Tuesday, June 10, 2008

DEWATA (2005)

Najib : Teman : Yasin : Apis : Ekmal ( X ) : Nizam


Dewata rasa bangga pulak aku dapat bertemubual dengan diorang ni.So bila aku dapat tahu je diorang nak perform kat Paul Place mase gig entah ape name tah At Giggers ape lagi aku bawak a MP3.Nak tahu lagi pasal diorang pegi la ke myspace diorang. klik disini http://www.myspace.com/dewata atau baca aje interbiu diorang kat bawah nie...(Interview mase tahun 2005)

Ok sekarang nie interbiu dengan Ijam Dewata (merangkap) sebagai drummer.So kita mulakan dengan kata-kata permulaan?
Hello,assalamuaikum WBT.Aku sebenarnya aku pun tak tahu yang sebenarnya ada interbiu ni.Biasenya interbiu keje.Tapi kali ini ada interbiu untuk zine pulak,Jadi aku rasa kekok pulak.tapi aku sebenarnya penat hari ini.Itulah kata-kata permulaan.

Walaupun korang dah penat tapi kita tetap teruskan interbiu ni jugak.Kita teruskan dengan soalan pertama.Bagaimanakah dewata ni wujud?Bila? Dimana?
Terima kasih Amri kerana tanya soalan yang agak pening jugak kepala aku nak jawap.Sebab dah lama da benda ni.Dewata tertubuh kalau tak silap akulah tahun 1997.Mase tu ada 4 orang yang apa line-up yang paling asal lah.Aku Ijam pastue bob (ehem ehem) sori batuk, Bob dengan teman dengan Hapis 4 orang di…pendekkan cerita la kan jadi dah bertukar-tukar line-up pastue name Dewata lak diambil sempena sebab dah pening kepala nak pilih nama, jadi kebetulan aku tengok kamus nampak perkataan Dewata dan maksud dewata dia tulis pahlawan, sempena nama tu aku pilih aku amik jadi band dan nama kumpulan kami sebagai Dewata .itu sahaja buat setakat ini.Dan lagi satu kami semua berasal dari Pontian.

Dewata baru tadi lepas perform kat Paul Place, so macam mana performance tadi, ada problem ke dari segi sound ke atau dari segi show?
Tadi overall tadi kita patut tanya orang yang dengar la tapi dari line-up sendiri memang tak puas hati aa sebab pertama sound kacau bilau tadi.Memang bergulung habis, tadi masa duduk kat belakang drum tak dengar apa-apa.yang Hapis pun tak dengar apa-apa. Vokal semua tak dengar. Tapi walaumacamana pun kami memang puas hati a…(puas hati-ed) setidak-tidaknya kitaorang dapat main gig kat KL sebab dah lama kitaorang tak dapat main kat KL.

So macam mana dengan line-up terbaru Dewata.Cerita sikit pasal diorang dengan posisinya sekali?
Ok sekarang ni line-up terbaru Dewata aku Ijam masih lagi kat drum, Hapis gitar dan kitaorang baru je dapat gitaris baru bernama Ikmal.Bassis tetap Yasin dan vocal baru Ajip.

Dewata ada keluarkan T-shirt yang cun melecun.So cerita sikit mana datang t-shirt tu?
Aku tak tahulah mana datang cun ke tak cun t-shirt tu aku tak tahu lah tapi t-shirt itu kitaorang buat masa kat bandung.Dafik tahu cerita hahaha…(gelak cam ada ape-ape je-ed) Dafik…hahaha pastu aku rasa memang tak laku kot sebab dah setahun lebih kat aku ada lagi balance dan sesiapa yang nak beli tu telipon je aku atau tengok kat myspace kami http://www.myspace.com/dewata Order aje kat situ sekian terima kasih.Kengkawan sebelum terlupa saya nak sebutkan harga.Dulu harganya rm35 sekarang disebabkan saya dah bermurah hati saya jual rm25 dan sesiapa yang dah terbeli tu halalkan makan minum saya sekian terima kasih tuan-puan.

Dewata ada record lagu yang di promote kat myspace lagu ‘Ijazahku Mati (Allergy-ed).cerita sikit dan pengertian liriknya?
Ok pertama sekali lagu ‘Ijazahku mati’ kitaorang record kat Bandung tahun 2003.Lagu tu idea dan konsep dia semuanya dari Ijat.Bekas gitaris kitaorang.Dia yang arrange lagu tu sampai jadi begitu.Pastue lirik pun dia buat tapi lirik-lirik tu cerita pasal protes pasal pendidikan sebab pendidikan sekarang ni kalau tak salah aku pun kat Malaysia pun pendidikan termasuk dalam satu lembaga yang besar corruption dia atau rasuah.Jadi kitaorang buat pasal tu lah.kitaorang tak puas hati dengan pendidikan yang ada sekarang ni.

Dewata pernah perform kat Bandung kalau tak silap aku.Cerita sikit.Jauh tul korang pergi tu?
Masa tu kebetulan budak-budak ni tengah free jadi kitaorang boleh perform kat kat sana.Masa tu banyak band macam Dyning Out, Tengkorak aa Burgerkill dan macam-macam lagi aku tak ingat.Mase tu ade metalfest.

Pendapat ko tentang perbezaan ketara band-band underground kita dengan band-band Indonesia.Lagi pun encik sudah lama belajar \ tinggal kat sana?
Ok perbezaan yang ketara satu kalau dari segi ke’terbuka’an diorang, unite diorang tu tak sama dengan yang disini sebab macam kat sana mana-mana band yang main tak kira terkenal atau tak crowd diorang tetap support.Setiap gig yang ada crowd yang datang tetap ramai.jadi sebab itulah organizer dial eh buat event yang berulang-ulang sebab dengan keuntungan tu boleh rolling balik dengan memanggil band-band tak kira ada nama atau tak.Sebaliknya kat Malaysia ni mintak maaflah sebab yang aku tengok kebanyakkan scene contohnya kat KL nil ah tengok support band yang ada nama.band-band yang takda nama selamat tinggal lah bye-bye diorang duduk kat belakanglah tengok dari jauh.Sekian terima kasih.Ohh aku terlupa dari segi sound pun aku tengok dah banyak perubahan aa tapi masih tetap kalau compare dengan Indonesia punyer scene nyer kualiti ape ape diorang recording diorang lebih jauh sebenarnya sebab aku tak tahulah sebab banyak sangat studio lepas tu diorang nyer harga pun berpatutan.Memang berpatutan sangatlah.Lagi satu diorang pun ilmu tinggi.Diorang tak lokek ilmu cam band yang bagus dia tahu ilmu dia bagi-bagi ilmu tu kat band-band yang lain.Sebab itu diorang boleh maju.Pastu diorang nyer scene memang banyak membantu band-band dari macam diorang buat bengkel, diorang ada buat kelas musik.Jadi sebab itu diorang nyer musik jadi lebih maju daripada kita.Macam kita ni tertutup.Kadang-kadang macam band ni dia kutuk band ni main tak bagus.Pastu kata band dia lagi bagus.Jadi sampai bila pun kita tak kan maju.

Selain daripada bermain musik ape lagi yang Dewata buat?Masing-masing tengah keje ka belajar ke?
Ok kalau untuk Hafis dia pakar dalam bidang memanggang mayat hahaha…(geng2 kat dalam umah gelak) dia seorang pembantu perubatan kat hospital Sultan Aminah Johor Bharu.Ikmal dia masih student kat UKM.Yasin pun student gak kat UNIKL.Ajip tak tahu, dia tengah tunggu dia nak sambung belajar lagi dia tengah tunggu.Dia baru je habis.Pastu aku sendiri lak aku sebagai pedagang minyak Baby Johnson hahaha…(haha jugak-ed) Itulah keje yang aku buat.

Kata-kata terakhir sebelum kita mengakhiri temubual eksklusif lagi best ni..
Ok lah saya berharap mintak kat semua awek-awek yang membaca zine, saya berharap sangatlah tolonglah datang ke gig kami sebab saya sedang mencari jodoh, begitu juga dengan ahli-ahli yang lain.Kami tengah mencari jodoh tolonglah.Kami ingin berkahwin hahaha…(hahaha-ed)

So itulah temubual yabg dapat dibicarakan disini.so masing-masing semua dah mengantuk.Ok sekian terima kasih-end

(taken from R.E zine 1st Issue)

No comments: