Saturday, November 15, 2008

Sepuluh tahun selepas reformasi...

Jimadie Shah Othman Nov 14, 08 2:58pm
Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan "mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar".

Aktivis reformasi Hishamuddin Rais berkata, gerakan reformasi yang menggerakkan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya itu, gagal menuntut "perubahan struktural" melibatkan perubahan dalam sistem dan dasar-dasar ekonomi.

"Kini Pakatan Rakyat memerintah lima negeri. Apa yang perlu dilakukan kalau reformasi ingin terus dikembangkan - daripada kemenangan-kemenangan kecil kepada kemenangan besar pada 8 Mac - adalah membincangkan perubahan struktural. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Reformasilah: Membincangkan (lagi) 10 Tahun Reformasi Malaysia dan Indonesia' anjuran Pusat Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD) di ibunegara malam tadi. Selanjutnyaa


No comments: