Thursday, May 29, 2008

EP OUT NOW/Flows/PJ Raggae Band!!!

Track List:
1. Summer's Dream
2. Illusion
3. Halus
4. Malaysian Sunset
5. Fortune Cookie
6. Resolution

Dengarkan sample lagu mereka di sini

Sunday, May 25, 2008

ZINE ZINE ZINE

Zine*Zine*Zine*

Artikel ini diambil masa aku pergi D.I.Y zine mini festivel kat Artport,Galeri Shah Alam.(11.03.2006) Aku siarkan untuk tutupan umum.

Zine*Zine*Zine*
Seperti semua orang bisa membuat zine, sebab sepertinya tidak ada prosedur tertentu dalam menulis zine.Semua zine disini tidak ada yang membicarakan satu subjek tertentu.kalau pun sama, tidak ada yang membicarakan satu topic dengan satu perspektif.

Mungkin ini merupakan alternative.mereka yang ingin menulis dan menyampaikan pemikiran tanpa harus melewati proses berbelit, yang akan ditemui jika ingin mempublikasi melalui jalur umum, misalnya penerbit, yang malah hanya akan membuat tulisan mereka tidak sama dengan bentuk awal.Sementara pemikiran mereka tidak bias tersampaikan maksima!.Yah, walaupun memang jika melalui jalur umum akan lebih banyak orang bias membaca tulisan itu,tapi mungkin mereka tidak menginginkan itu.Mungkin mereka merasa mempublikasikan lewat jalur umum sangat tidak DIY dan bahkan cenderung kapitalistik. Bukan dalam artian mereka menjual pemikiran itu dengan harapan mendapat imbalan uang (wang).Tapi prosesnya mengarah pada bahaya laten kapitalis itu.Seperti sensor atau editing yang mengekang mereka untuk menentukan sendiri yang ingin dipikirkan dan disampaikan.begitu juga kosumennya, mereka seperti ditentukan mana yang baik untuk dikonsumi dan mana yang tidak’, dan itu sangat tidak DIY.itu memperlihatkan mereka tidak mempunyai otonomi atas diri sendiri.

Itu seperti kontrakdiksi antara dunia ide dan dunia nyata lagi.Dunia nyata yang begiti rupa sudah mapan,dan dunia ide yang cenderung mendestruksi dunia nyata.maka bila ide ingin ‘tersuarkan’ ke dunia nyata, ide destruktif itu akan disaring lebih dahulu, agar ketika ‘tersuarakan’, ide itu tidak membahayakan dunia nyata sudah mapan.

Mereka yang mengambil jalan alternative untuk tetap bertahan dengan idealisme ini telah mengambil langkah sangat berani dengan terus mencoba menyaurakan maksud mereka secara utuh tanpa sensor,walaupun mungkin tidak terdengar.Tapi mereka telah lepas dari hegemoni dan penyeragaman.

*artikel ini diambil dari buku;Perang-sebuah novel subkultur

“Selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak ada di public yang lebih luas,sementara sebenarnya secara karekteristik, tak ade bezanya antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan bulletin-bulletin Jumaat di masjid-masjid”end

Note :
Dan bagi pendapat aku pula nak tambah kat sini.Walaumacammana pun penghasilan tak kirala dari segi pro print’ hingga ke fotostat, ape yang aku nak tekan kat sini ialah idea’.Idea’ yang korang sampaikan.tak kiralah songsang ke atau entah hapa-hapa ke yang korang buat tapi yang aku tahu itulah yang lahir.Itulah yang pembaca dapat.Sekarang ni pembikin zine dah makin pupus (Aku berani jamin) tapi aku tahu kat luar tu adalah segelintir dua yang masih bersemangat (macam aku haha-ed) untuk meneruskan trasdisi dan identiti kita untuk menongkah arus, Meneruskan perjuangan menjadikan zine sebagai bahan bacaan berilmiah untuk anak-anak muda punk/hardcore.tak lupe metal,grind,crust dan blablabla….Personal dan bebas.Sepertimana yang korang baca blog2 nih... :)

Wednesday, May 21, 2008

Disarm Fest

Disarm Fest Gig Rebiu/22 march/MCPA/This Is The Great Show/RM15

Note: ini adalah edit kali ke-2 disebabkan mutu visual kat blogspot nih cm gampang aa

Band slot:The Diamond, Skatanixs, Dazmelon, Sonic Star Radio Jam, Cannaris, Better Than Her, Monopose, Second Combat, Everything, Restraint, The Padangs, Sandra In Urgent, Kiss The Fallen dan Eyemore

Intro
Emm MCPA buat kali ke-3 (tak silap aku-ed) gig rebiu dalam tahun nih so ade banyak aa band yang aku nak tengok di depan mata nih.Especially yang aku kepingin nak tengok sesangat ialah Skatanix dan band2 yg aku tak pernah tengok lagi.Dan maaf sekali lagi sebab gig rebiu nih tak penuh (full-ed) sebab aku terpaksa keluar awal disebabkan ade hal penting yang harus dilakukan dan apa jua alasan aku nak keluar awal tuh diharap pembaca tak perlulah tahu ok…(aku tengok sampai Restraint jer-ed)

Ok gig kali nih adalah acara pay-to-play.Walaupun ramai antaranya crowd yang bising2 pasal benda (isu-ed) nih tapi Sang Editor taknak amik pusing pown kat dalam gig rebiu kali ini…Yang penting ialah support band2 nih beraksi.So daripada band2 slot yang korang leh lihat diatas adalah yang dah sedia maklum dalam diari gig rebiu R.E zine nih.Maaf sekiranya jikalau ade salah dan silap (fakta) kerana ini sajalah yang Sang Editor mampu lakukan kerana Sang Editor agak pemalu sedikit (hehe-ed) nak jumpe/tanye2 band2 nih hehe namum untuk episode gig rebiu yang akan datang, Sang Editor akan buat yang lebih terbaik …(insyallah-ed) hehe

Sebelum kite mulakan acara ni gig nih dah start dah dalam kul brape aku tak pasti.Sebelum tuh lak aku leh bantai me’lantak’ (makan-ed) kat mapley tuh sekali lepak ngan Amet, Cikin, Ecah, Monche (dan ramai lagi kenalan-ed) pulak tuhh leh hujan lebat lak petang tuh.so agak lambat aa aku nak naik masuk tengok acara tuh berlansung.Tapi biler agak dah kureng sikit lebatnyer hujan tuh barulah aku and the gang berlari masuk ke MCPA tuhh aduhh…haha memang leceh tapi disebabkan slot Skatanixs semakin hampir terpaksa aa jugak kitaorang redah haha…Apa-apa pun kite mulakan dengan opening band iaitu datang dari Teluk Pulai Klang iaitu The Diamond. So nenaik jer aku tengok The Diamond lelagu diorang nih ada stail cam Portishead sesikit (influence nih-ed) sesikit.Tapi still ade element yg cukup slow dan bermelodi.Mengingatkan aku pada band Corn In Cup dari Melaka haha serius layan.Walaupun time diorang perfome semuanyer pakat duduk.haha sebenarnya aku sempat ushar diorang main last song (damn-ed) dan biler aku bertanyer dan melihat myspace diorang ooo diorang main lagu lagu dari demo diorang iaitu ‘Oh Kasihku’.Korang leh dengar sendiri kat Myspace diorang sendiri.Dan sebelum tuh diorang memainkan lelagu cam ‘Tanpa Arah Tuju’, ‘Ke Manakah’ dan‘Terhenti’ hanya 4 lagu sahaja.Band nih sebenarnya dah wujud dari tahun 2006 lagi so terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Amy-vokal@guitar, Adli-2guitar, Amai-bassist, Mustaffa-drum. Info terbaru mengenai The Diamond nih diorang akan mengeluarkan ep mereka dalam bulan 6 so tunggu sahajalah…Pastikan sound yang terbaik.

Penantian agak lame Sang Editor menunggu untuk melihat Skatanix perfome maka inilah kali pertama dapat melihat mereka.Lame giler tak dengar citer pasal diorang nih.So akhirnya ketemu juga kita haha.Antara rilisan yang aku pernah ada mase Skatanixs tengah meletup era 2001 camtue nih mase 3 way split dengan Denigrate dari Port Dickson hardcore (ripp) ngan Heterodox. (zaman2 kaset lagi haha tapi split tuh entah maner ntah hilang-ed) Dengan alasan itu tergeraklah jiwa ini untuk melihat diorang dengan melihat lebih dekat.Ternyata aku puashati walaupun time tuh crowd still memalu atau tak ramai yang datang lagi.Maybe hujan lebat juga adalah salah satu sebab kot haha Ok Skatanixs yang recently datang dari Penang, Alor Setar, KL kini dengan line-up terbaru (yang perfome hari tuh-ed) adalah Ruhaifi-guitar/vox(line-up asal-ed), Arn-drummer, Akmal-guitar dan sape lagi aku tak kenal sori…Pertukaran line-up agak ketara maybe inilah satu2 nyer jalan bagi membolehkan Skatanixs untuk terus active dan boleh bermain dimana-mana show/event yang diundang.Dan hari tuh diorang memainkan lagu cam 'false emo’, ’Pressure’, ’Tough guy’ (cover from beastie boys) Siap tukar-tukar posisi lagi, ‘Bed Bug’, ’Never Look Back’ (cover from Ten Foot Pole), ‘Words’, ‘Linoleum’ (cover from Nofx) Dan terakhir sekali yang paling aku suke ialah ‘Skate Punks’.Dan sekarang nih Skatanixs menerima banyak undangan dan ini bermakner Skatanixs akan terus active dan nak tahu lagi pasal diorang nih leh la pegi ke page diorang.Antara kugiran punkrock yang paling lame berada dalam scene underground nih.

Ok band seterusnyer band ke-3 band Dazmelon yang datangnyer dari Ampang (bebudak Keramat nih-ed).Uikk hehe tapi aku tak pernah dengar pown pasal diorang ni.Patutlah aku nampak Achot Heterodox sekali ngan diorg haha.Barulah aku tahu pasal band nih hehe.Not bad sebab biler aku check balik singles lagu Dazmelon (kat myspace-ed) perghh best dowh (sound terbaik dan kualiti-ed) tapi tuh aa Dazmelon hanya promote dua lagu je.Memang layak pegi ke radio lelagu diorang nih.Tapi mase show hari tuh ermm memang tak ramai yang menyaksikan diorang.Maybe ramai kot yang tak tahu pasal diorang ni.Ape2 pon Dazmelon terdiri daripada 5 jejaka best iaitu Lee-vox, Piranas-bass/vox, Ayat-guitar, Ajim-guitar, Daniel-drum dan diorang memainkan lagu dari singles diorg iaitu’Tanda Soal’,’Kekasihku Curang’, ‘Harimau Malaya’, ‘Hilang’ dan‘Terbang’ .Antara indie band yang paling yang harus diberi tumpuan.

Sonic Star Radio Jamm adalah band yang seterusnyer.diorang start perfome dalam kul 4.35 ptg camtue.Band nih dari Kuantan (Kuantan Under The Sea-mesti ramai yang dah lupe kan-ed) Dah lame aku tak dengar atau tengok band2 dari Kuantan beraksi.Buat pertama kalinyer kot hehe dalam tahun ni.Serius aku memang agak kekurangan info dari band-band disana.Dan aku lak tak terpikir pon nak amik tahu sebabnyer semua band2 yang ada dahulu semuanyer dah lari ke KL kot atau dah banyak band2 dari sana dah ripp.Entah atau tidak aku tak tahu.(nenanti aa aku cari hehe-ed) Dan hari tuh diorang memainkan 4 buah lagu dari perviuos demo diorang iaitu ‘Paradigm of mind’, ’Suzy’,’Erin (without you I’m nothing)’dam‘Menos Grande .Memang grunge habis aa diorang nih dan ade jugak terselitnyer special effect yang didendangkan (cewahh-ed)

Ok band nih aku pelik dengan crowd diorang nih hehe.Tetiba jer meriah dan crowded biler Cannaris start nak perfome.Tapi slacknyer tetiba lak microphone problem dan mengambil masa yang agak lama dalam 15-20 minit (lebih kurang ler-ed) untuk soundcheck balik (ade masalah teknikal-ed).Band nih ade 2 orang vox maknenyer ade 6 orang line-up kesemuanyer haha dan diorg antara band yang paling meriah gegiler nyer kat situ hehe Ok band nih bermain dalam stail yang begitu teknikal sekali metalcore yg diselangselikan dengan unsur2 yang pelbagai cam grind, brutal, hardcore dan riff 2 yang asyik sekali dengan pengaruh paling besar yang datangnyer dari Lamb Of God dan korang judge aa sendiri hehe (agak unik sihhh-ed) tapi aku tak kenal sesangat diorg2 nih hehe.Dan hari tuh diorang memainkan dari promo demo (gegey music-ed) diorang iaitu ‘The Night Skies Turn Blue’, ‘Cape Winds’, ‘Pray For Silence’ dan ‘Transplant’. Memang rabak dan totally havoc aa time Cannaris perfome.Nak tahu lebih lanjut silalah ke myspace diorg. Apa-apa pon Cannaris harus diberi pujian dan diorang nih datangnya dari Kuala Terengganu.Pantai Timur rules!!!

Metalcore ala2 As I lay Dying hehe iaitu Better Than Her lak adalah band seterusnyer iaitu band ke-6.Band nih still baru lagi.Semuanyer masih student (belaja kat MMU tak silap aku-ed) dan muda-muda belaka lagi.Diorang siap bagi aku promo cd hehe.(thanks a lot guys-ed) Walaupun masih ada lagi kekurangan dalam ep diorang nih namum aku percaya mereka akan memperbaiki lagi susunan musik mereka di mase akan datang.Dan Better Than Her dianggotai oleh Hanif-voc, Berrie-drum, Ayman-bass, Amir-guitar dan Mukmin-2nd gitar.Dan hari tuh jugalah diorang memainkan lagu cam ‘To You’, ‘In Between Two Minds’, ‘An Enternity’, ‘Norma Jean’ dan ‘Plemphis Will Laid’. Cammaner pon mereka still lagi meng’entertain crowd2 yang sedia ada tuh haha Still lagi meriah gitu hehe...

Band seterusnyer nyer pon dari Kuantan gak, sebuah band alternative iaitu Monopose. Band nih aku tak pernah tengok apatah dikenali lagi dan sekali imbas musik mereka lebih kearah stail cam ala-ala Butterfingger (new-ed) sesikit terutama dari segi vocal dan musiknyer walaupun tak lah 100%.(lebih kurang jer-ed) Dan hari tuh aku agak kesian gak biler tengok diorang perfome.Tak ramai da orang yang dok berdiri kat stage.Sebelum band nih perfome punyerlah meriahh…Maybe crowd-crowd dah penat kot atau entah tak sudi kot dengan band camnih atau entah maybe orang tak beberapa kenal lagi kot band nih yang bisa sekali menghiburkan telinga dan jiwa aku.Hinggakan Syed hampir2 nak merajuk sebab crowd semua duduk.Aduss apa-apa pon korang sabor ajelah dan harituh diorang memainkan lagu cam’Kalutan’, ‘Begging’, ‘Freedome’dan ‘Fly’ dan diorang setel perfome dalam 6.45 petang lebih kurang.

Seterusnyer band yang paling aku gemari walaupun dah berapa kali dah aku tengok tengok diorang.Sebuah band straight edge hardcore terbaik dan terbest dari Port Klang yang dah tak perlu diperkenalkan lagi dah.Ramai yang dah tahu kemunculan band nih haha iaitu Second Combat.(dah tahap veteran aa diorang nih-ed)Dan harituh Ein cakap harituh diorang nak enjoy dan memperkenalkan tiap2 line-upnyer dari mane datang dan nak main sebuah intro ala2 dangdut dan tambah lagi intro sesikit dan teruskan lagu diorang yang pertama (Aku dah gelak dah haha-ed) iaitu ‘Striving to Ready You’,’This The reasons’,’Second Combat’,’You Wont Listen’,’Infidelity’ dan lagu favorite diorang yang terakhir iaitu ‘What Has Insprired Us’ Memang gerek giler dan crowded aa seperti biase begitu juga dengan band yang seterusnya...

...Iaitu Restraint from KL.Dah berapa kali dah aku tengok diorang dan aku masih ingat lagi ketika Restraint baru sahaja ditubuhkan dan 1st perfomance diorang mase tahun 2005 kat Paul Place. (demo pon takde lagi time tuh haha-ed).Memang takder sorang pon dok buat moshpit untuk diorang dan hari ini Restraint membuktikan komitment diorang untuk terus memeriahkan dan mengegarkan scene metalcore sehingga dikenali ramai dan setiap gig-gig sekarang mesti ada Restraint haha!!! (kalau takde mmg tak sah haha-ed) Ijam juga berterima kasih kepada mane-mane crowd yang still ade jiwa hardcore yang datang support diorang hari tuh.Dan seperti biase Restraint menyanyikan lagu-lagu favorite daripada rilis2 diorang iaitu ‘For One Truth’, ‘Pure From Blood’, ‘Restraint’, ‘No Spiritual Surrender’ (cover dari Insight Out) dan juga ’The Power Off ‘haha ape lagi crowded aa jugak walaupun tak semeriah yang disangka.(maklum lah gig campur-campur’haha)

Setel jer tengok Restraint maka berakhirlah gig rebiu nih.Terima kasih pada band-band yang memberi kerjasama untuk menjayakan liputan kat Disarm Fest ni walaupun tak lengkap hahaha dan sorilah kepada band-band yang aku tak sempat nak tengok korang namum diwaktu yang lain pastinya kita ketemu lagi...

P/s: Gambar-gambar nanti aku upload nanti.Sabar ya... :)

Kelam Kabut Fest



Kelam Kabut Fest/5 April 2008 /MCPA/RM15
Band slot
Crazeemates
Awanband
Pesawat
Meet Uncle Hussein
Komplot
Living Dead Kiss
Vixxen
Dashown
Restraint
The Otherside Ochestra
Flu
Motherland
Bottlecapt

Intro
Yearghh Kelam Kabut Fest menyaksikan bahawa sang editor (begitu juga dengan organizer-ed) telah bersungguh-sungguh membuat liputan menyeluruh tentang band2 dan juga event yang berlansung nih.Maka disinilah R.E zine akan memberitahu pada scenister dan juga para pembaca tentang apa yang telah berlaku huhuhu dan memang menarik.Pelbagai genre dan jenis musik yang ada pada event nih(bezanya musik metal sahaja yang takde-ed).Crowd2 lak (pengunjung) tak usah cerita lah, mule2 je tak ramai hehe (baca sampai habis yer-ed).Band2 yang dipertaruhkan oleh organizer iaitu Tikusrock Community bukan calang2 hehe.Semuanyer menarik-menarik belaka.(gig campur-campur nih-ed)Tak lupe juga ade satu band baru iaitu Crazeemates yang datangnyer dari Ipoh.Lame pown tak lame sangat but inilah kali pertama Crazeemates perfome kat ibukota nih.Tak lupe juga kugiran Lunchbox tak dapat hadir untuk Kelam Kabut Fest sebab gitaris die ade hal yang tak dapat nak dielakkan.Tapi takpe Lunchbox akan ku tengok diorang mase kat JB nanti…

Ok gig kali nih R.E zine mempunyai access sepenuhnyer memandangkan R.E zine ade tag media/zine (pertama kalinyer huhuhu-ed).So kesemuanyer band-band yang bermain pada event nih haha sang editor ganggu/ tanye2 dan berkenal-kenalan haha…Tapi apa-apa pown sebelum kite pergi lebih jauh tentang gig rebiu nih harapnyer segala silap dan salah sorilah ye ini yang paling terbaik dimana sang editor focus 100% pada event dan juga band.Memang dok kat tepi stage sajalah sepanjang event tuh berlansung.Tak lupe juga cik mc kite yang kewl giler tapi agak nervous sesikit hehe iaitu cik Aishah.Dan tak lupe juga ada satu band yang paling dirindui oleh scenister (atau oleh sang editor nih sorang aje kot haha-ed) iaitu Motherland hehe dan ini special comeback diorang dan pertama kali Motherland perfome pada tahun 2008 nih…Tak lupe juga band Flu yang seangkatan dengan diorang.Memang lame giler siot tak dengar/tengok diorang perfome hehe…(banyak lah ko punyer x lupe hehe-ed)

Let’s the show begin…

Ok sebelum Crazeemates start nak perfome.Aku sempat lagi borak2 dengan organizer pastue tengok Awanband soundcheck.Label clothing-clothing time tuh memang datang agak awal dan telah pun memulakan urusniaga diorang (atau aku yang datang lewat-ed) cam Muart, Bima clothing, Curiga clothing, Neverdeless clothing dan Halusinasik. Memang cantek aa design2 baju dan produk diorang.Nak beli tapi kewangan manjadi soal la pulak haha cume bahan bacaan sahaja yang aku tak jumpe.Ermm…Bab sekuriti memang tip top.memang ramai aa abang2 guard yang jaga sepanjang nak ke ruang dalam hall tuh…Erm satu permulaan yang bagus dan apa-apa pun kite teruskan dengan opening band kite iaitu Crazeemates dan bermula lah acara nih dalam pukul 2.33 pm.

Tak banyak yang aku leh rebiu pasal Crazeemates nih memandangkan band nih baru je tahun nih muncul dengan line-up baru dan active.Tapi hari tuh diorang ada memainkan lagu cover dari kugiran The Pilgrims dan tak tahu lah pulak ape tajuknyer.Aku paling suker lagu diorang yang ala-ala vocal cam Kurt Cobain iaitu Let’s Jammed (tapi untuk part chorus sahaja-ed).Sebijik gak aa.Tapi time tuh crowd wat tak tahu jer.Maybe diorang tak banyak sangat berinteraksi dengan crowd just bagitahu name band sahaja dan tajuk lagu.Atau diorang nih masih malu-malu.Apa-apa pon mereka boleh dihubungi disini jika ingin tahu lebih lanjut pasal diorang yang sediakan di bawah..

Band ke-2 Awanband yang dah sememangnyer ditunggu oleh crowd2 (fans-ed) yang dah sedia menanti.Memang perfomence diorang cukup tak mengecewakan.Apalagi crowd terus berdansa aa…Ini kali ke-2 aku tengok diorang dan hari tuh diorang terpakse bermain lebih daripada 5 buah lagu sebab selepas Awanband sepatutnyer band Komplot tapi line-up nyer tak sampai lagi…timbalbalik2 pihak organizer terpakse menukar slot Komplot dengan band Pesawat (tapi Pesawat lak tak cukup line-up-ed).So terpakse aa Awanband perfome lagi Dan hari tuh Awanband memainkan lagu ‘Melangkah Demo’, ‘Belengu’, ‘I want To Know You’, ‘Melayang’, ‘Dance With You’ tambah lagi 3 buah lagu lagu baru wow tapi tak pasti aa tajuk lagu baru dan bestnyer diorang memainkan lagu cover dari kugiran The Police iaitu ‘Message In A Bottle’ cukup best aa Awanband meng’entertain suasana.Dan diorang nampak cam tak letih jer main 9 buah lagu straight. Bayangkan hehe…Syabas buat Awanband

Sementara menunggu Pesawat soundcheck, slot selepas nih yang aku dapat tahu dari cik mc kite pasnih Meet Uncle Hussein nyer slot wauu…lagi best asyik2 tengok diorg kat tv, kat youtube jer hehe kali nih tengok diorang secara live hehe (aku tak pernah tengok diorang lagi nih-ed) Tapi apa-apa pown kite ke band Pesawat dahulu yang datangnyer dari Ampang Hilir dan aku tak pernah pown tahu kelibat diorang dalam scene indie nih.Owhh rupe-rupe nyer Jipie (vocal/guitar) merupakan salah seorang sesionnist untuk Meet Uncle Hussein untuk posisi keyboard.Menarik sekali dan hari itu diorang memainkan lagu-lagu hits diorang yang aku dengar kat mypsace (upcoming ep dan demo 2007-ed) diorang iaitu ‘Modula Oblongata’, ’Kau Cintaku’, ‘Hitam’, Message In A Bottle (cover song from The Police) uikk Pesawat memainkan lagu cover yang sama ngan Awanband hahaha!!! Waktu tu jam dah kul 4.06 ptg dan Pesawat memainkan lagu terakhir iaitu mmg agak hit’s sekali iaitu ‘mirage’ sebagai penutup slot.

Seterusnyer band yang paling ditunggu-tunggu sekali iaitu Meet Uncle Hussein yang dah tak perlu diperkenalkan lagi.Hall tuh dah jadi penuh sesak Bayangkan hanya tinggal suku sahaja ruang kosong kat belakang.Punyer lah ramai crowd yang nak tengok diorang nih.Dan lagu 1st diorang Meet Uncle Hussein menyanyikan lelagu yang diambil dari opening song theme (drama ‘Kami’) iaitu ‘La la la Kerjala’ ermm crowd dah sing along.Pastue lagu ‘Pari-pari dibawah’ dan lagu seterusnyer lagu yang cukup buat crowd demam (cam aku-ed) iaitu lagu ‘Lagu Untukmu’ pastue biler ‘Milk In The Bottle’ jer dah Jipie dari band Pesawat join untuk posisi keyboard.dan lagu terakhir ‘Pura-pura’ Cukup best dan Meet Uncle Hussein tengah nak keluarkan full album so ramai-ramai kite tunggu.Last rilis yang diorang ade iaitu yang 1st nyer ep iaitu 7tahun 3bulan 90 hari.Dan diorang agak rushing gak kerana keesokkan harinyer diorang terpakse pergi ke Melaka untuk memenuhi undangan dari saner.(antara indie band yang paling popular sekali-ed)

Jam aku menunjukkan dah pukul 4.43 ptg dan Tiba giliran Komplot (disko indie band) untuk mengambil alih pentas.Wahh kugiran Komplot ni pun 1st time gak aku tengok dan aku dah terasa betapa aura ke’best’an melihat band komplot tuh beraksi.Memang ramai jugak Komplotan2 yang datang termasuk aa aku sekali hehe dan dan permulaan yang pertama mereka membawa lagu ‘Disko Tanpa Risiko’ (tapi sebelum tuh ade intro-ed) tapi malangnyer microphone menjadi masalah selepas habis jer lagu pertama.Maknanyer mereka terpakse menunggu lebih kurang dalam 15-20 minit (lebih kurang-ed) Tapi aku cukup respect Komplotan2 yang sabar menunggu dan tak buat kecoh2 pun memandangkan masalah nih hanyalah kesilapan teknikal.Selepas microphone siap direpair maka acara Komplot bermula dengan dengan lagu ‘Enter The Cosmo’(lagu nih pasal global warming nih-ed) tapi time nih crowd just joget jer dan seterusnya lagu diorang yang paling hits diambil dari 1st ep diorang iaitu ‘Konflik Metropolitan’ apalagi satu dewan aa sing alone hehe dan biler Zac ckp itu lagu terakhir jer crowd dah jerit-jerit mintak satu lagi lagu.Ermm apalagi diorang terus menyanyikan lagu ‘Norza Zain’ sebagai lagu penutup.Memang crowd semua puashati termasuk aa aku sekali.Pesan Zac kepada crowd ‘Janganlah kita berkomplot sesame kita’(hahaha-ed) Komplot rules!!!

Seterusnyer genre metalcore iaitu Living Dead Kiss pulak mengambil alih pentas yang datangnyer dari Ipoh.Dan jam aku menunjukkan dah 5.50.Tak dapat yang aku leh rebiu pasal band nih sebab hari tuh diorang menyanyikan lagu baru.Lagu 1st diorang ialah For ‘A Second Emotion’ dan crowd time tuh tinggal sekerat jer yang tengok diorang.Lagu ke-2 pulak lagu baru iaitu ‘Dear Daughter’ (kalau tak silap aku-ed) dan lagu ke-3 pulak ade satu lagu cover dari I Kill A Prom Queen iaitu ‘Say Goodbye’(wau dashyat!!!-ed) Tapi ada sedikit ke’kantui’an sikit yang diorang sendiri akui yang diorang agak jarang berlatih dan dua lagi lagu yang aku tak beberapa pasti apakah judulnyer.Apa-apa pon diorang still lagi dalam proses untuk menghasilkan rilis terbaru (tak pasti aa biler keluar-ed) dan mereka terdiri dari Amy-voc, Farit-guitar, Chen En-guitar, Ien-bass dan Ajim-Drum.

Dan seterusnyer band punkrock jelamaan Xray Spex iaitu Vixxen yang datangnya dari KL.Tak banyak yang aku tahu pon pasal Vixxen nih cume yang aku cam sesangat ialah Colyn daripada ex-Hellsister , ex-Devildolls.(1st time siot aku tengok Vixxen-ed).Jam time tuh dah kul 6.20 ptg.Lagu 1st jer Vixxen memainkan lagu cover daripada Sex Pistol iaitu ‘Pretty Vaccant’, Lagu ke-2 pula lagu cover dari kugiran The Exploited-‘Sid Vicious was Innocent’ ngan ke-3 Stupid System.Pastue lagu yang diambil dari first ep Vixxen “for The Punks iaitu ‘Everything Ok’,’No Feeling’ (cover from Sex Pistol) ‘Runaway’ dan banyak aa lagi lagu-lagu cover/sendiri yang aku tak dapat nak pastikan. Sori…Ok Vixxen terdiri dari Colyn, Ah Hong, Daim dan Ateh…band nih menurut kata Colyn hari itu band nih baru jer setahun ditubuhkan tetapi mereka (line-up yg lain-ed)nih dia dah pon gang/berkawan hampir 10 tahun.Masa yang cukup lama tuh.Apa-apa pown diorang memang cukup meng’entertain’/ memeriahkan suasana dan mereka pon tak kisah dengan apa jua kata-kata masyarakat/ scenenister mengenai diorang nih (dress-up/idealogi dsb) dan terpulanglah pada korang untuk menentukannya.Apa-apa pon dapatkan ep terbaru diorang yang berharga rm10 ‘For The Punks’ yang baru sahaja diriliskan dalam bulan lepas.Info selanjutnya mengenai Vixxen just check kat list yang disediakan dibawah.

Kugiran seterusnya dari Bandar Klang iaitu Dashown mengambil alih pentas.Jam aku time tuh menunjukkan dah kul 6.55 ptg.Band paling veteran sekali dan diorang dah wujud sejak tahun 1994 dan tahun nih adalah pertama kali aku melihat Dashown beraksi.Terubat jugaklah rindu aku nih hehe lebih-lebih lagi aku baru jer dapat ep terbaru Dashown ‘Vengeance Is Mine And I Shall Repay’ yang telah dirilis pada tahun lepas.Cukup terbaik sekali sound dan melihatkan Dashown perfome secara live.Serius tak menghampakan walaupun ade sikit jer ke’kantui’an hehe…Ok Dashown hanya membawa 4 buah lagu jer hari tu iaitu ‘True Till Death Loyal To Grave’, ‘My Dreams Forgotten Never Spoke’,’A Sweet Depticiuos Of Beauty And Despair’, dan Last song Dashown sebagai penutup ialah ‘Strive To Acceptance’.Kugiran metalcore/tipikal yang cukup tight sekali dan paling terbaik selain Cassandra.Acuan metal dan hardcore yang paling best.

Habis Jer Dashown nyer slot dalam kul 7.19 ptg. Crowd diminta berehat untuk menghormati waktu Maghrib.Dan show bersambung selepas kul 7.45 ptg.So aku n gang pon pegi aa berehat jap pekena burger ngan air coke kat luar blablaboleh borak2 ngan nyonya kat bawah tuhblabla pastue band seterusnyer ialah Restraint.Naik-naik jer aku dah miss 2 buah lagu Restraint.Dan pastue lak posisi Apek (drum) telah diganti oleh saudara Hakim (ex-Pickcell, ex Infireal) Apek time tuh g kursus.(aku tak tahu lah kursus ape?-ed) Aku masuk time Restraint nak perfome lagu ke-3 iaitu ‘Pure Form Blood’, (time tu lak ramai hardcore kid masuk lambat gak haha-ed) Bak kata Ijam “tuh aa sape suruh naik lambat”.(dah miss hehe-ed) Lagu ke-4 ’Until The End’ dan akhir sekali ‘Restraint’. Sing alone dan mosh/kickboxing aa bebudak ni walaupun terasa sekejap.Cam tak puas je.Hehe (Takpe esoknyer Restraint akan perfome untuk gig ‘There Was A Hard Impact’ anjuran dari Andamedia)

Seterusnya band yang membawa stail disko tapi penuh dengan element experimental/ electro dan danceable iaitu The Otherside Orchestra yang datangnya dari KL. Genre musik terbaru untuk tahun 2008 dan ini pon pertama kali gak aku melihat diorang perfome.Seperti biase diorang dah setup disco/strobe lights sebagai set performance diorang.Itu yang crowd makin menjadi-jadi tu.Semuanya berjoget, dah macam pegi disko la pulak hahaha Serius aku dah jatuh cinta dengan band ni termasuk aa sekali dengan vokalis die cik Izwin.(aku siap mintak autograph lagi tu hehe-ed) Ok berbalik pada showmanship.The Otherside Orchestra telah membawa lagu-lagu yang dipetik dari album pertama ‘Electromancetacy’ yang dirilis tahun disember tahun lepas iaitu ‘The Orchestra Has Just Arrived’, ‘In Certain Circumstances’,‘Eksperimentasi Elektro Cinta’, ’Irresolution Kills’, ‘Posessive’, ‘Eternal Punishment’ dan lagu terakhir diorang ialah sebuah lagu baru yang belum ade title lagi.Ni yang aku nak tengok show diorang lagi nih.hehe…(jam aku time dah kul 8.45)

Seterusnya sebuah band grunge yang paling popular era 2000 iaitu (dan sekarang nih still lagi popular lagi kot haha) iaitu Flu dari Bukit Bintang( BB Noise)..Last show diorang yang aku pergi time tahun 2000-2003 (somewhere) mase kat Bukit Bintang Mase itu BB port yang paling meletup dan paling best untuk hang-out bersama kengkawan hehe.Kirenya tahun ni 1st time aa aku tengok diorang balik dan spirit grunge tuh kembali yeahh...Sehingga sekarang Flu masih lagi mengekalkan line-up diorang iaitu Ag-vox/guitar, Pitong-bass, Fendi-2nd gitar dan Alang-drummer.Ok berbalik pada show.Flu a.k.a Fugue Liberalize Underground start dalam kul 9.00 dan diorang memainkan baru untuk upcoming ep diorang iaitu ‘In Patient’, ‘Invades The Wannabes’, ‘1 To 10’, ‘Punkrock Asshole’ dan last song diorang yang paling suka sekali ialah Rumagges yang dipetik dari 1st demo diorang iaitu ‘The Beginning’ (versi kaset lagi time tuh-ed) Walaupun time tuh takde crowd yang nak berdansa/pogo tapi pefomance diorang cukup best dan bertenaga.Cuma crowd sahaja yang masing-masing dah lesu.Apa-apa pon Flu masih lagi berbisa untuk memeriahkan scene grunge yang semakin tenggelam timbul ni.Slot diorang habis dalam kul 9.40 pm.

Seterusnya (band 2nd last) Motherland yang seangkatan dengan Flu jugak.Band lama jugak nih dan hari ini adalah special comeback diorang.Punyerlah lama diorang menghilangkan diri hampir 3 tahun.Sehingga kini line-up Motherland masih lagi kekal dan masih lagi menggunakan konsep genre/stail yang sama.Cume drummer je yang berubah.Lebih-lebih lagi biler Zarul-voc/3rd guitar cuba mengenang kembali zaman2 Seattle Sound (Seattle Wangsa hehe-ed).Siap ada sesi soal jawap lagi tu dengan crowd hahaha… Disamping itu juga Zarul sempat memperkenalkan line-up Motherland yang lain cam R-Rai-1st guitar, Atukz-2nd gitar, Rizal-bass dan drummer baru iaitu Mimie dari kugiran Nadia Picture Shows. Zarul sebelum nih pernah bermain dengan Abstrak Hingga Ke Bulan (side band-ed) dan juga kugiran D-va.(sekarang dah tak lagi-ed).Banyak aa side-band yang dibikin datang dari line-up Motherland.Tak lupe juga Atukz yang bermain untuk kugiran MUZE (Man Under Zero Effort dan ade lagi band x silap aku hehe-ed) Berbalik pada perfomence Motherland.Hari tu Motherland membawakan lagu-lagu baru dan lama iaitu ‘Desire’, ‘Never Ending Story’, ‘Zero’,’Seave The Servant’(cover dari Pearl Jamm tak silap aku aa -ed), ‘Fill On Like This’, ‘Cudrow’ dan akhir sekali lagu yang dipetik dari split album Twinned dan paling disukai ramai iaitu ‘Charcoal’.(cume crowd aje taknak dance disaat-saat akhir nih aduss-ed) Motherland kini sedang bergerak active untuk memeriahkan scene dan juga sedang memenuhi undangan untuk mana-mana gig yang dijemput.Motherland Rocks!!!

Akhirnya kemuncak acara pun tiba.Maka tibalah masanya Bottlecapt untuk mengakhiri show Kelam Kabut Fest.Diorang masih lagi mencari vokalis wanita.So wanita2 yang kat luar sana rasa2 kalau ade bakat boleh aa test audition untuk untuk Bottlecapt ni.Namun hari itu Bottlecapt telah mengudang khidmat Yaya dari kugiran Statik Emily.Lama dah aku tak dengar pasal Statik Emily nih.Ok berbalik pada show Bottlecapt (ala-ala Candy ni-ed).Bottlecapt telah membawa lagu-lagu hit’s yang korang boleh dengar kat myspace diorang sendiri atau untuk upcoming ep diorang iaitu ‘Take It Off’, (starting instrumental/intro), ‘Celebrity Skin’,’Just Like Every Guys I Know’,’Hot Night Crash’, ‘Ilusi’, dan last song yang paling disukai ramai iaitu ‘Kerana Dia’.Cukup puas hati walaupun drummer die Adeq agak kantui2 sikit.Apa-apa pon syabas buat Bottlecapt dan aku nak tengok diorang nih lagi kat upcoming show Bottlecapt kat event Supernova (31May) nanti.Be there ok…

Kesimpulan daripada apa yang berlaku apa hari itu ternyata amat menyeronokkan.Tiap-tiap band yang beraksi walaupun ade yang cam tak puas hati ke pada waktu itu harap sama-samalah kite memahaminya atau senang cerita kite bermaaf-memaafkan la ye hehe.Mahu pihak organizer mahupun pihak band apa yang dirancang tidaklah seperti yang kita, kamu atau diorang mahukan namun harapnya dapatlah diperbaiki nanti di masa akan datang.Ternyata masing-masing happy di waktu itu dan moga apa yang keluar dalam liputan ini maaflah kalau ada silap dan salah ye…peace

Kredit thanks to and higher salute to all the band and the organizer especially to Along and all other Tikus2rock yang lain…

http://www.myspace.com/tikusrockcommunity
http://www.myspace.com/awanberaraklalu
http://www.myspace.com/komplotan
http://www.myspace.com/dashown
http://www.myspace.com/meetunclehussain
http://www.myspace.com/vixxenkl
http://www.myspace.com/flufellow
http://www.myspace.com/bottlecapt
http://www.myspace.com/theothersideorchestra
http://www.myspace.com/crazeemates
http://www.myspace.com/pesawat
http://www.myspace.com/livingdeadkiss
http://www.myspace.com/restrainthc