Monday, November 24, 2008

Batman-Bruce Wayne : Murderer? (DC Comic)

Antara komik yang termahal buat setakat nih.Yepp aku dapat rembat sekeping je ni.Nih pon masa akhir tahun lepas aku dapat.(zaman-zaman masyuk-ed) Dengan komik nih lah aku dah pon paham 100% watak2 Batman yang sering dimainkan kat kaca tv dan juga kat layar perak.Koleksi nih memang best!!! cuma versi komik nih nyatanya lebih 'heavy' dari apa yang aku sangkakan.Tapi aku taklah meminati watak Batman seorang aja.Banyak lagi woo karekter2 yang aku minat.Komik nih aku beli kat Konikuniya kat KLCC.

Apa yang aku tahu dah 18 kali round aku membacanya.Keseluruhan judul komik nih ialah projek contribution keluaran dari DC Comic.So tiap2 episode menampilkan pelbagai kartunis2, hatta penciller, director, colourist, editor dan ramai lagi lah yang terlibat.That's why tiap2 episode stroke dan visualnya berlainan sama sekali.

Sipnosis serba ringkas : Cerita dia mengenai konspirasi yang mengaitkan Bruce Wayne dengan kejadian bunuh (Vesper Fairchild-seorang journalist dan merangkap gf yang ingin mendedahkan identiti Batman) yang berlaku kat rumah agamnya.(banglo) Paling best sekali kejadian itu melibatkan bodyguard beliau sendiri iaitu Shasa.(superhero gak-ed) Haha Bruce Wayne masuk penjara... Lebih taktikal (rumit) segala bukti dan alibi untuk mengaitkan Bruce Wayne dengan kes bunuh tu telah dibuktikan oleh rakan-rakan superhero beliau terdiri dari Robin, Oracle, Nightcrawler dan juga Batgirl.So bagaimanakah cara penyelesaiannya?, Bagaimanakah dengan identiti Batman??...Korang cari dan bacalah sendiri okeh....

Tabik spring kat Bob Kane - Creator of Batman

Note : Next Batman-Bruce Wayne : FUGUTIVE

No comments: