Wednesday, February 25, 2009

PEKAN SEHARI DI S,ALAM (RM 20) DAN PERSEMBAHAN DI ALU-ALUKAN

Taken from GERAK BUDAYA.COM

Pekan Sehari di Dataran Shah Alam 1 Mac ni

Yo,

dijemput tuan/puan sekeluarga beserta handai taulan ke acara sulung yang akan berlangsung Ahad ini, insya Allah.

"Pekan Sehari di Dataran Shah Alam" adalah aktiviti lanjutan dari inisiatif Projek:Elarti untuk terus membawa seni dan kebudayaan kepada masyarakat kontemporari. Ianya gabungan fleamarket dan persembahan jalanan, juga unggun dimana insan seni independen berkampung untuk sehari.

Sekiranya aral tidak melintang, acara ini akan diadakan pada hari Ahad pertama setiap bulan, dan akan memaparkan persembahan jalanan yang berlainan. Untuk bulan Mac ini persembahan akustik akan membuka tirai. Selepas ini antara persembahan yang dirancang ialah teater jalanan, pertandingan busker dan bangsawan.

Ada gerai buku independen, seni dan kraf, muzik dan zine serta stail dan fesyen.Antara yang turun ke bawah ialah Gerakbudaya, Oxygen, Sang Freud Press, Food Not Bombs, Ricecooker, Gua Punya, Friendz Saloon, Kek Cawan Dee Heart, The Brains, Pakatan Baju Rakyat, Kotak Couture, Di Kala Jingga dan banyak lagi.

Mohon jasabaik tuan/puan untuk mengitarkan flyer ini kepada taulan dan sanak saudara. Sumbangan lain dari pihak tuan/puan juga dialu-alukan. Apa jenis sumbangan, itu mengikut kemampuan dan bakat yang sudah dianugerah kepada tuan/puan.

Pekan Sehari diselenggara Pekan Frinjan

Pekan Sehari di Facebook;

Pekan Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok independen. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

Untuk pertanyaan tentang Pekan Frinjan atau nak bikin kerjasama di masa akan datang, sila emel ke projek.elarti@gmail.comUntuk tempahan gerai yang masih dibuka, sila emel Zul di zulhabri@gmail.com atau kontak 019-389 3804. Satu gerai RM20 sahaja. Kalau nak buat persembahan pun boleh dan sangat dialu-alukan.

Saya yang menurut perintah.

No comments: