Monday, November 17, 2008

What’s is a Global Warming And Fight Global Warming gig review / 15 March 2008 / MCPA/ Rm 25/ UnitedXFront ( IN MAKING)


Fight Global Warming gig review/15 March 2008/MCPA/Rm 25/UnitedXFront/

Note:Kali nih Re zine editorial team nak buat lain sikit pasal gig rebiu nih.So let’s check it out!!!(dan it’s still lagi pandangan peribadi Re zine-ed)

United X Front presents

Fight Global WarmingBand :-Fc Five (JPN) Miles Away (AUS)Dead Pits (INA) By Storm (PHIL) Born From Pain (THAI)After The Sky (SG) Second COmbat (MY) xElevenx (MY) Kids on the Move (MY) Restraint (MY) Hollow Of Hate (Opening Act)

For more info :- www. myspace. com/unitedxfront

Ok gig nih dianjurkan oleh United X front, so biler melibatkan banyaknyer band2 dari luar negara maka amat mahal aa sikit tiket masuknyer…Namun aku kat sini nak bagitahu jugak tak semuanyerr band2 ni aku tengok…Macam biase aa aku mesti datang lambat sebab hari tue aku memang ade hal mustahak tapi itu semua tak menghalang aku nak tengok atau pegi gig dan band2 luar dari luar (Thailand, Jepun, Indonesia, Singapore, Philipines) nih beraksi.Yang paling aku nak tengok sesangat ialah Fc Five yang paling diminati oleh warga hardcore kids kat Malaysia ni.Damn hahaOk gig nih sebenarnya aku dah selidik sesikit nak band2 dari luar ni (tak lupe jugak yang local ni-ed) so apa-apahal aku nak mintak maaf dulu kalau ade silap dan salah dalam episode rebiu gig kali nih…peace babeh ;P

Waktu acara:8.30-9.00-Crew Att, 9.00-11.00-Setting, 11.00-11.15-Briffing Crew, 11.15-1.00-Soundcheck, 1.15-Door Open, 1.30-2.00-Hollow of Hate/Lucky Draw, 2.00-2.30-First Base, 2.30-3.00-After The Sky, 3.00-3.30-Deadscore/Lucky Draw, 3.30-4.00-Forgive 4.00-4.30-By Storm, 4.30-5.00-Fc Five, 10 minute-Lucky Draw, 5.00-5.30-Restraint 5.30-6.00-Deadpits, 6.00-6.30-Miles Away, 10 minute-Lucky Draw, 6.30-7.00-XElevenX, 7.00-7.30-Born From Pain, 20 minute-Rest, 8.00-8.30-Kids On The Moves /Lucky Draw, 8.30-9.00-Second Combat, 9.00-10.30-Clean Up

Maka acara pun bermula…Yihaaa….:)

Ok disebabkan tak kesemuanyer band yang aku tengok namum berbekalkan sumber yang ada maka rebiu gig nih hanyalah untuk pengenalan dan juga info bagi pembaca supaya dapat mengenali band2 yang sedia termaktub dibawah ini Namun tak semuanyer band yang aku dapat tengok sebab seperti yang aku cakap diatas tadi…Fuhh tapi aku mmg rindu gilerbabi siot nak tengok Fc Five perfome.Last aku tengok Fc Five time tahun 2006 gig’Value Of Strange’ itulah kali pertama dan ini adalah kali ke-2 aku dapat melihat diorang kembali…Memang syok dan serius aku memang puashati gegiler nyer…Melihat kehebatan vocal screammy Tomy haha macam dalam videoclip2 diorang kat youtube…Dan tahun ni Fc Five adalah kali ke-3 diorang menjejak kaki ke Malaysia dan Thanks kat UnitedXFront kerana mengundang band hardcore dari Jepun yang still lagi meletup dan berjaya mencuri jiwa dan raga bebudak hardcore kids tempatan disini…Tak lupe juga band2 dari negara lain dan juga band2 local nih…

Dan macam biase kali nih saudara Ein still lagi menjadi mc pada hari itu dan aku agak berminat dengan acara lucky draw tapi serius aku memang tak leh focus dengan acara lucky draw sebab aku tengah dok bertanya-tanya band untuk sesi rebiu ni…Kalau aku follow lucky draw yang hanya dapat sekeping cd maka takder aa gig rebiu ni…hehe kan dah rugi…So sebelum aku nak mulakan sesi gig rebiu ni aku nak mintak maaf terlebih dahulu kalau ada silap dan salah cam salah fakta atau sebagainya sebab aku dah cuba sedaya upaya siap contek lagi diorang (band2) untuk menjayakan lagi sesi rebiu ni…So dah diorang pun taknak layan so ape yang aku leh buat (maklum lah sape la kami ni hehe-ed)…

So kite teruskan dengan band yang pertama iaitu Hollow Of Hate dari Petaling Jaya.Hollow Of Hate adalah opening untuk event ni.Nih merupakan 1st time aku tengok diorg beraksi secara ‘live’ dan serius musik diorg memang heavy gila untuk kategori gig hardcore nih.More than metal/harcore tapi kelebihan pada melodic atau riff2 metal terkandung pada musik mereka nih.Time tuh part2 breakdown memang power giler.Terdiri dari 5 anak muda iaitu Kerul-guitar, Afiq-guitar,Wan-bass, Harsall-vox, dan Agus-drum.Dengar-dengar balik kat myspace diorang perghh untuk track song cam “Ilmu Hisap Chegu Hapis” dah macam Sil Khannas aa sikit2 begitulah dengan stail mereka perfome.Hollow of Hate telah ditubuhkan sekitar tahun 2004 dan serius diorang boleh pegi jauh.Namum time tuh aku agak kelam kabut aku lupe nak mintak set list lagu diorg apetah lagi nak berborak-borak/tanye2 dengan band nih.Maka tak banyak aa info yang aku leh dapat dari diorang nih.memang superb rabak untuk opening gig nih…Habis je Hollow Of Hate, First Base lak mengambil alih sebagai band ke-2 untuk memulakan aksi…Sambil2 soundcheck saudara Ein memulakan lucky draw dier dan sorilah aku tak perasan sape yang bertuah sesangat tuh…(sori aku tak focus pown pasal lucky draw nih-ed)

First Base modern oldskull hardcore dari bandar Klang haha band ni aku cukup suka.Tapi diorg perfom hari tu macam tak seperti selalu.macam tak padat je sound diorang.Ntahla mungkin sound system ada problem sikit atau diorang yang tak perfom well (i guess. Haha-ed). tp serius sound band ni mmg syok..Line-up nyer sendiri masing-masing mempunyai band2 yang lain tak tahu lah samada First Base nih adalah merupakan side band project atau serius band (mana-mana pon boleh-ed) Chaca jer dah ada 4 band (kotm, xelevenx, in chrysalis,) Manja 2 je (xelevenx) Dean ade 3 (the dearly missed, xkotmx) dan Daryll (Deadscore).First Base seperti yang kite ketahui mereka main ala2 cam FC FIVE/Comeback Kids cuma yg membezakan suara voxnya.hehe.aku tak tau pula sejak bila Daryll(Deadscore) main utk First Base ni.Pertambahan ahli kot.Tapi apa pun diorg perform mmg energetik and full of hardcore spirit.BTW band ni dah mengeluarkan demo mereka awal tahun ni dengan kualiti sound yg baik.(Reach Out) Aku dah beli hehehe tapi slacknyer aku tak ingat diorg main lagu ape haha dan yang pastinyer diorg mesti memainkan lagu dari rilis Reach Out, Elusive, Breaking The Bond, Hunger.Layan…

Band After The Sky nih datang dari east Singapore merupakan band ke-3 .Sebelum ni diorang dikenali sebagai “No Direction”…Mungkin disebabkan ada 14 buah band dari pelbagai negara menamakan band “No Direction” gak so diorang decide tukar nama band diorang ke ‘After The Sky’ huhuhu…Crowd tak ramai yang beraksi untuk band nih.Hanya beberapa kelompok sahaja yang bermoshing/2 step dan aku leh berdiri dekat depan stage.Sebab kalau ramai sangat yang berpogo mahu aku duk tepi sahaja namun serius diorang still lagi meriah.Mula2 sahaja crowd agak memalu sesikit haha.After The Sky memainkan lelagu diorang dari rilis mereka Nothing But Colours (sori sebab aku kureng info sesangat pasal band nih-ed) memula intro dulu…pastue main lagu ‘Surrender’, ’We lost Ourselves To Algebra’,’Disappering’,Noting But Colours pastue 1 lagu cover dari kugiran Snapcase (Caboose) dan last sekali diorang memainkan lagu yang paling aku suke sekali ialah ‘When Lonelliness Know My Name’.memang berentak/genre emo hardcore dan vokalnyer mengingatkan aku pada kugiran ‘At The Drive In’ haha…Memang memuaskan hati dan telinga aku.Sebaik habis sahaja band After The Sky beraksi.

Haha band yang tak asing lagi kepada kite yang datang Kuala Lumpur iaitu Deadscore yang bermain stail/genre NYHC ala2 Sworn Enemy,Thrownclown senang cerita metalcore ala2 cam Restraint gak but vox dier still lain dan still ade lagi keunikkannyer tersendiri dari segi riff dan musik serta sound.Tak caye korang leh dengar sendiri kat myspace diorng (hehe promote nih-ed).Deadscore terdiri dari xMazrix (vokill), Daryll (guitarist), Mirul (guitarist), Pejal (bassist) & Jazmen (drummer) dan biler bertanyekan tentang isu pemanasan global nih saudara Mazri memberikan respon yang cukup best dengan menyatakan:

Deadscore-Pendapat kiteorg berkenaan pemanasan global pulak lebih kurang mcm ni la...bagi aku (mazri) personally la kan pemanasan global ni berlaku akibat kecuaian kite iatu manusia sendiri yg mana terlalu alpa & leka mengejar kemajuan & kekayaan. Aku dapat tahu yg pemanasan global ni dijangkakan akan menampakkan hasilnya yg begitu ketara sekali pada tahun 2010 nanti (ni aku tengok national geographic punye channel la). so bersedia la utk menerima kesan dari pembangunan & kemajuan yg telah banyak memusnahkan alam sekitar kita ini dlm tempoh yg terdekat ini. adakah anda sudah bersedia? mari sama2 kita lihat nanti :)

Dan Deadscore memainkan lagu Intro Burn This City (cover intro songs by Recon), Built To Last, Broken Promises, Trust and Believe (cover songs from xAFBx), Let's Dance, Deadscore 4 Life, Heart & Soul, Unite (cover songs from THROWDOWN).Sepanjang Deadscore beraksi selama nih diorang just ade 1 jer demo (tambah lagi) dan tunggulah rilis diorang yang terbaru nanti akan di updatekan…

Ok band seterusnya band ke-5 selepas Deadscore pon satu lagi band dari Singapore iaitu Forgive.band yang agak dikenali oleh Hardcore kids disini.Permainannyer yang bercorak metalcore seiring dengan adenya unsur2 oldskull/new skull ala (berinfluncekan-ed) (untuk vox-ed) cam Nodes of Ranvier.Serius perfomance diorang tidak mengecewakan hardcore2 kids disini.Dan ini pown pertama kali gak sang editor melihat band Forgive perfome secara live.(Asyik2 dengar lelagu diorang kat myspace-ed) je dan ape lagi tapi crowd disini still masih tak ramai yang bermoshing/2 step at least bagi aku maybe crowd2 tengah tunggu Fc Five kot (hehe same aa cam aku-ed) Namum diorang hari tuh diorang memainkan lagu dari demo 2007 iaitu ‘Let The Good Times Roll With The Punchs’.Dan start sahaja memula mereka memainkan cebisan intro dulu pastue barulah diorang memainkan lelagu favourite iaitu ‘Our Fight’, ’Remember’, ’Tires Hold’,’Kill & Deceine (cover) from Accept The Change. Line-up Forgive terkini dianggotai oleh Zan-vox, Ahmad Amiruddin-guitar, Ahmad Khaliq-drummer, Muhammad Haikal-bass, Feroze McLeod -guitar.

Seterusnyer band dari Philipines iaitu By Storm.Aku dah cari myspace/youtube band By Storm ni tapi tak jumpe la...Tapi bagi aku band ni macam main thrashcore and mix with old skool hardcore.Kalau tak silap la macam ada part breakdown la dalam sound mereka.Aku dah lupa sikit arr.ntah aku pun tak tau stail apa yang mereka main.sound mereka laju and power dan aku tak nak dapat komen sangat band ni.So info mengenai diorang memang agak susah nak cari.Maybe nanti aku tetanyer aa sesiapa nanti tanyer bebudak UnitedxFront ker hehe (itu pown kalau diorang nak layan-ed)…Sori By Storm and you guys...

Bersambung...

Full report in 2nd issue nanti... :)

No comments: