Monday, March 2, 2009

ROCK AGAINST ZIONISME / 1 APRIL 2009 / ONE CAFE


Yeahhh...More info just click here Red Ink myspace

Taken from Red Ink post bullitin

Tabung NSTP for GAZA tutup 7hb Mac 2009! Jangan tertipu!

Salam kepada semua,Red Ink Entertainment adalah satu entiti perniagaan yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan telah memulakan operasinya pada 19 April 2006 dimana aktiviti utamanya adalah sebagai Penganjur Acara.

Sama seperti penganjur acara lain, kami juga adalah sebagai medium dan platform untuk menemukan bands, media, peminat muzik bagi menggerakkan indie scene khususnya di Malaysia dalam mencapai matlamat masing-masing.

Semasa kita sibuk prihatin kepada Palestin, banyak gigs yang menyuarakan pandangan suara dan ketidakpuashatian terhadap Israel dalam konteks KEMANUSIAAN. Tambahan lagi, ada juga melaksanakannya dengan mengutip dana untuk Palestin. Bagus! Akan tetapi apa yang tidak sedap, terdapat SEGELINTIR organiser yang tidak sedar tentang peranan mereka sebagai event organiser selain mengaut keuntungan dan enjoy.

Nama Tabung NSTP GAZA digunakan sewenang-wenangnya adalah semata-mata untuk mengaburi mata bakal pengunjung yang kononnya kita simpati! Sedarkah kalian Tabung NSTP Gaza tutup pada 7hb Mac 2009? Rasa pelik tak bila ada gigs yang buat mengumpul dana NSTP Gaza sedangkan gig tersebut selepas tarikh tutup? Saya tak beritahu lah siapa dia tapi ADA! tak caya cari sendiri!

Oleh kerana itu, kami sendiri tidak menggunakan saluran NSTP untuk mengumpul dana. Kami meminta kebenaran secara RASMI kepada AMAN PALESTIN untuk mengumpul dana dan seterusnya disalurkan kepada Palestin. Kami bukan nak mengganggu sesiapa, cuma hendak kejutkan korang daripada ditipu oleh ulat indie scene! So fikir-fikir lah yer... (woi, nak kasi duit kat palestin bukan senang... bukan cam nak masukkan duit Abang dan kakak korang yang belajar kt luar negara. silap2 awak dicop pengganas oleh Polis Dunia plak..)

Kami RED INK Entertainments ingin meminta maaf jika terdapat kekasaran bahasa dan menyinggung mana-mana pihak. Apa-apapun kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bands, media, rakan-rakan organiser, label-label, clothing company, penggerak dan peminat indie-scene dan sesiapa sahaja yang terlibat dgn local indie scene kerana terus menyokong kami dan indie-scene! jumpa lagi.. :-)

R.E zine said :
Oh yeahh...Tabung NSTP hurmm...Satu persoalan gak dan sekarang nih aku masih lagi ragu-ragu.Soalannya adakah Tabung NSTP itu benar2 sampai kat warga dan tangan Palestine?

Tahu tak kalian chairman untuk Tabung NSTP tuh diterajui oleh isteri TPM korang? Rujukannya korang tgk balik iklan Tabung Kemanusiaan Gaza yang pernah keluar kat TV3 suku.

Serius wehh mesti kena amik 'komisen' sesikit nak tampung barang shopping isteri TPM tuh.Haha!!! (mmg aku percaya duit2 dan sumbangan tuh memang takkan sampai-ed)

Kedua

Situasi politik dan perang di Palestine sehingga kini masih lagi tidak menampakkan apa2 kemajuan walaupun Fatah dan Hamas mengambil kata sepakat menghentikan segala perbalahan sesama mereka.Rakyat Palestine masih lagi diancam dan diserang sewenang-wenangnya oleh tentera zionis Israel.Malah apa jua sekatan, kutuk-kutukan, boikot, demonstrasi yang dilakukan diseluruh dunia sedikit pon tidak menggentarkan rejim zionis Israel.

Malah kes2 kecurangan kepimpinan Fatah dan Hamas dalam menguruskan dana dan sumbangan dari negara luar dikritik hebat di laman2 web dan media masa kini berikutan amalan korupsi dan juga pengkianat aspirasi rakyat Palestine dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.(
Here)

Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”(
here)

Nahh...ini hanyalah sedikit sebanyak rujukan yang leh korang jadikan 'guide'.Namum Majalah 3 (TV3 suku) menunjukan sebaliknya...

Walau apa pun yang berlaku.Aku percaya kita mampu lakukan sesuatu!!!Thanks Palestinekini.

Mengenai situasi Tabung NSTP dan ulat2 indie scene (ape tuh?)??? hahaha aku no komen dan korang pandai2 la fikir k!!!


No comments: