Wednesday, May 21, 2008

Disarm Fest

Disarm Fest Gig Rebiu/22 march/MCPA/This Is The Great Show/RM15

Note: ini adalah edit kali ke-2 disebabkan mutu visual kat blogspot nih cm gampang aa

Band slot:The Diamond, Skatanixs, Dazmelon, Sonic Star Radio Jam, Cannaris, Better Than Her, Monopose, Second Combat, Everything, Restraint, The Padangs, Sandra In Urgent, Kiss The Fallen dan Eyemore

Intro
Emm MCPA buat kali ke-3 (tak silap aku-ed) gig rebiu dalam tahun nih so ade banyak aa band yang aku nak tengok di depan mata nih.Especially yang aku kepingin nak tengok sesangat ialah Skatanix dan band2 yg aku tak pernah tengok lagi.Dan maaf sekali lagi sebab gig rebiu nih tak penuh (full-ed) sebab aku terpaksa keluar awal disebabkan ade hal penting yang harus dilakukan dan apa jua alasan aku nak keluar awal tuh diharap pembaca tak perlulah tahu ok…(aku tengok sampai Restraint jer-ed)

Ok gig kali nih adalah acara pay-to-play.Walaupun ramai antaranya crowd yang bising2 pasal benda (isu-ed) nih tapi Sang Editor taknak amik pusing pown kat dalam gig rebiu kali ini…Yang penting ialah support band2 nih beraksi.So daripada band2 slot yang korang leh lihat diatas adalah yang dah sedia maklum dalam diari gig rebiu R.E zine nih.Maaf sekiranya jikalau ade salah dan silap (fakta) kerana ini sajalah yang Sang Editor mampu lakukan kerana Sang Editor agak pemalu sedikit (hehe-ed) nak jumpe/tanye2 band2 nih hehe namum untuk episode gig rebiu yang akan datang, Sang Editor akan buat yang lebih terbaik …(insyallah-ed) hehe

Sebelum kite mulakan acara ni gig nih dah start dah dalam kul brape aku tak pasti.Sebelum tuh lak aku leh bantai me’lantak’ (makan-ed) kat mapley tuh sekali lepak ngan Amet, Cikin, Ecah, Monche (dan ramai lagi kenalan-ed) pulak tuhh leh hujan lebat lak petang tuh.so agak lambat aa aku nak naik masuk tengok acara tuh berlansung.Tapi biler agak dah kureng sikit lebatnyer hujan tuh barulah aku and the gang berlari masuk ke MCPA tuhh aduhh…haha memang leceh tapi disebabkan slot Skatanixs semakin hampir terpaksa aa jugak kitaorang redah haha…Apa-apa pun kite mulakan dengan opening band iaitu datang dari Teluk Pulai Klang iaitu The Diamond. So nenaik jer aku tengok The Diamond lelagu diorang nih ada stail cam Portishead sesikit (influence nih-ed) sesikit.Tapi still ade element yg cukup slow dan bermelodi.Mengingatkan aku pada band Corn In Cup dari Melaka haha serius layan.Walaupun time diorang perfome semuanyer pakat duduk.haha sebenarnya aku sempat ushar diorang main last song (damn-ed) dan biler aku bertanyer dan melihat myspace diorang ooo diorang main lagu lagu dari demo diorang iaitu ‘Oh Kasihku’.Korang leh dengar sendiri kat Myspace diorang sendiri.Dan sebelum tuh diorang memainkan lelagu cam ‘Tanpa Arah Tuju’, ‘Ke Manakah’ dan‘Terhenti’ hanya 4 lagu sahaja.Band nih sebenarnya dah wujud dari tahun 2006 lagi so terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Amy-vokal@guitar, Adli-2guitar, Amai-bassist, Mustaffa-drum. Info terbaru mengenai The Diamond nih diorang akan mengeluarkan ep mereka dalam bulan 6 so tunggu sahajalah…Pastikan sound yang terbaik.

Penantian agak lame Sang Editor menunggu untuk melihat Skatanix perfome maka inilah kali pertama dapat melihat mereka.Lame giler tak dengar citer pasal diorang nih.So akhirnya ketemu juga kita haha.Antara rilisan yang aku pernah ada mase Skatanixs tengah meletup era 2001 camtue nih mase 3 way split dengan Denigrate dari Port Dickson hardcore (ripp) ngan Heterodox. (zaman2 kaset lagi haha tapi split tuh entah maner ntah hilang-ed) Dengan alasan itu tergeraklah jiwa ini untuk melihat diorang dengan melihat lebih dekat.Ternyata aku puashati walaupun time tuh crowd still memalu atau tak ramai yang datang lagi.Maybe hujan lebat juga adalah salah satu sebab kot haha Ok Skatanixs yang recently datang dari Penang, Alor Setar, KL kini dengan line-up terbaru (yang perfome hari tuh-ed) adalah Ruhaifi-guitar/vox(line-up asal-ed), Arn-drummer, Akmal-guitar dan sape lagi aku tak kenal sori…Pertukaran line-up agak ketara maybe inilah satu2 nyer jalan bagi membolehkan Skatanixs untuk terus active dan boleh bermain dimana-mana show/event yang diundang.Dan hari tuh diorang memainkan lagu cam 'false emo’, ’Pressure’, ’Tough guy’ (cover from beastie boys) Siap tukar-tukar posisi lagi, ‘Bed Bug’, ’Never Look Back’ (cover from Ten Foot Pole), ‘Words’, ‘Linoleum’ (cover from Nofx) Dan terakhir sekali yang paling aku suke ialah ‘Skate Punks’.Dan sekarang nih Skatanixs menerima banyak undangan dan ini bermakner Skatanixs akan terus active dan nak tahu lagi pasal diorang nih leh la pegi ke page diorang.Antara kugiran punkrock yang paling lame berada dalam scene underground nih.

Ok band seterusnyer band ke-3 band Dazmelon yang datangnyer dari Ampang (bebudak Keramat nih-ed).Uikk hehe tapi aku tak pernah dengar pown pasal diorang ni.Patutlah aku nampak Achot Heterodox sekali ngan diorg haha.Barulah aku tahu pasal band nih hehe.Not bad sebab biler aku check balik singles lagu Dazmelon (kat myspace-ed) perghh best dowh (sound terbaik dan kualiti-ed) tapi tuh aa Dazmelon hanya promote dua lagu je.Memang layak pegi ke radio lelagu diorang nih.Tapi mase show hari tuh ermm memang tak ramai yang menyaksikan diorang.Maybe ramai kot yang tak tahu pasal diorang ni.Ape2 pon Dazmelon terdiri daripada 5 jejaka best iaitu Lee-vox, Piranas-bass/vox, Ayat-guitar, Ajim-guitar, Daniel-drum dan diorang memainkan lagu dari singles diorg iaitu’Tanda Soal’,’Kekasihku Curang’, ‘Harimau Malaya’, ‘Hilang’ dan‘Terbang’ .Antara indie band yang paling yang harus diberi tumpuan.

Sonic Star Radio Jamm adalah band yang seterusnyer.diorang start perfome dalam kul 4.35 ptg camtue.Band nih dari Kuantan (Kuantan Under The Sea-mesti ramai yang dah lupe kan-ed) Dah lame aku tak dengar atau tengok band2 dari Kuantan beraksi.Buat pertama kalinyer kot hehe dalam tahun ni.Serius aku memang agak kekurangan info dari band-band disana.Dan aku lak tak terpikir pon nak amik tahu sebabnyer semua band2 yang ada dahulu semuanyer dah lari ke KL kot atau dah banyak band2 dari sana dah ripp.Entah atau tidak aku tak tahu.(nenanti aa aku cari hehe-ed) Dan hari tuh diorang memainkan 4 buah lagu dari perviuos demo diorang iaitu ‘Paradigm of mind’, ’Suzy’,’Erin (without you I’m nothing)’dam‘Menos Grande .Memang grunge habis aa diorang nih dan ade jugak terselitnyer special effect yang didendangkan (cewahh-ed)

Ok band nih aku pelik dengan crowd diorang nih hehe.Tetiba jer meriah dan crowded biler Cannaris start nak perfome.Tapi slacknyer tetiba lak microphone problem dan mengambil masa yang agak lama dalam 15-20 minit (lebih kurang ler-ed) untuk soundcheck balik (ade masalah teknikal-ed).Band nih ade 2 orang vox maknenyer ade 6 orang line-up kesemuanyer haha dan diorg antara band yang paling meriah gegiler nyer kat situ hehe Ok band nih bermain dalam stail yang begitu teknikal sekali metalcore yg diselangselikan dengan unsur2 yang pelbagai cam grind, brutal, hardcore dan riff 2 yang asyik sekali dengan pengaruh paling besar yang datangnyer dari Lamb Of God dan korang judge aa sendiri hehe (agak unik sihhh-ed) tapi aku tak kenal sesangat diorg2 nih hehe.Dan hari tuh diorang memainkan dari promo demo (gegey music-ed) diorang iaitu ‘The Night Skies Turn Blue’, ‘Cape Winds’, ‘Pray For Silence’ dan ‘Transplant’. Memang rabak dan totally havoc aa time Cannaris perfome.Nak tahu lebih lanjut silalah ke myspace diorg. Apa-apa pon Cannaris harus diberi pujian dan diorang nih datangnya dari Kuala Terengganu.Pantai Timur rules!!!

Metalcore ala2 As I lay Dying hehe iaitu Better Than Her lak adalah band seterusnyer iaitu band ke-6.Band nih still baru lagi.Semuanyer masih student (belaja kat MMU tak silap aku-ed) dan muda-muda belaka lagi.Diorang siap bagi aku promo cd hehe.(thanks a lot guys-ed) Walaupun masih ada lagi kekurangan dalam ep diorang nih namum aku percaya mereka akan memperbaiki lagi susunan musik mereka di mase akan datang.Dan Better Than Her dianggotai oleh Hanif-voc, Berrie-drum, Ayman-bass, Amir-guitar dan Mukmin-2nd gitar.Dan hari tuh jugalah diorang memainkan lagu cam ‘To You’, ‘In Between Two Minds’, ‘An Enternity’, ‘Norma Jean’ dan ‘Plemphis Will Laid’. Cammaner pon mereka still lagi meng’entertain crowd2 yang sedia ada tuh haha Still lagi meriah gitu hehe...

Band seterusnyer nyer pon dari Kuantan gak, sebuah band alternative iaitu Monopose. Band nih aku tak pernah tengok apatah dikenali lagi dan sekali imbas musik mereka lebih kearah stail cam ala-ala Butterfingger (new-ed) sesikit terutama dari segi vocal dan musiknyer walaupun tak lah 100%.(lebih kurang jer-ed) Dan hari tuh aku agak kesian gak biler tengok diorang perfome.Tak ramai da orang yang dok berdiri kat stage.Sebelum band nih perfome punyerlah meriahh…Maybe crowd-crowd dah penat kot atau entah tak sudi kot dengan band camnih atau entah maybe orang tak beberapa kenal lagi kot band nih yang bisa sekali menghiburkan telinga dan jiwa aku.Hinggakan Syed hampir2 nak merajuk sebab crowd semua duduk.Aduss apa-apa pon korang sabor ajelah dan harituh diorang memainkan lagu cam’Kalutan’, ‘Begging’, ‘Freedome’dan ‘Fly’ dan diorang setel perfome dalam 6.45 petang lebih kurang.

Seterusnyer band yang paling aku gemari walaupun dah berapa kali dah aku tengok tengok diorang.Sebuah band straight edge hardcore terbaik dan terbest dari Port Klang yang dah tak perlu diperkenalkan lagi dah.Ramai yang dah tahu kemunculan band nih haha iaitu Second Combat.(dah tahap veteran aa diorang nih-ed)Dan harituh Ein cakap harituh diorang nak enjoy dan memperkenalkan tiap2 line-upnyer dari mane datang dan nak main sebuah intro ala2 dangdut dan tambah lagi intro sesikit dan teruskan lagu diorang yang pertama (Aku dah gelak dah haha-ed) iaitu ‘Striving to Ready You’,’This The reasons’,’Second Combat’,’You Wont Listen’,’Infidelity’ dan lagu favorite diorang yang terakhir iaitu ‘What Has Insprired Us’ Memang gerek giler dan crowded aa seperti biase begitu juga dengan band yang seterusnya...

...Iaitu Restraint from KL.Dah berapa kali dah aku tengok diorang dan aku masih ingat lagi ketika Restraint baru sahaja ditubuhkan dan 1st perfomance diorang mase tahun 2005 kat Paul Place. (demo pon takde lagi time tuh haha-ed).Memang takder sorang pon dok buat moshpit untuk diorang dan hari ini Restraint membuktikan komitment diorang untuk terus memeriahkan dan mengegarkan scene metalcore sehingga dikenali ramai dan setiap gig-gig sekarang mesti ada Restraint haha!!! (kalau takde mmg tak sah haha-ed) Ijam juga berterima kasih kepada mane-mane crowd yang still ade jiwa hardcore yang datang support diorang hari tuh.Dan seperti biase Restraint menyanyikan lagu-lagu favorite daripada rilis2 diorang iaitu ‘For One Truth’, ‘Pure From Blood’, ‘Restraint’, ‘No Spiritual Surrender’ (cover dari Insight Out) dan juga ’The Power Off ‘haha ape lagi crowded aa jugak walaupun tak semeriah yang disangka.(maklum lah gig campur-campur’haha)

Setel jer tengok Restraint maka berakhirlah gig rebiu nih.Terima kasih pada band-band yang memberi kerjasama untuk menjayakan liputan kat Disarm Fest ni walaupun tak lengkap hahaha dan sorilah kepada band-band yang aku tak sempat nak tengok korang namum diwaktu yang lain pastinya kita ketemu lagi...

P/s: Gambar-gambar nanti aku upload nanti.Sabar ya... :)

No comments: