Monday, November 17, 2008

THREE CHORD FROM THE TRUTH IN MAKING


Yaa this is 100% punk rock event!!! (kredit thanks to Nizang and skataniks for set list) tak lupe juga aku nyer MP3 aku yang dah rosak sekarang nih!!! :(

Antara acara2 gig yang yang wajib dipertontonkan.Band2 yang dihidangkan oleh event nih nyata2nya ber'idealis' dan musiknya memang digemari ramai.Ade banyak band2 yang aku tak tahu dan tak pernah amik tahu pon sebelum nih.(Yep2 hampir 2 tahun aku tak involve kat dalam scene nih-ed) So aku nak mintak maaf dahulu kalau ade silap dan salah Tapi ade sedikit kekecohan / arguement berlaku semasa kugiran Onani memulakan slot.Tapi aku malas nak cerita pasal mende tuh huhu.(sebab aku memang tak beberapa ngerti sangat ape mende yang diorang bising2 sangat tuh-ed) Namun begitu kita mulakan band slot yang pertama atau band organizer untuk memulakan opening act iaitu Dum Dum Tak!!! Tapi sebelum tuh...

...Gig nih dianjurkan oleh en Nizang (Dum Dum Tak) dan Amet (stick No Bill / Skullitica).Malam sebelumnya aku hang out ngan Nizang, gang2 Dum Dum Tak, Kid Half Asleep dan lain2 untuk jamm session.Owhh Dum Dum Tak nak praktis untuk perfome keesokkan harinya untuk gig nih ler...Malam tuh aku siap order (bayar kemudian) tuk t-shirt gig nih.Hehe :)

Aku sampai sana dalam 2.34 pm.Time tuh Plague Of Hapiness tengah soundcheck.Sambil menunggu kelibat cik Cikin yang tak sampai2 lagi.Ada individu iaitu rakan sekolah lame aku muncul iaitu en Suffian haha...Rakan sekelas aku mase sekolah kat Teknik Port Dickson dulu sesi tahun 1999 / 2000...Melompat tul aku bila dia muncul.Haha (itu cerita lain-ed) Sebenarnya aku tak fokus sangat pon event yang berlansung sebab aku hanya fokus nak tengok DUM DUM TAK ngan Carburetor Dung aja.Begitu juga band2 punkrock yang lain.Lagi satu aku banyak melepak kat belakang.(Mabuk2 sih hehe-ed) Tapi sorilah buat pembaca semua aku tak semua band yang aku tengok...Pastinya hari itu ade ramai individu2 best yang aku jumpe.

Jam dah menunjukkan 2.50 pm.Time nih kugiran The Good Nite Goodies tgh soundcheck!!! Aku puashati sound yang dipersembahkan oleh band2 nih.Memang terbaik sampai aku dah tak sabar2 nak bila event nih nak start!!!Jam aku time tuh menunjukkan dah 3.09 pm.Dum Dum Tak lak tgh soundcheck dan tanpa membuang mase terus ke opening band.Dan bermulalah acara gig nih pada kul 3.16 pm.

Dum Dum Tak (Perfomely KL political punkrock band) terdiri dari Fael, Aiman, Rizie dan Nizang memulakan lagu pertama diorang iaitu Pantat Kau!!!Yang tak best nyer crowd time tuh malu2 lak.Sdr Rizie terus memanggil crowd2 ke depan dan jangan malu2 hehe.(yela korang dah bayarkan event nih so enjoy lerr berpogo hehe :P -ed) Lagu ke-2 ialah 'Demokrasi Tanpa ISA', (Yaa Malaysia kan mengamalkan cara pemerintahan demokrasi berparlimen tapi demokrasi apekah ini kalau ade ISA yang kejam, tahanan tanpa bicara nih-ed) Seterusnya lak diorang memainkan lagu 'Hentikan', 'Marsinah' (Marjinal cover), 'Perangi Mereka', 'Nyanyi Budaya Pembebasan', 'Internationale' dan last song mereka ialah 'Negri Ngeri'(Marjinal cover).Kesemua lagu2 nih adalah untuk upcoming album yang bakal dihasilkan oleh Dum Dum Tak tak lama lagi.So watch out geng!!! Dum Dum Tak setel dalam lebih kurang 3.45 pm.Siyess aku memang layan Dum Dum Tak tentang cara mengendalikan showmanship diorang dengan menyampaikan isu penindasan, politikal aware dsb mengikut caranya sendiri.Best!!!

Seterusnya band ke-2 The Goodnite Goodies (Kuala Terengganu political punkrock) lak mengambil alih pentas. Dan start dari sini aku dah tak beberapa fokus sangat lagu apekah yang diorang main.Pastinya The Goodnite Goodies memainkan lagu-lagu favorite dari rilis Anti Establish dan kompilasi Bollok Wok vol3 cam 'fictitous', Lagu pertama mereka sebagai pembuka tirai ialah 'Realize'.Lagu2 lain aku tak perasan dan tak tahu dan yang aku tahu diorang memainkan lagu cover dari kugiran NOFX '180 degrees'."Main lagu cover korang suke eh" kata Os haha... :)

Bersambung...

Full report in 2nd issue nanti... :)

No comments: