Tuesday, April 8, 2008

‘Menjadikan ‘Underground’ bukan sekadar musik semata-mata’

10.50
02 mac 2008


Pergerakan DIY secara umumnya tak kira samada metal, punk, grunge dan sebagainya memang tidak lari daripada gig-gignya.Dewasa nih kebanjiran band-band/ atau kugiran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.(bukan hujan yang un'feymes' tu-ed) Bukan pada ketika ini sahaja malah beberapa tahun lepas pun kebanjiran band atau kugiran DIY hampir sama banyaknya dengan pendatang tanpa izin PATI hahaha!!! (aku gurau je-ed) dah tak terkira banyaknya band sampai aku yang baru stat active balik nih dah semakin ketinggalan jauh untuk mengikuti perkembangan diorang nih (scene DIY kita nih) Dah banyak band yang aku dah tak tahu hmm…Maka perlahan-lahan lah aku cuba mengikuti perkembangan diorang atas dasar DIY dan juga kerana Re zine nih.Cuma yang aku kesal sekali ialah kekurangan bahan bacaan buatan DIY.Mane pegi pembikin zine tuh semua…(namun aku percaya diorang ni still ade lagi-ed)

Atas kebanjiran band atau kugiran DIY ni maka bercanak-canaklah gig yang kerap dianjurkan.Malah hampir setiap minggu sahaja pasti ada 2 atau 3 event berjalan secara serentak di ibukota ni.Hebat bukan…Maka seronok sakan lah diorang kat situ.Boleh bercanda, berdansa, berkumpul sesame komuniti, malah boleh bermoshing-moshing atau men’kick boxing perut kengkawan sendiri haha!!! Namun harus diingat tujuan gig yang dianjurkan bukan setakat itu aje malah ianya lebih daripada itu…Kenapa ye??

Tujuan gig-gig yang dianjurkan seperti yang dinyatakan diatas tadi secara umumnya gig ni ianya boleh dijadikan tempat untuk kita mengenali sesame komuniti yang lain, selain itu ianya boleh juga dijadikan tempat untuk menambah kenalan ataupun nak tunjuk hebat (haha-ed) Kita juga boleh menambah pengetahuan kita dengan bertukar-tukar pasangan.ehh silap bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu perkara yang melibatkan scene DIY nie.Malah bukan setakat itu aje kita juga boleh meyelesaikan masalah yang timbul (cthnya kat myspace tuh bukan semuanya tu betul hehe cam aku jugak-ed) Maka dengan adanya gig ni bolehlah kita mengeratkan kembali silaturrahim kita sesame umat nih…(alah sedangkan lidah lagi tergigit kan-ed) Malah sekiranya kita ni bijak kita boleh merancang sesuatu aktiviti bersama-sama dalam komuniti contohnya pegi mandi sungai beramai-ramai ke atau bermain polis sentri (mampuih orang tak bace artikel ko ni-ed) Ok2 aku serius…Dan yang paling best sekali bila ada kat gig ni kita boleh dapatkan stuff-stuff menarik.Ini kerana kat gig ini sahajalah yang kita boleh membeli secara cash berbanding kalau korang ni sanggup menunggu biler memesan/order stuff secara mail’ ni (aku tak sanggup tapi dah terpaksa haha-ed) Tak pun pegi aje kedai2 yang menjual stuff-stuff DIY ni.Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini maka dengan bijaknya kita taklah hanya membuang masa begitu aje…Banyak faedahnya bukan…

Tema dalam sesuatu gig
Sukanya aku nak nyatakan disini yang paling menarik perhatian aku ialah gig-gig yang dianjurkan mempunyai tema yang tersendiri.Ditambah pula dengan kehebatan visual daripada flyer2 yang cantik.Ia boleh membuatkan pengunjung berbuak-buak hatinya (cam aku-ed) untuk pergi menghadirinya.Tambahan pula di zaman yang canggih ni flyers (bercetak) masih lagi relevan untuk digunakan walhal kat alam surfing ni (internet-ed) bersepah-sepah individu/band/distro/label mempromosikan sesama sendiri contohnya dalam myspace.(Semuanya dah tahu da-ed) Ok kembali ke tema sesuatu gig…Ada yang tema yang berbentuk positive atau atau kalau difikirkan cam ntah hapa-hapa je tapi itulah yang best.(bagi aku kot-ed) Namun apa yang aku pelik bila tema sesebuah gig sering kali diabaikan malah ada kengkadang tuh macam takde je…dan ianya berakhir sebagai hiburan sahaje semata-mata pastue habis je dan balik…Mungkin tema hanyalah sekadar nama atau perkataan untuk memancing pengunjung di atas helaian flyers.Rasa cam rugi atau cam rasa tertipu sebab kerana tema-tema mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh organizer atau mungkin ada aktiviti selain melihat kugiran DIY beraksi.Manalah tahu cam ada aktiviti makan nasi lemak secara terbalik ke atau mengadakan mogok lapar ke atau whateverlah janji tema-tema yang dicanangkan itu digunakan sebaik mungkin kerana ianya boleh mendatangkan impaks yang lebih besar jika sekiranya diperluaskan penggunaannya.Bukankah itu lebih menarik!!!Mungkin pengunjung akan lebih terhibur atau adalah sesuatu yang bisa tak merugikan wang kocek aja semata-mata.

Untuk itu ingin aku sampaikan disini atau memberi cadangan supaya gig-gig yang bertema nih haruslah memberi penekanan sedikit terhadapnya.Mungkin MC atau hos acara itu boleh memberi sedikit info atau ucapan dicelah-celah band ataupun band-band nih pun memberi kerjasama untuk menerangkan tema ini bersama agar pengunjung yang hadir sama memahami isi kandungan tema tu atau kalau korang’ dah malas sangat buat aje risalah dan berikan sahaja pada pengunjung seperti memberikannya di pintu masuk dan menerangkan serba sedikit tentang tema yang dianjurkan dan dan pada waktu itu terpulanglah kepada pengunjung tuh nak paham atau tak haha!!!

Dan secara umumnya sekali lagi yang ingin aku sampaikan disini agar gig-gig (bertema)yang dianjurkan dimana-mana tempat sekalipun agar tidak menganggapnya sebagai hiburan atau musik semata-mata tetapi ianya lebih kepada itu.Tiada gig2 nih tak ubahlah seperti kite pegi pub, hard rock cafe dan sebagainya. Dan diharap korang memahami apa yang aku disampaikan dan ingat ‘Hiburan yang tiada perjuangan adalah membosankan’!!!

Text by ambu…
04 Mac 2008
4.24 am

(taken from Re zine newsletter #1 2008)