aku k.

Alamat aku :
M Azman
Lot 941, Jalan Setulang,
Daeng, Pulau Gadong
75200, Melaka


Jwp :
W'salam hehe terharu lak ko antar surat kat aku dan dah siap2 order untuk 2nd issue nih.Oh Yeahh bagus teruskan usaha anda membaca zine2 buatan tangan tak kira dari luar ke atau tempatan punyer.Tapi buku2 berilmiah jangan ko tak baca lak.Teruskan membaca dan berfikir hehe... :P

Sure...Pastinya aku akan teruskan memberi maklumat tentang apa sahaja yang terhidang kat scene U/G kat negara kita nih dan tak lupa juga aktiviti2 yang berlaku atas kemampuan aku.Dan bila dah rilis je R.E zine 2nd issue ko lah org yang aku contact nanti hehe ;P

Note :
1-Ade lagi surat2 yang aku dapat.Nanti aku postkan kat sini...
2-Surat nih baru sampai petang tadi... :)

Hantamstagnansi #07 / January 2006 / RM2

Sebuah zine hc/punk dari Indonesia.Aku beli zine nih kat Pat 'Apparatus' mase gig "Three chord For The Truth".

Intipati yang dihidangkan kat dalam zine terlalu menarik untuk dikongsikan bersama.Ade rencana mengenai Free Food Gang (FNB Jakarta), Secebis rencana bersambung mengenai sejarah tentang ketamadun manusia sebelum masihi, diambil dari A Really, Really Free Market (pasar gratis) citer pasal sungai Nil, Mesir etc.(err kena bukak balik buku teks sejarah nih balik-ed) Ada report tentang D.I.Y Festival, tulisan2 personal dan paling menarik temuramah2 dari kugiran Final Attack r.i.p (Jakarta oldschool hardcore) Luta Armada (Brazilian raw punk) Migra Violenta (Buenos Aires political fast hardcore crust) Molotov Cocktail (NY 80's old school hardcore) Fightback (Russian new school scremo hardcore).

Temuramah yang terlalu panjang.Memang menarik ada pelbagai isu yang dibicarakan dan pastinya tak lah hanya menbicarakan pasal musik sahaja.

Contact : hantamstagnansi@yahoo.com

Wednesday, November 12, 2008

DEAD MUSHROOM YOO!!!


Aku baru perasan Dead Mushroom perform 15 haribulan nih...ONE CAFE jom!!!

Tuesday, November 11, 2008

Halftone Tutorial


Praktis dan praktis lagi...Walaupun teknik nih leceh untuk di'apply'kan kat komik huhu

MALAYSIA BEBAS DARI I.S.A


I.S.A atau Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri) merupakan salah satu dari undang-undang utama di Malaysia yang membenarkan pemerintah menahan sesiapa sahaja tanpa perlu di dakwa dan di bicarakan di mahkamah.

I.S.A termaktub kepada peraturan 17 yang terkandung dalam undang-undang Darurat 1948 – 1960. Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960, 24 jam selepas tamatnya darurat pada 30 Julai 1960.

Seseorang yang didapati mengancam keamanan Negara ataupun menggugat sistem politik dan sosial kerajaan, berkemungkinan besar ditahan dibawah akta ini. Mereka akan diberi tekanan secara manipulasi psikologi melalui seksaan mental dan fizikal serta layanan yang tidak berperikemanusiaan semasa disoal siasat 60 hari selepas ditahan. Tahanan akan diberi perintah 'DITAHAN’ selama 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting. Perintah itu ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan boleh diperbaharui selama 2 tahun lagi berkali-kali tanpa ada batasan.

Pada saat ini masih terdapat lebih kurang 100 orang yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Sebahagian besar mereka terdiri daripada golongan radikalis/ ekstrimis serta aktivis-aktivis sosial dan politik Negara. Sehingga hari ini mereka tidak pernah dihadapkan ke mahkamah untuk sebarang perbicaraan berhubung dengan kesalahan yang dinyatakan. Ini telah menunjukkan bahawa pemerintah kerajaan telah mencabul HAK ASASI MANUSIA dengan memenjarakan sesiapa sahaja TANPA BICARA. Undang-undang yang mencabul hak asasi manusia adalah sangat jelas merupakan undang-undang yang salah!

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International dan Human Rights Watch telah mendesak kerajaan Malaysi(al) supaya memansuhkan I.S.A, dan kempen permansuhan ini telah dilaksanakan melalui gerakan-gerakan dari SUARAM, GMI, JIM, kolektif-kolektif bebas radikalis-kiri dan persatuan-persatuan mahasiswa di Negara ini.

Atas nama kemanusiaan, sila sebarkan pamplet ini kepada rakan-rakan dan famili bagi menyebarluas maklumat ini dan menyokong kempen untuk menghapuskan kezaliman I.S.A.

BANGKIT DARI TERUS DITINDAS
BEBASKAN TAHANAN I.S.A
TUTUP KEM TAHANAN KAMUNTING
HAPUSKAN KEZALIMAN I.S.A!

Taken from http://gugusankata.blogspot.com/

Info Lutut :

Ayuh solidariti dan scenister sekalian.Hapuskan kezaliman I.S.A

Monday, November 10, 2008

SOLIDARITI UNTUK KG BARU PLENTONG TENGAH (KBPT)

Taken from http://gugusankata.blogspot.com/

23 tahun sudah masyarakat Kampung Baru Plentong Tengah hidup tanpa kepastian yang jelas di tanah tumpah darah mereka. Janji demi janji yang di taburkan oleh sesetengah pihak, sampai kehari ini masih dalam sejuta tanda tanya buat mereka.

Kronologi peristiwa KBPT :
1985 :Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah Daerah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 :KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah Daerah menyatakan tanah tersebut dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 :Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 :Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 :Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 :Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.Selanjutnya

Info Lutut :
Salah satu agenda jahat dan terlaknat kerajaan BN dalam membolot segala harta dan tanah penduduk esspecially orang melayu di Johor Bharu.Apakah atau inikah kerajaan yang kamu pilih wahai penduduk2 di Johor Bahru.Terang lagi bersuluh dan Kerajaan BN nih secara terang-terangan menghalau kamu semua demi kepentingan perut nasi diorang.Kini projek WPI sudah pun bermula...

Apa yang aku dapat tahu, penglibatan gengster melayu 'PEKIDA haram jadah' pun turut serta dalam proses pencerobohan Kg Plentong Tengah.Disusuli oleh FRU, Polis, SB, Ketua KG, Pak Menteri dan aku paling tak heran manakah perginya wakil2 Pakatan Rakyat dalam situasi camnih dan apa ntah lagi pak Sultan berjiwa rakyat.

Namun begitu, aku cukup kesian ngan penduduk kg nih, duit dah banyak keluar, rata2 pun penduduk kg nih orang UMNO, Pekida,(UMNO hatkor lak tuh-ed).Putih matalah melihat perlakuan kerajaan pilihan mereka sendiri yang menindas dan membunuh ruang2 bernafas untuk penduduk.Satu bentuk pengkianatan dilakukan oleh Ali Hasan dgn Khalid Nordin dalam kes Kg Plentong Tengah kali ini! Lawan tetap Lawan!!!

Kredit salute to
Kawan-kawan di JB, Suaram, PRM, PSM, A//Liberty Collective, Food Not Bomb JB etc.

STEVEN N COCONUT TREEZ / LIVE IN MALAYSIA / CAPSQUARE SHOPPING CENTRE / 29 NOV

Steven & Coconuttreez adalah sebuah konsep solo beraliran musik Reggae yang merupakan obsesi lama Steven, dengan dukungan musisi-musisi yang exist dibidang nya. Steven & Coconuttreez mengangkat tema keseharian, sosial, dan cinta, walaupun tergolong baru Coconuttreez mencoba untuk mengangkat musik Reggae yang tergolong minoritas, namun sebenarnya penikmat musik Reggae cukup banyak di Indonesia, itu terlihat pada saat kami tampil di beberapa tempat dan juga audience nya cukup responsif. Steven & Coconuttreez mempunyai harapan agar karya kami yang berbentuk album dapat diterima oleh khalayak ramai dan bisa exist di belantika musik Indonesia.Selanjutnya

Note :
**PRE-SALE TICKETS LIMITED FOR 2000pax ONLY !!!!
BOOKING CALL :
017 2403004 - ROB
017 3191091 - REZA
019 3645608 - PITT

(Needed Fast and Hurry Up)
FOR BOOTH BOOKING AT TIKUS ROCK COMMUNITY
012 6275550 - RAHMAT
012-3332526-ALONG

Info lutut :
Perghh layan la pulak Indo band raggae nih.Yang paling best untuk event nih diselitkan band2 yang bukannya sealiran ngan raggae cam Bittersweet, Maddame (grunge) ngan Plague Of Hapiness.Yang paling best ade Republik Of Brickfield, lame tuh aku tak nengok diorang.

Kire 4 aje la yang aku tak nengok lagi cam whimsical, Steven & Coconuttreez, Priority dan Maddame.So watch out guys :)

Sementara tuh layan nih video

Steven and Coconut Treez_Tersenyum lagi

CRESTFALLEN RE-RELEASE CD


HEY PEEPS.

"A SLEEPY HISTORY" (RE-RELEASED) is out now.If you want to get this CD, you can contact Rekod Lusuh at http://www. myspace. com/rekodlusuh or contact Fairuz at this number, +60177637935.Visit their myspace page for ordering information.

Songs include:
1.Bog Box Prescort
2.Imagination
3.Miserable Way To Look CoolBonus Tracks
4.The Existence Of New Submission
5.Tikus Melayu

Taken from Crestfallen post bulletins

Info Lutut :
Ade lagu baru tuh track 'Tikus Melayu'.So kengkawan jangan lupe cari k...

"HIDUP BAGAIKAN SUNGAI MENGALIR"-Preview

Kenalkan cinta terbaru aku sekarang nih.(maksud aku hobi membaca nie-ed) "Hidup Bagaikan Sungai Yang Mengalir" Okeh nih antaranya buku pertama yang aku sempat beli kat event Sosialis 2008 semalam.(Aku tak pernah beli lebih2 lagi pakai duit sendiri beli buku2 genre camnih-ed)

Lagipun aku tak habis baca lagi nih hehe...Tunggulah aku habis baca nanti aku bagitahu korang semua k.Tebal woo...kate pon preview :)

Info lutut :
Asyik2 beli comic, zine, cd kaset jer...Beli buku2 cmnih pon best gak.Salute to Agnes Khoo!!!

Sunday, November 9, 2008

Revolusi '48 (2008) documentary trailer

Ohh yeahh!!! Fahmi Reza datang lagi dengan episode sejarahnya kali nih iaitu 'REVOLUSI 48'.Nanti aku story balik sebab aku baru je tengok whole storynyer kat event sosialis semalam.Pelbagai wakil sosialis2 yang hadir dari Sweden, Australia, Venizuela, Pakistan, Nepal, Singapura, Indonesia dan lain2.

Ketika menulis entri nih, aku kat luar kawasan nih.So agak sukar untuk menulis lebih lanjut tentang video nih dan rampaian2 event sosialis semalam.Tapi yang pastinya aku dan gang2 semua dah pon memborong buku2 kegemaran keluaran dari Gerak Budaya Enterprise.

Ade banyak cerita yang aku leh kongsikan bersama ngan korang nih.Tapi bukan sekarang k hehe...Jap lagi atau esok siang korang masuk balik tau tengok la kalau aku rajin hehe...Apa pon korang musti tonton / cari filem2 sejarah yang berlainan ngan stail pemerintah.Termasuklah buku2 teks sejarah kat sekolah hehe... :P

"LET'S BE REALISTIC AND DO THE IMPOSIBLE" -Che Guevara (Pejuang Kemerdekaan Cuba)

Friday, November 7, 2008

TAMAN MELUR BARRIOS CUP / 8-9 NOV


Gushhh...Liga nih liga tertutup dan event nih khas untuk kanak2 sekitar kat Taman Melur Ampang.Agak best sihh :)

8 buah team berjaya disenaraikan dan memang lemau meroyan la bebudak nih bermain esok haha!!!Takpe kitaorang sediakan hadiah2 yang menarik untuk para pemenang.Yang penting sekali ialah beraktiviti sesame kita dan juga menyihatkan badan hehe...Tunggu report serba ringkas kat sini nanti. :)

SMILE! It's GIRL FEST 2008 / 8 NOV 2008 / NOIZY STUDIO


Lorr bertindih lagi...Band2 yang dihidangkan disini memang superb dan banyak diantara band2 nih aku tak pernah nengok lagi.Yg aku dah nengok cam Mom On Strike, XLast MinuteX, Bottlecapt dan Oddity sahaja.97-Shiki, My Precious ngan Bloody Reject tuh mesti kena tengok!!!

Camaner pon tarikhnya bertindih aa ngan sosialis 2008 nyer event.Aku kepingin nak cari buku2 best kat saner...Hope Pak Isham ade kat sane hehe ;P

Anjuran dari UTARID BOOKING

RAJA PETRA BEBAS!!!

To reach the Bangunan Sultan Salehuddin

If you get on the Federal Highway, head towards Shah Alam ( after batu tiga toll) 2nd turn off (left). Take 3 o'clock at roundabout. straight, another round about (Bulatan Kayangan - can see the Shah Alam mosque right in front) take 12 o'clock. Then all the way straight - pass Concorde Hotel (on right), through the traffic lights, and straight on for about 100 m then turn left at Jalan Takbir or towards SUK building. If you miss this turn, drive on for another 100m and turn left at Persiaran Raja Muda (into Sec. 6) then take the first left into Persiaran Sultan.

Or, just look for the tallest building near the Shah Alam Mosque. That would be the SUK building which is where the State Govt is. The court is near it.

To get directly to the SUK building from the Federal Highway, take the 4th turn after the Batu Tiga Toll. (It says it is to Pusat Bandar Shah Alam, or it is the turn right after Pusat Perindustrian Shah Alam.) The road curves into Persiaran Sultan. Just follow this road right to the end.

Info lutut :
Berita nih dah pun disahkan oleh berita pagi tadi kat channel TV3 suku jap tadi.Beliau diwakili oleh 3 orang peguam dan blablabla...Selanjutnya pergi disini

Hahaha seronot dan kembali meriah lagilaa blog kat MALAYSIA TODAY.Dah lame aku tak masuk blog / laman web tuh sejak ketiadaan hero kesayangan ramai nih.Hopefully Raja Petra will going to strike and strike again with his 'spinning' article and he'll never give-up for what that goverment did'it to him.Rajin pergilahh...Sape nak join??

Fight for free speech country and this is a democracy!!! MANSUHKAN ISA yang ZALIM!!!

COMMON CHAOS / 8 NOV 2008 / ONE CAFE KL


Yang nih pon terbaik gak...Ade satu band yang aku kepingin nak nengok sesgt ialah SUZSBRIEA ngan Whispering Amuk. Yang lain cam Heterodox ngan lain2 aku dah tengok tapi tahun 2008 nih aku dah tak berpeluang nk nengok Heterodox nih lagi.So event nih leh la juga aku nak lepaskan rindu ngan hang-out ngan lepak ngan diorang.Huhu...

Brain Dead pon ade la...So metalheads semua korang musti pergi tau...

Thanks To Suzsbriea kerna pass flyers nih.Tapi malangnya ade event Sosialis 2008 yang aku dah plan dah ngan gang2.So jadual bertindih la...Sori laa gang :(

Anjuran dari Diamond Troopers

Be there okeh... :)

INCARNATION / ALBUM OUT NOW


For more info and sample just click here

Seriuss terbaikk!!! Europe metal hardcore mixed with many part and element of breakdown, melodic, thrash like Trivium, Sworn Enemy, In Flames dan blablabla.Hahaha kena beli nih kalau nk criter lebih2 hehe :P (kate baru rilis nih-ed)

Antara album yang wajib dibeli dalam tahun nih...Leh la kita tahu lebih lanjut pasal diorang dan juga lirik2 nya...Gud works INCARNATION!!!

Tak lupe juga gang2 HERRIOT nyer sekali... :)

MUSIC AGAINST RASICME / 16 NOV 2008 / KL TOWER


Oh yeahh...Music against rasicme?? Boleh educatekah masyarakat / scenister kita ngan event nih?Harapnya pengisiannya diutamakan dahulu selain berhibur melalui musik.Bersihkan jiwa2 kita dari sifat2 negetif nih yang bahawa musik ini adalah untuk bangsa dan juga untuk semua umat manusia.Tak kiralah kita dibezakan dengan kepelbagaian genre musik dan minat kita bercanggah dengan orang lain, tapi perlukah kita berbunuhan, membenci antara satu sama yang lain?

Band2 yang wajib untuk dilihat dalam tahun 2008 nih Roots N Boots ngan ACAB.Rindu aa nak tengok diorang hehe...Hope Sood will be there.All skinhead kids harapnya leh la datang tengok Roots N Boots.Skakin n pogo k... :P

Kesemua band2 yg tersenarai kat dalam nih semuanya aku dah tengok.Cuma Rosewood ngan Sipnosis aja yang aku ngak nengok lagi.

Anjuran Vain Music

Infolutut :
Aku harap mase dan timing showmanship event nih akan berjalan ngan lancar.Tak macam event2 lepas, lambat giler nak start... :)

Be there okeh...

Wednesday, November 5, 2008

Socialism Malaysia 2008


Socialism 2008 is an annual international gathering of socialists from different currents to discuss and debate issues which concerns the left, socialists and social movement in the world today. It was initiated by Parti Sosialis Malaysia (PSM) in 2005 and since then it has been rotated among Socialist Party in South East Asia. In 2006, Workers Democracy from Thailand organized the event while last year it was held in Philippines, organized by Laban Ng Masa with the theme - “Renewing Socialism in the 21st. century”. Selanjutnya

Note :
Musti pegi sebab last aku pergi event sosialis nih tahun 2005.(lame kan-ed) Oh yee kena register dahulu untuk join event nih...

Ingat ini!!!
KESAMARATAAN, KEMERDEKAAN, KEBEBASAN