Friday, February 27, 2009

GALERI GAMBAR DIY FEMME FEST















Enjoi dan sebar2kan pic2 nih =)

Wednesday, February 25, 2009

PEKAN SEHARI DI S,ALAM (RM 20) DAN PERSEMBAHAN DI ALU-ALUKAN

Taken from GERAK BUDAYA.COM

Pekan Sehari di Dataran Shah Alam 1 Mac ni

Yo,

dijemput tuan/puan sekeluarga beserta handai taulan ke acara sulung yang akan berlangsung Ahad ini, insya Allah.

"Pekan Sehari di Dataran Shah Alam" adalah aktiviti lanjutan dari inisiatif Projek:Elarti untuk terus membawa seni dan kebudayaan kepada masyarakat kontemporari. Ianya gabungan fleamarket dan persembahan jalanan, juga unggun dimana insan seni independen berkampung untuk sehari.

Sekiranya aral tidak melintang, acara ini akan diadakan pada hari Ahad pertama setiap bulan, dan akan memaparkan persembahan jalanan yang berlainan. Untuk bulan Mac ini persembahan akustik akan membuka tirai. Selepas ini antara persembahan yang dirancang ialah teater jalanan, pertandingan busker dan bangsawan.

Ada gerai buku independen, seni dan kraf, muzik dan zine serta stail dan fesyen.Antara yang turun ke bawah ialah Gerakbudaya, Oxygen, Sang Freud Press, Food Not Bombs, Ricecooker, Gua Punya, Friendz Saloon, Kek Cawan Dee Heart, The Brains, Pakatan Baju Rakyat, Kotak Couture, Di Kala Jingga dan banyak lagi.

Mohon jasabaik tuan/puan untuk mengitarkan flyer ini kepada taulan dan sanak saudara. Sumbangan lain dari pihak tuan/puan juga dialu-alukan. Apa jenis sumbangan, itu mengikut kemampuan dan bakat yang sudah dianugerah kepada tuan/puan.

Pekan Sehari diselenggara Pekan Frinjan

Pekan Sehari di Facebook;

Pekan Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok independen. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

Untuk pertanyaan tentang Pekan Frinjan atau nak bikin kerjasama di masa akan datang, sila emel ke projek.elarti@gmail.comUntuk tempahan gerai yang masih dibuka, sila emel Zul di zulhabri@gmail.com atau kontak 019-389 3804. Satu gerai RM20 sahaja. Kalau nak buat persembahan pun boleh dan sangat dialu-alukan.

Saya yang menurut perintah.

AKHIRNYA TINGGAL 4 EKOR RAJA (TT)

Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.

Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.

Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.Selanjutnya

– BAHAGIAN KE DUA -

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ' (Minggu lalu).

Zaman Gelap – adalah zaman dimana gulungan agamawan telah bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah di 'halalkan' oleh gulungan agamawan. Fatwa dan fatwi telah di keluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang. Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri kendara dalam kemewahan hidup.

Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang di rampok oleh kaum feudal semua di 'halal 'kan oleh gulungan agamawan. Dalam masa yang sama tenaga kerja kaum tani selalu di perah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.

Sampai ke satu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan mereka pasti akan menerima balasan dan di masukkan ke neraka. Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.

Janji neraka ini ada tapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan di hantar ke ke neraka jika yang di tuduh sanggup membayar harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak. Jika sanggup membayar emas dan perak maka dosa ini akan di ampunkan dengan serta merta oleh kaum agamawan. Amat jelas disini pengeluaran fatwa dan fatwi pergi ke neraka ini telah menjadi satu industri dimana kaum agamawan telah berjaya mengumpul harta kekayaan.

Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula di hambat oleh kaum tani apabila kaum tani mula menerima masuk idea-idea rasional. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.Selanjutnya

Monday, February 23, 2009

BURGERKILL / 17 MAY 2009 / CITY PLAZA


Anda dinasihatkan jangan tukar skrin monitor anda lebih2 lagi bila melihat entri nih.Perhatikan betul2 flyers nih.It's BURGERKILL WAHHHH!!!!

Burgerkill beb nak turun sini.Tapi dia pegi JB la...Ada sapa2 nak bawak diorg kat KL nih hehe...

Berita nih disahkan oleh pihak DownSouthRec.Pihak beliau memerlukan supporting2 label tuk menjayakan event nih.Burgerkill beb!!!

MISERY SIGNALS / 29 MARCH 2009 / MCPA HALL


AWARE!!! ROTTING CHRIST LIVE IN MALAYSIA



9.5.2009- ROTTING CHRIST LIVE IN MALAYSIA??? PLS READ...

I WENT TO ROTTING CHRIST MYSPACE AND SAW A TOUR DATE FOR THEM TO PLAY IN KL AT STADIUM MELAWATI IN KL, MALAYSIA..

ANY INFO'S ON THIS? WHO IS ORGANIZING THIS CONCERT? IS IT TRUE OR JUST A PRANK?

ROTTING IS CERTAINLY GODZ AND THIS IS GOOD NEWS, BUT IS THIS CONCERT REAL?

ALL OF MY FRIENDS IN KL ARE UNAWARE OF THIS SHOW... PLS HELP FOR THOSE WHO KNEW..- RDL

Feedback :
Yupp...i already add and ask them for futher information. Well just wait and see what will happen...hurm

FIGHT GLOBAL WARMING 28 FEB 2009 / MCPA


Nahhh...Aku baru perasan gig anjuran dari UnitedXFront.Tarikh yang sama menjadikan minggu nih ada 4 buah gig.

Khabaran terbaru yang aku terima, Naratu dan Last Strive akan mengadakan 'rilis party' di hari yang sama.Musti best!!!

BONAMA

Hahaha cam gampang poster nih. Bodek nak mampus agaknya orang tua ni.Hahaha

ANAJO-THE BEST BAVARIAN INDIE BAND

Anajo is a pop band from Augsburg, Germany.

In 2004 the band released their début album 'Nah Bei Mir' (Close to Me) with the German label Tapete Records. Before they were accepted by Tapete however, they released a single: 'Ich Hol’ Dich Hier Raus' (I'm Getting You Out of Here), which was based on the theme tune of the German TV show Ein Fall für Zwei.

The name of the band came about by accident. The band were watching the German film Banana Joe, but because of a broken TV, the only part of the title that was visible was 'ana Jo'.

The second album - 'Hallo, wer kennt hier eigentlich wen?' (Hello, who here actually knows who?) was released on 9 February 2007 with Tapete Records. In the run-up to the release, they also made an advance EP Spätsommersonne (Late Summer Sun) which had three new tracks, as well as two live recordings. The first single from the new album was Wenn Du Nur Wüsstest (If Only You Knew), and featured singer Suzie Kerstgens from the German band Klee.

Wenn Du Nur Wüsstest was also entered in the Bundesvision Song Contest to represent the state of Bavaria, where it finished in 9th place.

From February until May 2007, Anajo went on a tour of the German-speaking world with their new album, performing 50 concerts in Germany, Austria and Switzerland.

On the 20th September 2007, Anajo were awarded the Bayrische Musiklöwe (Bavarian Music Lion) by the Bavarian government for the best Bavarian indie band.

Discography

Albums
-Nah bei mir (October 2004, Tapete/Indigo)
-Hallo, wer kennt hier eigentlich wen? (February 2007, Tapete Records)

Singles/EPs
-Ich hol Dich hier raus (Single, May 2004, Tapete/Indigo)
-Monika Tanzband (Single, April 2005, Tapete/Indigo)
-Spätsommersonne (EP, September 2006, Tapete Records)
-Wenn du nur wüsstest (Single, January 2007, Tapete/Indigo)
-Hotelboy (Single, December2007, Tapete/Indigo)

Others
-Pop und die Welt (Demo, 1999)
-Geboren für die Stadt (Demo, 2000)
-Tanz Tanz Band (Demo, 2002)
-Vorhang auf (Demo, 2003)

Anajo myspace - Link

Sunday, February 22, 2009

KEMANUSIAAN GAZA / 28 FEB 2009 / MUZIUM TELEKOM

, Tarikh yang sama, bermakna ade 3 buah gig yang bertindih.Ni yang best dok KL nih.Hujung minggu je mesti aku pening kepala nak pilih yang mana satu venue nak pergi.Emm...

Dari sudut kesedaran, tema gig nih pasal Kemanusiaan Gaza.Apa yang boleh pengunjung leh dapat time nih aku tak pasti, namun apa yang aku harap time tu adalah sedikit 'lanjutan' kesedaran tentang situasi yang berlaku di sana.

Be There!!!

Friday, February 20, 2009

SULTAN KE YANG CAKAP NIH???

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Dipetik dari Laman Marhaen...

...namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"...

Yaaa...hantarkan sahaja institusi diraja2 nih ke Muzium seni dan budaya.Lebih tepat lagi hapuskan sahaja sistem feudalisme karut dan mentaliti alam melayu kuno yang dah sememang2nya dah semakin tak relevan dan tak masuk akal dalam kotak pemikiran aku.

Hal ini samanya seperti mana yang warga marhaen mahukan iaitu me'ngubur'kan regim zionisme Barisan National (UM-NO) ke lubang kubur.

Terus terang tanpa bersuluh demokrasi kita dirogol, pilihan rakyat dicabul!!!

Nahh ape lagi...tgk disini dan disini

Go Republik!!! Go Karpal Singh!!!

Saturday, February 7, 2009

68 KELUARGA KG BEREMBANG DAPAT RUMAH SENDIRI-MALAYSIAKINI


Abdul Rahim Sabri Feb 6, 09 6:39pm
Selepas bertahun-tahun hidup sebagai setinggan dan melalui ranjau suka duka kehidupan, akhirnya 68 keluarga Kampung Berembang, Ampang akan memiliki rumah sendiri.

Pengagihan rumah tersebut akan diumumkan dalam majlis kesyukuran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Berembang esok.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelesaian dan Rayuan Kg Berembang, Noralizan Ali berkata majlis tersebut dijadualkan berlangsung jam 12.30 tengahari.Katanya, majlis anjuran kerajaan Selangor itu, akan dirasmikan oleh oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dijangka turut hadir.

Kampung Berembang menarik perhatian umum apabila pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan bantuan polis dan Rela melancarkan operasi merobohkan beberapa rumah di kampung itu pada 17 November 2006.

Walaupun penduduk membuat rayuan, tetapi kerja-kerja perobohan itu diteruskan juga pada 20 dan 30 November tahun yang sama. Manakala pada 7 Mac 2007, sebuah pemaju swasta telah bertindak merobohkan semua rumah penduduk di situ.'MB kotai janji'Penduduk kemudian memfailkan injunksi terhadap MPAJ kerana didakwa mengeluarkan notis pengusiran yang ‘tidak sah’ mengikut Ordinan Darurat (Peraturan Pembersihan Setinggan) 1969.

Berikutan keputusan mahkamah, keadaan kembali kepada status awal sebelum kerja-kerja perobohan itu dilakukan.Oleh itu, dari segi teknikalnya, penduduk dibenarkan pulang semula ke Kampung Berembang.

Sementara itu, Noralizan berkata, persetujuan untuk mengagihkan rumah sendiri kepada penduduk terbabit dicapai hasil pertemuan beliau dan enam wakil penduduk dengan Khalid Ibrahim pada 22 Januari lalu.

Dalam pertemuan tersebut, kata Noralizan, menteri besar Selangor berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa dua minggu."Majlis esok menunjukkan beliau mengotakan janjinya," kata Noralizan sambil menambah kerajaan negeri akan mengurus semua persiapan majlis tersebut, termasuk jemputan.

Pemberian rumah tersebut bersesuaian dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat, pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu meneruskan dasar membersihkan semua penempatan setinggan di negeri tersebut.Selanjutnya

Friday, February 6, 2009

Thursday, February 5, 2009

MUNICIPAL WASTE-UNLEASH THE BASTARDS



Crossover thrash political terbaik dari California (USA).Aku tengah gile band nih.

Wednesday, February 4, 2009

DUM DUM TAK - HENTIKAN PENINDASAN


The best Politikal Punk Rock Band!!! Dapatkannya disini...

WILL COMRADES BE FRIEND? Part 2 8 FEB 2009 / Noisy Studio


Ade isu menarik tentang isi kandungan dalam flyers nih.'Against The Jews And Their Lies'?? Apakah maksudnya???Ape mende isu yang diorang nak sampaikan tuh...Nak tahu kenalah pergi sendiri... =)

Band2 yang disertakan pon aku x pernah tengok lagi cam Jalan Sehala, Thrash Ohoi, Langgar Lari dll...

More info contact budak2 Jalan Sehala nihh.

Monday, February 2, 2009

SURAT PEMBACA

Surat nih sampai dalam sabtu minggu lepas...-ed

Assalamualaikum & dan apa khabar Bro Amri? Aku harap Bro berada dalam keadaan sihat2 hendaknya.O k lah, tujuan aku menulis pada Bro adalah untuk membeli RE zine isu 1.Aku berminat untuk mendapatkannya setelah aku terbaca review fanzine dalam Majalah Empayer #4 Nov 2008 (cover JINBARA) tahun lepas.Lagi pon terdapat 3 band favorite aku dalam R.E zine isu 1 ni iaitu Muck (Ipoh's old timer experimental indie rock / lo-fi) Varicose Vein (death thrash + grind touch!) Mindsnare (Italian brutal grinding death metal ala Cannibal Corpse!).

Aku mula berminat dengan Muck sejak first time dengar diorang dalam kompilasi Breaking Ground (circle 2000).Manakala Vericose Vein dengan demo/ep-'Humanity Sickness'(2001) dan Mindsnare sejak mini album 'Hegemony'(late 90's).Aku sebenarnya diehard metalhead yang very open minded in music sejak aku mengenali musik underground extreme metal ketika penghujung 1991 yang lalu.Sejak dari tahun tu, selain metal yang menjadi 'ketagihan' aku, aku juga mendengar, melayan, meminati musik yang lain (non metal) such as rock n roll, jazz, pop, instrumental music, punk, hardcore, metalcore, crossover, funk, raggae, blues, alternative, indie, grunge, rap (terutamanya artis rap 80-an such as Public Enemy, NWA, Ice T, Bodycount, etc), grindcore, Noisecore, surf, industrial, glamrock, hardrock, classical musik, new age, folks, post punk, new wave (80's era), atmospheric music, Oi, Ska, band2 rock/ heavy metal melayu 80'an, beberapa irama tradisional melayu (keroncong, inang, langgam, asli etc) & dan macam2 lagi la!.Tapi keutamaan nya adalah METAL!! Tak kira apa jenis irama metal.Aku meminati metal dan semua musik yg diatas tadi dan ianya berjalan dan seiring sejak tahun 91 yang lau sehinggalah ke hari ini.(2009-aku sekarang nih berumur 32 thn!).

Lagipun aku tengok R.E zine jugak menyelitkan kartun didalamnya & ianya mengingatkan aku pada beberapa fanzine lama awal 90-an dulu yang menyelitkan kartun dalam isu mereka spt Vortex From The East, M.A.D zine, thy Cerebus, etc. Disini aku sertakan cashmoney sebanyak RM4 untuk pembelian R.E zine isu 1 tu.

O.k la bro Amri, Aku rasa sampai disini dulu.Aku berharap agar lu boleh menghantarnya secepat mungkin kalau takde ape2 problem.Lagipun aku dah lama tak baca zine yang jenis open minded concept.Apa2 hal keep in touch lah...

jumpe di lain kali! Thanks, Assalamualaikum

Mohd Adzhar Abdullah,

No 147, (f) SG Panching Selatan,
26010 Kuantan,
Pahang

tel : 09-5421***(sori xde h/phone)

p/s - Buleh aku tau berapa umur lu sekarang?Itu pun kalau lu tak keberatan nak kasi tahu.Anyway thanks!

-Metal Is The Way!-Stay Open Minded!

Jawapan :

Wahh...Waalaikummusalam dan jutaan terima kasih kat bro Adzhar kerna rajin menulis surat kat R.e zine.Aku blurr sampai tak tahu nak jawap ape...hehe...

Buat pengetahuan bro Adzhar...Aku baru je berumur 26 tahun dan sememangnya minat kita memang sama.Ya2...Namum begitu aku masih lagi cuba memperbaiki mutu dan text berdasarkan apa yang pembaca2 zine mahukan nih.Rasanya hingga masih ada lagi kesilapan2 yang selalu menghantui aku dalam menyampaikan minat, propaganda, info, ghairah tentang scene underground dari aku kecik sampailah ke tahun sekarang nih.Membesar dengan apa sahaja yang berlaku disekeliling...

Terima kasih buat bro Adzhar sekali lagi kerana berkongsi info dan maklumat dengan pembaca semua nih.Dan harapnya pembelian zine nih akan memberi semangat kat aku untuk meneruskan agenda2, info2 untuk semua pembaca R.E zine nih...Thanks


Sunday, February 1, 2009

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009

Venue : Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Date : 2 FEB 2009
Time : 8.30 pm

Speaker / Pemidato :

1- Mustapa kamil Ayub (MT PKR Selangor)

2- Dato' Kamaruddin Jaafar (MP Kelantan)

Be There!!!