Sunday, July 25, 2010

KUALA LUMPUR ZINE FEST 2010


KUALA LUMPUR ZINE FEST 2010

Bertempat di Gudang Noisy, Ampang...Tak banyak yang boleh saya ceritakan sebab datang pun lewat.(Tak budjet pun nak pergi sebenarnya-ed) Tapi atas pelawaan kawan-kawan dan nama dia pon ZINE FEST, mesti banyak gile zine-zine yang sedia dihidangkan...Mostly zine Hc/punk la paling banyak.

Dan yang paling best, ialah berjumpa kembali kengkawan lama dan editor2 zine.

Tuesday, December 8, 2009

NEW YEAR NEW SPIRIT!!!

WRATH OF BLOOD FEAST / 02 JANUARY 2010
Embrace Hall Tampoi JB

Seriously you guys really need to come in this show.Awesome band come out with more juicy and blood when you guys can do more moshing or kicking your friend ass there.(haha-ed) Still in the line with bad thrashing attitude and more cathy strings best band ever such as Damokis, Narsamun, Dewata and lastly is Logam.Wahhh...You won't believe me k...

Damn!!! I really missed to see you guys alive!!!

For more info, just contact this guys : Dikin 013-7056243 and Din 019-7082708

Saturday, October 3, 2009

JAWATAN KOSONG!!!

Pembantu penganalisisa data diperlukan dengan kadar segera...(keje dok ofis ni)

Kriteria diperlukan buat laki2 dan wanita!!!

Tahu menggunakan komputer (excel, word), ber'warganegara Malaysia, boleh bekerja lebih masa, boleh berkomunikasi dengan waras, penampilan kemas, umur sekitar 19 - 30 kebawah, kelayakan SPM hingga STPM.

Lokasi tempat kerja sekitar Rampai Business Park, Setapak, Kuala Lumpur!!!

Berminat? Sila tinggalkan mesej, email atau no telifon anda kat chatbox atau kat blog ni...

Tggu update!!!

Saturday, September 12, 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT...

A condolences to Nur Izzati Anuar family and friends...

al-fatihah...

Thursday, April 30, 2009

MAYDAY!!!

Selamat hari pekerja buat semua pekerja dan pemandu yang bertugas esok(tmpat keje baru-ed) yang berada kat Batu 8 Gombak(belakang UIA jer-ed) Tak lupe juga kawan2 yang berada di seluruh pelusuk tanahair dan juga di luar negeri.Yg kat mespes, kat blog2, penpal, surat peminat, aweks2, scandel2, band2, my lovely Sekut dan sapa2 saja la yg kenal aku...Aku nak g enjoyy mabukkk2 mlm nih dan esok huhu...

Akhir kata, Ketahui hak anda sebagai pekerja!!!

Monday, April 13, 2009

SKECTHES 01 / TATOO TUTORIAL

Plss tolong jangan curi skecthes nih!!!

Thursday, April 9, 2009

HOT!!! BLOGGER IS WATCHING YOU


Tunggu aja kemunculan t-shirt buatan tangan Dari Baju Rakyat.Bakal menambat jiwa dan hati hati perubahan.

Tuesday, April 7, 2009

SKECTHING SCRIPT PUTERI FILEM KOREA!!!

Sript nih seswai tuk gadis2 kuat gile e(l)mo!!!

Discription :
Skecthing nih bakal menghiasi flyers2 tuk promotion R.E zine 2nd issue.Hehe rupanya aku masih boleh lagi melukis di tempat keje.(walaupun secara senyap2-ed)

MAYDAY LOGO

Sebar2kan logo comrade!!!

Yeahh (artwork nih fresh lagi nih-ed) melukis tuk aktivis!!! Sambil2 layan keje 'baru' aku sebagai penyelia kawasan, rupa2nya kompeni nih masih memberi peluang tuk aku berkarya.Mmg letih tapi best pulak buat keje banyak2 nih.Pastinya aku hanya melukis tuk illustrasi tuh aja (Najis dan Org Kaya Kapitalis buncit BABI!!!) Final touch up done by Kecik Baju Rakyat.Artwork nih baru aja disend by email dari kwn gua dari JB.

2nd issue R.E zine akan menempuh lagi jangkamasa dalam proses pembikinan.Pastinya aku xde masa tuk berpacaran disini...

Wednesday, March 4, 2009

CUTI LAHHH

Okeh guys.Aku nak cuti dan taknak update apa2 pon kat blog nih.Aku nak buat keje lain yang tertangguh2 tu.

Apa-apa hal tunggu aje la announce terbaru.Maybe dah cetak aje 2nd issue R.E zine nih aku kembali aa kat korang.Ok

Bye and see you next time.

Tuesday, March 3, 2009

JB COMING SOON!!!


Yeahh projek terbaru dari Tikusrock Community.Bertemakan Tabung Gaza.

NEW GIG VENUE IN JB!!!

Taken from Embrace Rec post bullitin

bagi sesape yang ingin menjadi pengurus acara bagi persembahan muzik muzik diy/indie sila ambil perhatian....embrace records akan menyediakan tempat persembahan khusus bagi muzik muzik diy/indie di kawasan bandar johor bahru. lokasi di taman tampoi utama iaitu 5km dari bandar johor bahru.kemudahan pengangkutan bas yang cukup bagi memudahkan para pengunjung. bersebelahan dengan jalan utama ke laluan kedua ke singapura. kemudahan kedai kedai keperluan serbaneka seperti 7 eleven, kedai makan dan lain lain lagi. oleh itu sesiape yg berminat sila hubungi kami untuk keterangan lajut di email: famy@embracehq.com / saha@embracehq.com atau hp: 017-7567227(famy) / 012-7651070(saha)

ANTI-RACISME WORKSHOP - PBR - VIDEO





Monday, March 2, 2009

ROCK AGAINST ZIONISME / 1 APRIL 2009 / ONE CAFE


Yeahhh...More info just click here Red Ink myspace

Taken from Red Ink post bullitin

Tabung NSTP for GAZA tutup 7hb Mac 2009! Jangan tertipu!

Salam kepada semua,Red Ink Entertainment adalah satu entiti perniagaan yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan telah memulakan operasinya pada 19 April 2006 dimana aktiviti utamanya adalah sebagai Penganjur Acara.

Sama seperti penganjur acara lain, kami juga adalah sebagai medium dan platform untuk menemukan bands, media, peminat muzik bagi menggerakkan indie scene khususnya di Malaysia dalam mencapai matlamat masing-masing.

Semasa kita sibuk prihatin kepada Palestin, banyak gigs yang menyuarakan pandangan suara dan ketidakpuashatian terhadap Israel dalam konteks KEMANUSIAAN. Tambahan lagi, ada juga melaksanakannya dengan mengutip dana untuk Palestin. Bagus! Akan tetapi apa yang tidak sedap, terdapat SEGELINTIR organiser yang tidak sedar tentang peranan mereka sebagai event organiser selain mengaut keuntungan dan enjoy.

Nama Tabung NSTP GAZA digunakan sewenang-wenangnya adalah semata-mata untuk mengaburi mata bakal pengunjung yang kononnya kita simpati! Sedarkah kalian Tabung NSTP Gaza tutup pada 7hb Mac 2009? Rasa pelik tak bila ada gigs yang buat mengumpul dana NSTP Gaza sedangkan gig tersebut selepas tarikh tutup? Saya tak beritahu lah siapa dia tapi ADA! tak caya cari sendiri!

Oleh kerana itu, kami sendiri tidak menggunakan saluran NSTP untuk mengumpul dana. Kami meminta kebenaran secara RASMI kepada AMAN PALESTIN untuk mengumpul dana dan seterusnya disalurkan kepada Palestin. Kami bukan nak mengganggu sesiapa, cuma hendak kejutkan korang daripada ditipu oleh ulat indie scene! So fikir-fikir lah yer... (woi, nak kasi duit kat palestin bukan senang... bukan cam nak masukkan duit Abang dan kakak korang yang belajar kt luar negara. silap2 awak dicop pengganas oleh Polis Dunia plak..)

Kami RED INK Entertainments ingin meminta maaf jika terdapat kekasaran bahasa dan menyinggung mana-mana pihak. Apa-apapun kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bands, media, rakan-rakan organiser, label-label, clothing company, penggerak dan peminat indie-scene dan sesiapa sahaja yang terlibat dgn local indie scene kerana terus menyokong kami dan indie-scene! jumpa lagi.. :-)

R.E zine said :
Oh yeahh...Tabung NSTP hurmm...Satu persoalan gak dan sekarang nih aku masih lagi ragu-ragu.Soalannya adakah Tabung NSTP itu benar2 sampai kat warga dan tangan Palestine?

Tahu tak kalian chairman untuk Tabung NSTP tuh diterajui oleh isteri TPM korang? Rujukannya korang tgk balik iklan Tabung Kemanusiaan Gaza yang pernah keluar kat TV3 suku.

Serius wehh mesti kena amik 'komisen' sesikit nak tampung barang shopping isteri TPM tuh.Haha!!! (mmg aku percaya duit2 dan sumbangan tuh memang takkan sampai-ed)

Kedua

Situasi politik dan perang di Palestine sehingga kini masih lagi tidak menampakkan apa2 kemajuan walaupun Fatah dan Hamas mengambil kata sepakat menghentikan segala perbalahan sesama mereka.Rakyat Palestine masih lagi diancam dan diserang sewenang-wenangnya oleh tentera zionis Israel.Malah apa jua sekatan, kutuk-kutukan, boikot, demonstrasi yang dilakukan diseluruh dunia sedikit pon tidak menggentarkan rejim zionis Israel.

Malah kes2 kecurangan kepimpinan Fatah dan Hamas dalam menguruskan dana dan sumbangan dari negara luar dikritik hebat di laman2 web dan media masa kini berikutan amalan korupsi dan juga pengkianat aspirasi rakyat Palestine dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.(
Here)

Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”(
here)

Nahh...ini hanyalah sedikit sebanyak rujukan yang leh korang jadikan 'guide'.Namum Majalah 3 (TV3 suku) menunjukan sebaliknya...

Walau apa pun yang berlaku.Aku percaya kita mampu lakukan sesuatu!!!Thanks Palestinekini.

Mengenai situasi Tabung NSTP dan ulat2 indie scene (ape tuh?)??? hahaha aku no komen dan korang pandai2 la fikir k!!!


LAST STRIVE - KUASA KITA - OUT NOW


More info just click here Last Strive myspace

ANTAGONIST AD LIVE IN KOTA KINABALU


NARATU - DIHUJUNG CEREKA PROMO

More info click here (NARATU myspace)