Monday, November 17, 2008

Split Gig Rebiu Altar Of Heroes / There Was A Hard Impact / 6 April 2008/ The Annexe CM (IN MAKING)


band slot :
Dark Horror, Madhouse, Oddity, Pink Acid, Bannbodo, Revenge, Nuclear Strike, Monochrome, Second Combat, Incarnation, Dashown

3.27 Intro
Seperti yang dijanjikan.Okeh inilah ulasan atau pen’dokumentasi’an yang paling giler dan aku rasa tak pernah lagi dibuat dek orang.2 gig/event aku pegi dalam satu hari.Tapi dah namanyer minat so inilah harga yang harus dibayar betul tak?(maklumlah ade 2 event superb best berlangsung pada hari yang sama-ed) Pening jugak aa kepala aku pikir yang mana satu aku nak pegi…

Apa-apa pun kita ke CM dulu-The Annexe untuk acara Altar Of Heroes. :)

Wahh penatnyer…semalam nyer penat pun tak habis *rujuk di sini.Aku dengan mengantuknyer aku keluar agak awal memandangkan Dark Horror opening band untuk acara nih.(hehe saya fans besar Dark Horror tau, jangan jeles-ed) Apa-apa pun terima kasih kepada Cres Entertainment terutamanya en Ebby kerana mengundang band pujaan saya ni dan juga saya sekali trimass bebanyak…(hehe utk buat liputan-ed)

Err sebelum kita mulakan acara nih ingin aku nak tegaskan sekali lagi ini hanyalah ulasan /gig rebiu berdasarkan pada pandangan peribadi semata-mata.Kalau salah dan silap mintak maaf ye sebab tak semua band yang aku tengok.Sori

Aku sampai kat CM dalam kul 2 lebih…naik2 je acara belum lagi bermula pulak tu line-up Dark Horror ade 2 orang lagi yang tak sampai.Tapi hari itu Dark Horror ade special guest yang memang tersangat2lah aku teruja iaitu brader Lord-ex Ella And The Boys. Hehe apa lagi ‘acara’ aa aku dan ‘sahabat2’ (mabuk2 dulu tgh2 hari buta nih hehe-ed) Well acara pun tak start lagi kan.Aku n gang n brader Lod leh lepak2 kat bawah jap sambil menunggu 2 orang kelibat line-up Dark Horror yang tak kunjung tiba lagi.Serius shitt Dark Horror aku dah lame x tengok diorang perfome dan aku dah tak pasti sape line-up diorang yang terbaru…Jeng3 (baca sampai habis ya-ed)

Let’s the show begin…

Oraitt…Acara nih bermula dalam kul 3.27 dan Dark Horror masih lagi tengah setting sound.Last show Dark Horror yang aku tengok tahun 2006 (kalo tak silap aku kat Titan Club BB-ed).Dark Horror kini line-up die yang terbaru sekarang ialah Ijal-vox/guitar, Pet-bassist, Bard-keyboard dan drummer baru diorang iaitu Shiz (budak soromban nih-ed) hehe welcome to the club Shiz…

Dark Horror (Ampang melodic/rock/death metal) harituh diorang perfome 2 buah lagu yang diambil dari album pertama diorang ‘Lost Muertos’ iaitu ‘All That You Fear’ sebagai opening dan lagu ke-2 yang juga merupakan lagu kesukaan aku iaitu ‘Beetlejuice-The Name In Laughter Of The Hereafter’ haha lagu nih tribute untuk Micheal Keaton dan dipetik dari soundtrack filem Beetlejuice.Menarikk sihh...Pastue disusuli 2 buah lagu cover dari Metallica iaitu ‘Seek n Destroy’ dan ‘Master Of Puppet’feturing dari Migo-Bannbodo dan Man-Black Letting haa time nih barulah crowd menunjukkan belang dengan berpogo sakan walaupun tak beberapa ramai lagi.Well who cares aku dah men'headbanging sekali ngan sing alone hehe dan lagu terakhir sebagai penutup slot Dark Horror membawa lagu cover dari Ozzy Osbourne iaitu ‘The Crowley’ feturing brader Lod untuk posisi keyboard.Nih kali ke-2 aku tengok brader Lod perfome dan ternyata teramat-amat best dengan sentuhan jari-jemari beliau dengan lagu terakhir nih.Kali pertama aku tengok brader Lod perfome mase aku ikut Ijal perfome kat Planet Hollywood (well you know guys-ed) Walaupun agak berterabur sikit diawal persembahan but it’s ok Aiman tak kisahnyer haha dan lepas jugak rindu aku untuk melihat Dark Horror perfome untuk tahun 2008 ni.More info pasal Dark Horror leh klik disini dan dapatkan ye album Dark Horror nyer kengkawan…

Okeh band ke-2 yang datangnya dari Masjid Tanah, Melaka iaitu Madhouse (heavy grunge ni-ed) Jam aku time tu dah kul 4.11 pm.Tak banyak yang aku leh stori pasal Madhouse ari tu.Camner pun performance diorang agak ok dan puashati, vocal semua dengar dan crowd time tu agak meriah berpogo dan berdansa.Hari tu Madhouse membawa lagu yang diambil dari ‘South East Asia Grunge Compilation’ diorang iaitu ‘Experimental Mind’ sebagai pembuka slot dan lagu ke-2 ‘Deep Inside’.Lagu ke-3 pula ‘Linen’ (lagu lama ni-ed) yang diambil dari 1st ep diorang iaitu ‘singles’.Lagu seterusnya aku tak pasti aa pulak lagu apa tapi lagu terakhir diorang sebagai penutup slot ialah ‘Entertain’ pun dari 1st ep ‘Singles’.Madhouse hari tu perfome 3 orang je.Epul kot yang tak dapat nak datang.BTW Madhouse nih aku dah interbiu diorang untuk R.E zine 2nd isu ni.So apa-apa pun nak tahu lebih lanjut pasal Madhouse leh la klik disini.Anyway Madhouse memang best walaupun 1st time aku tengok diorang perfome.

Band ke-3 lak.Band yang aku nak tengok sesangat iaitu Pink Acid jelmaan Sex Machine gun / X-Japan yang memang tak disangka-sangka masih ade lagi local band yang berpaling pada 80’s Japanese heavy metal/ J rock stail.Aku agak ‘culture shock’ gak ngan Pink Acid dari segi dress up/mekup/hairstyle (live style aku tak tahu ler cmner-ed) Namun dari segi permainan atau performance memang cun dan bertenaga walaupun hari tu adalah 1st performance diorang.Tapi soundcheck diorang agak mengambil masa memandangkan ade teknikal problem.Pink Acid terdiri dari Julian-vox/guitar, Jenana-guitar (lu jambu arr-ed), Halim-bass dan Faris-drum.Memang rabak gak line-up Pink Acid nih dan crowd2 die pun leh tahan hehe.Hari tuh diorang hanya membawa lagu cover dari Sex Machinegun ‘Sakurajima’ untuk opening slot.Lagu ke-2 dan ke-3 pula ‘Kurenai’ dan seterusnya ‘Untitled’ dan ‘X’-dari X-Japan dan lagu last Pink Acid cover lagu ‘Love Gun’ dari kugiran Kiss sebagai penutup slot.Memang best aa dan crowd2 semua ber’pogo habis.Serius memang aku puashati dan enjoy ngan showmanship diorang.Cume itu aa lagu cover je.Pasni nak tengok Pink Acid bikin lagu sendiri tengok.Pasti menarik kan.More info pasal Pink Acid leh klik disini www.myspace.com/pinkaxid Dan diorang setel dalam kul 5.09 ptg.

Band seterusnya dari Selangor memainkan stail experimental, metal, scremo dan juga ade sedikit sebanyak element hardcore iaitu Oddity.(aa leh aa korang sendiri dengar-ed) Diorang ni pun band lama juga nih.Yang aku perasan ialah drummer diorang iaitu Sehar 18Sgg.Tak sangka pula beliau bermain untuk Oddity.But at least dalam tahun ni aku berpeluang ga tengok diorang perfome.Dari performance nyatalah tidak mengecewakan dari segi vocal Dila hehe nyatalah beliau mengamuk sakan but suara tak beberapa dengarlah (mic problem-ed) 5:17

bersambungg!!!


Full report In 2nd issue nanti :)

No comments: