Sunday, July 13, 2008

MINGGUAN MALAYSIA, AHAD 13 JULAI 2008 / Pesta liar : 112 remaja ditahan

KOTA BHARU 12 Julai – Seramai 112 orang termasuk seorang guru di tahan ketika berhibur beramai-ramai tanpa permit di sebuah bangunan di Jalan Tanjung Chat dekat sini petang ini.

Mereka yang terdiri daripada 10 kumpulan yang masing-masing berusia antara 17 hingga 34 tahun ditahan ketika menari dalam keadaan bersesak dalam sebuah bilik dengan band indie.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mereka ditahan sepasukan pegawai diketuai Asisten Superintendan Sanusi Salleh, kira-kira pukul 5.30 petang.

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan muzik yang digunakan untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar, guru dan penuntut institut pengajian awam (IPTA).

“Kita dapati kumpulan terbabit yang berasal dari Johor dan Singapura itu mengadakan perhimpunan secara haram kerana tiada permit diberikan kepada meraka”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zahruddin berkata, remaja terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana melakukan perhimpunan tanpa permit.

Katanya, pihaknya akan menjalankan ujian saringan air kencing terhadap mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut.

(taken from Mingguan Meloya 13 Julai)

Sang Editor:
Aku tak tahu lagi apa yang tengah berlaku skrg nih.Mende nih pun masih baru lagi.So there is no comment about this thing!!! Anyway aku harap bebudak2 and band2 yang join gig tuh dapat keluar dengan selamat...

1 comment:

Anonymous said...

MINGGUAN MALAYSIA, AHAD 13 JULAI 2008
Pesta liar : 112 remaja ditahan
"KOTA BHARU 12 Julai – Seramai 112 orang termasuk seorang guru di tahan ketika berhibur beramai-ramai tanpa permit di sebuah bangunan di Jalan Tanjung Chat dekat sini petang ini. Mereka yang terdiri daripada 10 kumpulan yang masing-masing berusia antara 17 hingga 34 tahun ditahan ketika menari dalam keadaan bersesak dalam sebuah bilik dengan band indie.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mereka ditahan sepasukan pegawai diketuai Asisten Superintendan Sanusi Salleh, kira-kira pukul 5.30 petang.


Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan muzik yang digunakan untuk tindakan lanjut.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar, guru dan penuntut institut pengajian awam (IPTA).


“Kita dapati kumpulan terbabit yang berasal dari Johor dan Singapura itu mengadakan perhimpunan secara haram kerana tiada permit diberikan kepada meraka”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Zahruddin berkata, remaja terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana melakukan perhimpunan tanpa permit.


Katanya, pihaknya akan menjalankan ujian saringan air kencing terhadap mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut.

"

Seperti yg telah sedia maklum oleh MEDIA negara ini, pada hari Sabtu yang lalu (12hb Julai 2008) satu "PESTA LIAR" telah diserbu oleh pihak polis di Kota Bharu, Kelantan. "PESTA LIAR" yang dimaksudkan oleh MEDIA tersebut adalah salah satu siri KAWAN tour 08 oleh Plague Of Happiness w/ The Full Pledge Munkees.


Di sini aku ingin menceritakan apa yang telah berlaku pada hari tersebut. "PESTA LIAR" ini bermula pada pukul 2.30pm. Semuanya berjalan lancar dimana band Daisy Honey dari KB memulakan acara dengan persembahan mantap mereka. Diikuti pula band Cock Say Cock Dung (Terengganu), The Panix (KB), Givenpath (KB), dan The Silent Melody (KB). Persembahan dihentikan dari pukul 4.00 pm sehingga 4.30 pm bagi menghormati waktu Asar. Tepat pukul 4.30 pm The Full Pledge Munkees memulakan persembahan mereka dengan membawakan 7 buah lagu. Ketika itu crowd semakin ramai memberi sokongan pada band ini. Setelah The Full Pledge Munkees mengakhiri persembahan, band dari KB, Halventica memulakan persembahan. Sedang mereka menyampaikan lagu terakhir, tiba2 sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu telah menyerbu venue dan memberhentikan persembahan. Ketika ini, Plague Of Happiness sedang bersiap sedia untuk beraksi selaku band terakhir dalam acara "PESTA LIAR" tersebut. Kesemua crowd yang hadir termasuklah line up band dan aku sendiri telah diarahkan untuk menyerahkan ic kepada pihak polis. Pihak polis telah bertindak menyita semua alat muzik yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tepat jam 6.30 pm kami semua telah dibawa ke IPD Kota Bharu untuk disoal siasat oleh pegawai polis. Pihak polis juga telah menjalankan ujian saringan air kencing kepada semua yang di tahan. Lebih kurang jam 12.00 am ke semua yang di tahan telah dibebaskan.


Alasan penahanan kami semua adalah kerana membuat persembahan muzik tanpa permit. Tetapi apa yang digembar gemburkan oleh MEDIA adalah "PESTA LIAR". Di mana kebenaran kes ini? Adakan gig merupakan satu "PESTA LIAR"? Bagaimana pula dengan kelab malam? Rave party yang bersepah dengan tin dan botol minuman keras? Owh ya..lupa pula, meraka diberi coverage oleh MEDIA. Sebab itu ia tidak dilabel "PESTA LIAR".

Dimana keadilan kini?
Bagi pihak MEDIA;
GIG = PESTA LIAR,
BERMAIN MUZIK = JENAYAH
Benarkan pihak MEDIA? Peminat muzik independent adalah golongan MINORITY berbanding mereka di luar sana yang kebanyakkannya berfikiran sempit adalah golongan MAJORITY. Pendapat aku, golongan MAJORITY telah dikawal penuh oleh golongan MEDIA. Jika MEDIA mengatakan bahawa esok kiamat pun aku rasa golongan MAJORITY ni percaya. Semua gelabah agaknya..hehe. Jadi, kita harus fikir la mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan terus menilai hanya dari sumber MEDIA yang kita tidak tahu kebenarannya. Jika dilihat pada event tersebut, tiada satu tin minuman keras pun dijumpai, apatah lagi dadah. Kesemua yang ditahan didapati air kencingnya NEGATIF. Tiada seorang pun ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes penyalahgunaan dadah. Jadi, adakah gig tersebut merupakan "PESTA LIAR" yang digemburkan oleh MEDIA? Kita sekali lagi ditipu oleh MEDIA, mereka membesarkan kes ini hanya untuk mengaburi minda kita yang sekarang ini heboh mengenai kes Najib dan juga Anwar. Sama seperti kes Black Metal tidak lama dahulu. Jadi kita golongan MINORITY haruslah berfikir. Jadi lah POSITIF. Tunjukkan pada golongan MAJORITY yang kita juga bersih! Bangun dan lawan mereka..
Kepada mereka yang ditahan, diharap bersabar menghadapi dugaan ini. Aku bagi pihak POH dan FPM memohon ribuan kemaafan diatas apa yang berlaku. Mari kita doakan agak semua yang terlibat selamat dan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Kepada teman2 di KB (Pais, Pakcik, Joe, Adli, Apak dan ada yang aku lupa nama) diharap kalian semua tabah. Kami sentiasa menyokong kalian semua.



TERUS BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN MEDIA!!!

- ENDY-