Friday, December 26, 2008

AS SAHARRR


Esok aku musti pergi...

Monday, December 22, 2008

BILIK SULIT INTRO



Yaa...sedikit aja intro nya...Selanjutnya korang kena aa pegi tengok sendiri!!! =)

Saturday, December 20, 2008

AYUHH TONTON TEATER


UNTUK MERAYAKAN HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA

MAJLIS PEGUAM - GERAKAN MANSUHKAN ISA - DAN TEATER BUKAN TEATER:

MEMPERSEMBAHKAN :

BILIK SULIT

TEMPAT : Dewan Majlis Peguam No: 13,15&17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur(di belankang Pasar Seni/Central Market)

PADA : 20,21,22, 23 Disember 2008/ RM10 ( Derma untuk keluarga tahanan ISA)

SILA TALIPON UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT DUDUK : 012-465- 16-71 dan 012-384-29-72

Sila tempah awal dan pilih hari yang sesuai kerana tempat terhad.

SELAMAT MENONTON

(jom jom!!!)

Thursday, December 18, 2008

LEAVING NORMAL : SYUKREE

With Syukree, things can go upside down, our reality fields temporarily skewed and awkwardly hang in the air until you got your bearings back, shake your head, smile and sigh the constant mantra, “Syukree, Syukree..”

This morning I got an sms from Isham: “Dengan sedih diberitahu Shukri telah meninggal dunia secara tiba. baru sekejap tadi” - 10.39am.

Last night Syukree was at the shop, briefly. He came in wearing a half-face mask of a monster. He’s been donning that mask for a few days now, so me and the guys in the shop were pretty blasé about it. After all it’s Syukree!

I called Isham. Apparently he got the news from Black that Syukree “terjatuh” at his brother’s house and died. I tried calling Black but it didn’t go through. So I forwarded Isham’s sms to some friends. Shocked replies came in with more questions. After a while I got this sms below and I forwarded it to a lot more friends. Selanjutnya...

Takziah dan al-fatihah buat keluarga beliau…Sumbanganmu besar dalam scene underground.Pergimu tiada pengganti, rest in peace Syukree… =(

Friday, December 12, 2008

Dapatkan booklet ketahui HAK ANDA! di konsert hak asasi!

front

back

Sabtu nih...

Konsert ini anjuran orang muda kepada orang muda!kita memikirkan cara yang lebih bersifat org muda untuk menyampaikan agenda hak asasi manusia!di konsert ini kita menyediakan buku poket hak anda sebagai rakyat untuk kita memahami asas hak asasi manusia!

cheersss n chill!

by pakatan baju rakyat.

FEEDBACK


Taken from Majalah Empayar edisi 4 (DIY ULASAN FANZINE)

R.E ZINE
Saiz B4 (photocopy-Malaysia)

Sebuah fanzine yang boleh diklasifikasikan bermutu biarpun usianya baru mencecah isu pertama.Editornya cukup berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam menerbitkan fanzine yang diberi nama R.E ZINE, disamping susunan layoutnya yang kemas.Ini memudahkan lagi pembaca-pembaca seperti saya yang mementingkan kemasan layoutnya untuk menghayati apa yang ingin disampaikan oleh editornya.Temubual dengan Dewata, Mindsnare, Lucy In The Loo, Clann Zu, Decibel, Muck, Vericose vein dan lain-lain selain puluhan review album, demo, Cd dan juga fanzine.Konsep open minded diutarakan dalam R.E zine.Harga cuma RM4.Sekiranya anda pengumpul fanzine anda bolehla menghubungi Mohd Amri Mohamad Noh, No 52, Jalan Saga 1, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.Atau emailkan kepada gang38th2000@yahoo.com

Jwp : Thanks Majalah Empayar =)

Thursday, December 11, 2008

MCPA SABTU NIH (SUARAM)


Info Lutut :
Biasenyer aku post flyer kat sini.Biasenyer aku tak pergi sbb takder mase.Sekarang nih aku dah ade mase.So aku musti pegi...Ayuh kawan2!!!

Percaya pada hak asasi manusia yang samar2 di Malaysia? Pergilah ke gig nih and the organiser will show you guys what is definately human right is it.The struggle and the issue will be appear with free screnning, speech2 and of course la with a band (music)! Haha =)

The unlucky things is Dum Dum Tak tak jadi perfome la ari sabtu nih.Vocalist nyer tak dpt hadir.Tapi dengannyer adenyer Komplot dan Couple dan satu lagi band yang terlalu lame menghilangkan diri iaitu Shock System!!! Nothing wrost and believe me, this show will be more interest and selain berhibur leh dapat sedikit knowledge2 yang dihidangkan oleh Sang Organiser.Huhu Murah je beb RM10 je...Ade booklet ketahui hak anda yg korang kena dapatkan ari tuh.Sebabnyer?? Nanti2 la aku bagitahu...hehe :P

Anyway kugiran Shock System nih, band yang pernah feymous era sekitar tahun 2000.Aku dah lupe da serba sedikit pasal band nih.Nanti kat sane kite korek lagi cerita pasal band nih hehe...Tak lupe juga para activist2 yang hadir nenanti.

Jumpe disana ya kawan2!!! =)

Ape la malangnyer Hak Asasi Kemanusiaan Di Malaysia nih...

Programe berbasikal dituduhnya kongsi gelap...A.C.A.B betul!!!

Tuesday, December 9, 2008

Monday, December 8, 2008

Saturday, December 6, 2008

Takziah

Takziah buat semua keluarga mangsa tanah runtuh. Tempat kejadian ni actually cuma 1.5 km daripada tapak kejadian Highland Towers. Semoga Allah S.W.T dapat menyelamatkan mangsa2 yang masih terperangkap di dalam runtuhan.

Al-fatihah buat mereka yang terkorban.

Friday, December 5, 2008

HAHA KEMBALI BEROPERASI / SURAT PEMBACA

Okeh...pasnih serik da aku nk on9 time kilat2 lebat.RM 200 lebih da sen gua kena labur huhu.Apa pon kite ke surat pembaca yang datang 5 hari lepas.

Assalamualaikum

Apa khabar saudara Amri?
Harap sehat sejahtera.

Saya berminat untuk mendapatkan R.E zine #1 RM 4 dengan proses trading " G.I.T The Idiot" cd rilis yang saya beli dengan harga RM 8.Selebihnya keep the change.

Harap saudara Amri setuju dengan tawaran tak seberapa saya.

Jika ada rilisan terbaru daripada saudara Amri, sudikanlah inform kepada saya.

Okehlah, Ini alamat saya...Reply A.S.A.P

Mohd Tarmizi Saadon
No 30, Jalan ST 1c/10
Taman Anggerik,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang Selangor
tel - 012203xxxxx

Emel - terryrotten@rocketmail.com

Jawapan :
Aku dah lupe aku tulis ape...Tapi pastinya aku setuju je bab trade2 nih.

Wednesday, December 3, 2008

ARGHHH!!!

PC sang editor rosak tang motherboard, power supplies...so tgh x ber'gaji lagi nih...so kena tunggu aa jap dalam beberapa hari nih.

Moral :
Jangan la korang memandai je on9 time2 tgh hujan lebat.Kilat2 tuh aa yg bisa meranapkan, leh kena eletrik shock kat pc korang.Nasib baik moderm aku x kene.Huhu... :(

Modal tinggi gak la nk repair2 2 mende ala nih...Baru tgh nak stanbye kumpul sen nk rilis zine...Xpe2 ade hikmah disebalik semua kejadian nih.

Info Lutut :
Err kelmarin aku dapat surat pembaca lagi.Surat tuh dari Sepang.Aku nak taip surat tuh aku leh lupe lak nk bawak surat tuh sekarang.

Buat pembaca2 dan scenister semua.Teruskan ngan menghantar2 surat2 anda, nak ajak trade ke, nak order ke or whatever la...Ikut logik dan kemampuan aku aa nk melayan surat2 korang nih cmner.Gerenti aku layan nyerr.Teruskan ngan mengantar surat k...

Monday, December 1, 2008

MALAM NI / FORUM HAPUSKAN I.S.A

HAPUSKAN ISA/NO TO ISA

DI DEWAN MAJLIS PEGUAM

Jalan Lebuh Pasar Kuala Lumpur

JAM : 8.00 malam

PANEL:
TERESA KOK
MUMAHAD SABU
RAJA PETRA
FARIDZUL NASARUDDIN
T.S THENINTARAN
TUKAR TIUB

Sila datang awal kerana tempat duduk amat-amat terhad.TT

Saturday, November 29, 2008

Thursday, November 27, 2008

SURAT PEMBACA

Note : Surat nih baru smpai semalam dan punyerlah mak aku tak perasan.Surat nih basah kena hujan...

Hello Amri!

Joy menulis nih dari Melaka sebelah rumah bohsia he...he...

Barang2 yang aku nak order
=R.E zine #1 RM4

itu je barang dapur yang aku nak order Amri! (caitt barang dapur ko panggil haha-ed)

Ok Amri, aku nak kau hantar barang yang aku order tu sepantas kilat he...Gurau je...

Kat dalam surat ni ada RM4

Junie Joy Marius
13-B1, jalan Taman Melaka Raya 14,
75000 Melaka Raya,
Melaka, Malaysia

JAWAPAN : Thanks Joy, ngan sepantas kilat aku post kat ko...sabar ya... XD

HIDUP BAGAIKAN SUNGAI MENGALIR


Aku baru je habis membaca buku nih semalam.

Sebuah buku yang mengisahkan tentang sejarah tentang 16 orang wanita dalam Gerakan Anti-Jepun, Anti-Penjajah dan Kemerdekaan di Malaysia dan Singapura.(1938-1989) Aku tak pernah mengulas tentang buku2 bercorak genre sejarah nih.Malah setelah aku habis membacanya, aku rase bangga la pulak dengan sejarah kemerdekaan kita dan nyatanya versi2 buku2 teks sejarah sekolah yang aku pernah ngadap dahulu memang sentiasa aku ragui, musykil dan kini ianya dah semakin jelas.

Bukan buku teks sejarah sekolah itu yang memberikan aku jawapan!!!

Ternyata Agnes Khoo telah membawa kite menyusuri tentang kehidupan bekas2 wanita PKM (Parti Komunis Malaya), Tentang bagaimana kisah mereka terpaksa berjuang di dalam hutan belantara, survival selama bertahun2 dengan revolusi, hidup berkolektif sesame komrad, situasi2 cemas, gembira, suka dan duka mereka selama ini.

Wanita2 ini juga turut mengecam tentang situasi, layanan berat sebelah, antara kerajaan British, politik Malaya, propaganda fasis, kezaliman tentera jepun terhadap wanita, dan bermacam2 lagi lah...Kepelbagaian latar belakang dan sejarah hidup mereka dihimpunkan di dalam buku nih.Pastinya wanita2 yang ada didalam nih adalah asalnya orang singapura, Malaya dan Thailand.

Sebuah dedikasi yang tak mungkin leh dibayar dengan harta dan benda.Maka dengan salah satu buku ini.Tak mungkin sejarah2 wanita2 ini boleh dipadam.

Paling menarik sekali, wanita2 ini sering menyatakan tentang hak kesamarataan antara lelaki dan wanita.Bagi mereka, mereka bangga bila dapat melakukan apa jua kerja yang dapat dilakukan oleh kaum lelaki.Malah mereka juga melakukan apa jua tugas yang diperintahkan pemimpin dengan lebih lagi.Tekad dan kental mereka yang membuatkan kerajaan kita begitu takut dengan kemaraan mereka.Bukan takat PKM aja.Malah API (angkatan pemuda Insaf), AWAS dan penduduk2 kampung juga turut menyumbang pada pergerakkan gerila bawah tanah nih...Hasilnya PKM, kerajaan Thailand dan kerajaan Malaya menandatangani Persetujuan Perdamaian Haadyai tahun 1989.

So komrad2 sekalian, kajilah balik apakah benar sejarah kemerdekaan kita nih benar2 sekadar melepaskan batuk di tangga.Apakah sejarah kite merdeka dengan hanya sebatang pen dan kertas (dokumen).Sejarah kite langsung tak pernah menumpahkan darah?Lihatlah kembali dokumentari Revolusi 46 arahan Fahmi Reza...

Dedicated to Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh dan 16 orang wanita yang berada didlm buku nih

OPEN FOR ADVERTISING!!!

Okeh disini aku nak announce :

STILL IN PROGRESS!!! SAPE MAHU ADVERTISING??? DATELINE 15 DISEMBER NIH!!! (LIMITED)

Harga ngan size leh runding...(murah jer-ed) Tarek hal nyer.Nak cetak banyak nih...Korang nak full page ke, half page ke, suku page ke...bergantung pada ruang2 kosong yang terlalu terhad sebab 2nd issue nih kitaorang pakai size a4.Bukan size a5 lagi... =)

Contains and info terkini...

feturing :
FC FIVE (terbaikk-ed) / UTARID r.i.p / Crestfallen / Sarjan Hassan / Almost There / Bannbodo / Tyranny / Spritz!!! / Madhouse and more and more....

THIS IS ALL ROUNDER ZINE...

Clothing feturing : (Bicara bersama clothing section) Molek / Reput / Chonteng

including gig report / full version :
Bunyi vol2, Indienation Kelam Kabut Fest / Altar Of Heroes / There Was A Hard Impact /Art Of Noise / Rawstar fever / Disarm fest / Tribute To Bob Marley / Three chord from the Truth / Fight Global Warming / Supernova Indie fest

more stuff review like books, cd, zine, cassette / comic pro-stail 5 page / article2 / feedback letter / thanks list and more...more than personal writing and blablabla (ini pun hasil berdasarkan apa yang aku mampu miliki atau dikirimkan oleh orang lain-ed)

This is an alternative media from 2008 underground movement!!!

Size2 untuk dijual

Pakej A [W = 20.9cm / L = 29.1cm]
Full page (a4) RM 70 +/- (leh runding) untuk page 02.
Ruangan paling mahal nih.Leh dilelong pada sape2 yg nak bida harga tinggi, leh la letak situ.Hehe ;P

Pakej B [W = 20.9cm / L = 14.7cm]
Half page RM 40 +/- (leh runding) untuk page 02 dan utk page2 yang lain mengikut situasi.

Pakej C [W = 14.7cm / L = 10.4cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

Pakej D [W = 10.4cm / L = 14.7cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

FAQ :

Hanya yang benar2 serius dan trusted sahaja!!!

Aku hanya open size 4 jenis pakej zine (full page, half page dan 2 jenis suku page sahaja...) Memang limited sebab aku tak tahu nak letak iklan ape kat situ.Aku cuma nak ikut permintaan pembaca, band, clothing, organizer, peniaga2 dan tak kesah la ape2 mende atau produk yg korang nak advertise kan...Takde policy dan rules2 penapisan kementerian dalam negeri dalam R.E zine nih.Tapi leh harga dan size leh adjust dan runding!!! Leh promote2 produk2 korang. =)

Oh yeaa...Nih bukan untuk profit dan keuntungan semata-mata.Harga2 advertising nih leh la sedikit sebanyak menampung cost printing / copied yang semakin mahal lak aku rase...Damm

2nd issue nih bakal dirilis sebelum tahun nih atau awal tahun depan.Nih lah timing terbaik dan harapnya kemunculan 2nd issue nih leh memberi sedikit makna dan juga cerita / info dsb yang aku dan gang2 R.E zine nih lalui, tempuhi dan alaminya khasnya untuk scenister dan undergrounder...

Perhatian 2 :
Tiap-tiap design advertising hendaklah dikirimkan dalam bentuk JPEG, Nyatakan sizenyer dan please zine nih takder nyer kaler2 nyer.Hitam, putih, kelabu aja diterima.Kalau korang kaler gak.Aku grayscale kan aje.Huhu

Oh yee...design sendiri bikin tau.


BERMINAT??? Tak usah segan silu, mailkan aja request korang kat : rebelenvironmentzine@gmail.com
gang38th2000@yahoo.com
PHONE CALL : 017-2117016

SEBARKAN KAT SELURUH SCENISTER dan juga RAKYAT JELATA!!!

Wednesday, November 26, 2008

EARLY SKECHTES / DAY 06

HELL AWAKE / page 02

HELL AWAKE / page 03
Nih page 03...Takder displin tul...haha siap separuh
Laju laju laju lagi hehe ;P

Police stop anti-ISA event in Ampang, nine arrested



Yaa...Hapuskan ISA, hapuskan undang2 rimba, Hapuskan undang2 Drakonian...Akan ada lagi himpunan ala-BERSIH bagi menghapuskan akta kejam ISA tak lame lagi...Tapi kat Selayang...Tunggu update tak lame lagi...

Time tuh datang agak lambat.Rakanku dari Unit Amal, komrad2 Reformasi yang memberi sokongan tak berbelah bagi untuk mana2 demotrasi anjuran GMI nih.Kalian leh lihat sendiri bagaimanakah polis2 mengasari rakyat yang sedang berhimpun secara aman.Polis menghalau para demostrasi nih cam menghalau sekumpulan anjing!!! Fuckap tul...