Monday, March 2, 2009

AWARE-THE STUPID NEWS


Black metal muncul semula

KUALA LUMPUR: Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) semalam mendedahkan usaha sesetengah pihak yang cuba menghidupkan kembali muzik black metal dengan berselindung di sebalik nama Suara Gaza.

Ketua Usrah Gejala Sosial API, Nurfitri Amir Mohamad, berkata aktiviti yang membabitkan persembahan muzik 10 jam tanpa henti itu akan berlangsung esok (hari ini) di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail, di sini.

“Banyak poster sudah ditampal dan diedarkan untuk mengajak golongan muda melihat beberapa kumpulan muzik underground yang mempromosikan muzik black metal, heavy metal dan death metal,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam. (here)

API Kesal, ‘Band Underground’ Anjur Konsert Songsang ‘Suara Gaza’

Kuala Lumpur 28 Feb. 7.37pm Jurucakap API Nurfitri Amir Mohammad melahirkan rasa kesal atas penganjuran konsert Suara Gaza oleh beberapa kumpulan muzik underground di Gig Orange Club, Jalan Sultan Ismail; di sini.

Nurfitri dalam kenyataan akhbarnya berpendapat bahawa kumpulan- kumpulan metal dan gothic yang terbabit cuba mempromosikan aliran muzik songsang masing-masing melalui isu krisis Gaza tersebut.

Katanya lagi, unsur-unsur songsang tersebut boleh didapati pada poster rasmi konsert underground tersebut.

Sambil itu, Nurfitri juga menyifatkan tindakan beberapa kumpulan songsang tersebut cuba menghina perjuangan Islam di Gaza yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

Beliau juga memaklumkan bahawa trend penyebaran isme metal dan gothic terbaru ini mulai disedari oleh pertubuhannya ketika mereka menjalankan program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-Isu Sosial (LANDAS) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Bukit Aman Sabtu lepas.

Konsert songsang Suara Gaza yang berlangsung tanpa henti selama 10 jam tersebut, bermula pada jam 3.00 petang tadi dan dijangka tamat pada lewat 1 petang keesokan hari.

Nurfitri Amir Mohamad merupakan Ketua Usrah Gejala Sosial, NGO Angkatan Pemuda-Pemudi Islam yang beroperasi utama di Pulau Pinang -mahasiswakini

R.E zine said :
Tak cool langsung berita nih haha...Cam bodoh je aku copy paste kat sini haha...

'Unsur-unsur songsang?? Ape tuh?? Leh tolong jelaskan ke tak? Main 'tembak' je mamat API nih...Fakta pun tak betul ade ke habis sampai kul 1 ptg keesokkannya.Kau pandai mengira tak pandai Nurfitri? Serkap jarang tul aa.Kalau ada pun black metal who cares???Tak usik pun 'telur' lu...haha

Sah mamat API nih jeles...At least bebudak 'unsur2 songsang' ada gak berbuat sesuatu untuk sedara2 kita kat Palestine tuh.Fuck You!!!

Adakah petanda band2 black, heavy, thrash akan 'dihukum' lagi sekali dengan statement2 bodoh media2 arus perdana dan juga media alternative?? Tunggu dan lihat...

2 comments:

Dude said...

religious zealot!!!

R.E zine said...

Religious psychopatch!!!

He thinks he much hoolier than other people in Gaza charity.This is youngster style/scenister who want to give or shows them their support.This is Our Way...

They should find other agenda.Dont disturb us!!!