Saturday, November 29, 2008

Thursday, November 27, 2008

SURAT PEMBACA

Note : Surat nih baru smpai semalam dan punyerlah mak aku tak perasan.Surat nih basah kena hujan...

Hello Amri!

Joy menulis nih dari Melaka sebelah rumah bohsia he...he...

Barang2 yang aku nak order
=R.E zine #1 RM4

itu je barang dapur yang aku nak order Amri! (caitt barang dapur ko panggil haha-ed)

Ok Amri, aku nak kau hantar barang yang aku order tu sepantas kilat he...Gurau je...

Kat dalam surat ni ada RM4

Junie Joy Marius
13-B1, jalan Taman Melaka Raya 14,
75000 Melaka Raya,
Melaka, Malaysia

JAWAPAN : Thanks Joy, ngan sepantas kilat aku post kat ko...sabar ya... XD

HIDUP BAGAIKAN SUNGAI MENGALIR


Aku baru je habis membaca buku nih semalam.

Sebuah buku yang mengisahkan tentang sejarah tentang 16 orang wanita dalam Gerakan Anti-Jepun, Anti-Penjajah dan Kemerdekaan di Malaysia dan Singapura.(1938-1989) Aku tak pernah mengulas tentang buku2 bercorak genre sejarah nih.Malah setelah aku habis membacanya, aku rase bangga la pulak dengan sejarah kemerdekaan kita dan nyatanya versi2 buku2 teks sejarah sekolah yang aku pernah ngadap dahulu memang sentiasa aku ragui, musykil dan kini ianya dah semakin jelas.

Bukan buku teks sejarah sekolah itu yang memberikan aku jawapan!!!

Ternyata Agnes Khoo telah membawa kite menyusuri tentang kehidupan bekas2 wanita PKM (Parti Komunis Malaya), Tentang bagaimana kisah mereka terpaksa berjuang di dalam hutan belantara, survival selama bertahun2 dengan revolusi, hidup berkolektif sesame komrad, situasi2 cemas, gembira, suka dan duka mereka selama ini.

Wanita2 ini juga turut mengecam tentang situasi, layanan berat sebelah, antara kerajaan British, politik Malaya, propaganda fasis, kezaliman tentera jepun terhadap wanita, dan bermacam2 lagi lah...Kepelbagaian latar belakang dan sejarah hidup mereka dihimpunkan di dalam buku nih.Pastinya wanita2 yang ada didalam nih adalah asalnya orang singapura, Malaya dan Thailand.

Sebuah dedikasi yang tak mungkin leh dibayar dengan harta dan benda.Maka dengan salah satu buku ini.Tak mungkin sejarah2 wanita2 ini boleh dipadam.

Paling menarik sekali, wanita2 ini sering menyatakan tentang hak kesamarataan antara lelaki dan wanita.Bagi mereka, mereka bangga bila dapat melakukan apa jua kerja yang dapat dilakukan oleh kaum lelaki.Malah mereka juga melakukan apa jua tugas yang diperintahkan pemimpin dengan lebih lagi.Tekad dan kental mereka yang membuatkan kerajaan kita begitu takut dengan kemaraan mereka.Bukan takat PKM aja.Malah API (angkatan pemuda Insaf), AWAS dan penduduk2 kampung juga turut menyumbang pada pergerakkan gerila bawah tanah nih...Hasilnya PKM, kerajaan Thailand dan kerajaan Malaya menandatangani Persetujuan Perdamaian Haadyai tahun 1989.

So komrad2 sekalian, kajilah balik apakah benar sejarah kemerdekaan kita nih benar2 sekadar melepaskan batuk di tangga.Apakah sejarah kite merdeka dengan hanya sebatang pen dan kertas (dokumen).Sejarah kite langsung tak pernah menumpahkan darah?Lihatlah kembali dokumentari Revolusi 46 arahan Fahmi Reza...

Dedicated to Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh dan 16 orang wanita yang berada didlm buku nih

OPEN FOR ADVERTISING!!!

Okeh disini aku nak announce :

STILL IN PROGRESS!!! SAPE MAHU ADVERTISING??? DATELINE 15 DISEMBER NIH!!! (LIMITED)

Harga ngan size leh runding...(murah jer-ed) Tarek hal nyer.Nak cetak banyak nih...Korang nak full page ke, half page ke, suku page ke...bergantung pada ruang2 kosong yang terlalu terhad sebab 2nd issue nih kitaorang pakai size a4.Bukan size a5 lagi... =)

Contains and info terkini...

feturing :
FC FIVE (terbaikk-ed) / UTARID r.i.p / Crestfallen / Sarjan Hassan / Almost There / Bannbodo / Tyranny / Spritz!!! / Madhouse and more and more....

THIS IS ALL ROUNDER ZINE...

Clothing feturing : (Bicara bersama clothing section) Molek / Reput / Chonteng

including gig report / full version :
Bunyi vol2, Indienation Kelam Kabut Fest / Altar Of Heroes / There Was A Hard Impact /Art Of Noise / Rawstar fever / Disarm fest / Tribute To Bob Marley / Three chord from the Truth / Fight Global Warming / Supernova Indie fest

more stuff review like books, cd, zine, cassette / comic pro-stail 5 page / article2 / feedback letter / thanks list and more...more than personal writing and blablabla (ini pun hasil berdasarkan apa yang aku mampu miliki atau dikirimkan oleh orang lain-ed)

This is an alternative media from 2008 underground movement!!!

Size2 untuk dijual

Pakej A [W = 20.9cm / L = 29.1cm]
Full page (a4) RM 70 +/- (leh runding) untuk page 02.
Ruangan paling mahal nih.Leh dilelong pada sape2 yg nak bida harga tinggi, leh la letak situ.Hehe ;P

Pakej B [W = 20.9cm / L = 14.7cm]
Half page RM 40 +/- (leh runding) untuk page 02 dan utk page2 yang lain mengikut situasi.

Pakej C [W = 14.7cm / L = 10.4cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

Pakej D [W = 10.4cm / L = 14.7cm]
Suku page RM 25 +/- (leh runding) untuk ruang2 kosong.

FAQ :

Hanya yang benar2 serius dan trusted sahaja!!!

Aku hanya open size 4 jenis pakej zine (full page, half page dan 2 jenis suku page sahaja...) Memang limited sebab aku tak tahu nak letak iklan ape kat situ.Aku cuma nak ikut permintaan pembaca, band, clothing, organizer, peniaga2 dan tak kesah la ape2 mende atau produk yg korang nak advertise kan...Takde policy dan rules2 penapisan kementerian dalam negeri dalam R.E zine nih.Tapi leh harga dan size leh adjust dan runding!!! Leh promote2 produk2 korang. =)

Oh yeaa...Nih bukan untuk profit dan keuntungan semata-mata.Harga2 advertising nih leh la sedikit sebanyak menampung cost printing / copied yang semakin mahal lak aku rase...Damm

2nd issue nih bakal dirilis sebelum tahun nih atau awal tahun depan.Nih lah timing terbaik dan harapnya kemunculan 2nd issue nih leh memberi sedikit makna dan juga cerita / info dsb yang aku dan gang2 R.E zine nih lalui, tempuhi dan alaminya khasnya untuk scenister dan undergrounder...

Perhatian 2 :
Tiap-tiap design advertising hendaklah dikirimkan dalam bentuk JPEG, Nyatakan sizenyer dan please zine nih takder nyer kaler2 nyer.Hitam, putih, kelabu aja diterima.Kalau korang kaler gak.Aku grayscale kan aje.Huhu

Oh yee...design sendiri bikin tau.


BERMINAT??? Tak usah segan silu, mailkan aja request korang kat : rebelenvironmentzine@gmail.com
gang38th2000@yahoo.com
PHONE CALL : 017-2117016

SEBARKAN KAT SELURUH SCENISTER dan juga RAKYAT JELATA!!!

Wednesday, November 26, 2008

EARLY SKECHTES / DAY 06

HELL AWAKE / page 02

HELL AWAKE / page 03
Nih page 03...Takder displin tul...haha siap separuh
Laju laju laju lagi hehe ;P

Police stop anti-ISA event in Ampang, nine arrested



Yaa...Hapuskan ISA, hapuskan undang2 rimba, Hapuskan undang2 Drakonian...Akan ada lagi himpunan ala-BERSIH bagi menghapuskan akta kejam ISA tak lame lagi...Tapi kat Selayang...Tunggu update tak lame lagi...

Time tuh datang agak lambat.Rakanku dari Unit Amal, komrad2 Reformasi yang memberi sokongan tak berbelah bagi untuk mana2 demotrasi anjuran GMI nih.Kalian leh lihat sendiri bagaimanakah polis2 mengasari rakyat yang sedang berhimpun secara aman.Polis menghalau para demostrasi nih cam menghalau sekumpulan anjing!!! Fuckap tul...

Monday, November 24, 2008

BERITA TERKINI / SHAH RUKH KHAN BATAL...

Shah Rukh Khan telah membatalkan kedatangan untuk menerima anugerah Datuk dari kerajaaan Melaka.

Dalam usaha untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia kerjaaan Melaka pagi ini telah membincangkan untuk memberi anugerah Datuk kepada Micheal Jackson yang diberitakan baru memelok agama Islam.

Satu delegasi resmi kerjaan Melaka akan pergi ke Los Bodokos di Selatan Carlifornia untuk membicangkan tarikh penerimaan anugerah derajah Datuk Peduka Melinga Manku Alam, derajah yang tertinggi di Melaka.Dari apa yang difahamkan Michel Jackson akan dicadangkan datang ke Melaka pada 23 March tahun hadapan bersama dengan tarikah persidangan gerombolan United Malays National Organisation.

Mengikut sumber diplomat, langkah ini sama seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Harun pada tahun 1975 apabila beliau telah menjemput Joe Burgner dan Mohamad Ali Clay untuk bertumbuk di Kuala Lumpur, sebagai langkah untuk mempopularkan dirinya yang sedang bertanding.Malah Mohamad Ali Clay telah di jemput untuk datang ke persidangan tahunan gerombolan United Malays National Organisation yang pada ketika itu di adakan di Dewan Bahasa dan Petaka.

Jika Micheal Jackson bersetuju untuk menerima anugerah ini maka besar kemungkinan Ali Rustam akan menjadi bagitu popular sekali. Ini kerana budaya gerombolan ini cukup suka kalau ada orang masuk Islam terutama dari Amerika, lebih-lebih lagi kalau orang itu Mat Saleh.

Rancangan rapi telah diatur agar Michel Jackson akan memakai baju Melayu atau Batik ketika menerima anugerah Datuk.

Jika semua ini berlaku, Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang pada ketika ini diberitakan sedang belajar Bahasa Inggeris adalah bakal Perdana Menteri Malaysia sesudah Ibrahim Ali. (TT)

Info Lutut : hahaha mcm sial nyer berita...kelakar :)

BRINGING OCEAN / COMING SOON


TERBAIK DARI LADANG...

LIFE LIKE THAT! (2007)


Comic skrip nih pernah keluar kat sokkhabar The Primary Times tahun lepas.(sokkhabar nih khas untuk kanak2 sekolah rendah-ed) Kartun nih sekadar lawak spastik semata-mata

Batman-Bruce Wayne : Murderer? (DC Comic)

Antara komik yang termahal buat setakat nih.Yepp aku dapat rembat sekeping je ni.Nih pon masa akhir tahun lepas aku dapat.(zaman-zaman masyuk-ed) Dengan komik nih lah aku dah pon paham 100% watak2 Batman yang sering dimainkan kat kaca tv dan juga kat layar perak.Koleksi nih memang best!!! cuma versi komik nih nyatanya lebih 'heavy' dari apa yang aku sangkakan.Tapi aku taklah meminati watak Batman seorang aja.Banyak lagi woo karekter2 yang aku minat.Komik nih aku beli kat Konikuniya kat KLCC.

Apa yang aku tahu dah 18 kali round aku membacanya.Keseluruhan judul komik nih ialah projek contribution keluaran dari DC Comic.So tiap2 episode menampilkan pelbagai kartunis2, hatta penciller, director, colourist, editor dan ramai lagi lah yang terlibat.That's why tiap2 episode stroke dan visualnya berlainan sama sekali.

Sipnosis serba ringkas : Cerita dia mengenai konspirasi yang mengaitkan Bruce Wayne dengan kejadian bunuh (Vesper Fairchild-seorang journalist dan merangkap gf yang ingin mendedahkan identiti Batman) yang berlaku kat rumah agamnya.(banglo) Paling best sekali kejadian itu melibatkan bodyguard beliau sendiri iaitu Shasa.(superhero gak-ed) Haha Bruce Wayne masuk penjara... Lebih taktikal (rumit) segala bukti dan alibi untuk mengaitkan Bruce Wayne dengan kes bunuh tu telah dibuktikan oleh rakan-rakan superhero beliau terdiri dari Robin, Oracle, Nightcrawler dan juga Batgirl.So bagaimanakah cara penyelesaiannya?, Bagaimanakah dengan identiti Batman??...Korang cari dan bacalah sendiri okeh....

Tabik spring kat Bob Kane - Creator of Batman

Note : Next Batman-Bruce Wayne : FUGUTIVE

Sunday, November 23, 2008

MALAM NIH / DATARAN MPAJ


Malam la pulak.Singgah kejap aa, pastue g keje...Ayuhhh komrad ayuh kalian!!!

Info Lutut : Mintak2 ade jualan buku2 best!!! :)

More info sila ke sini

MUSIC IS POSTIVE / 3 NOV 2008


Music is positive?...Ape ekk positif nyer...Leh x kalian fikirkan tentang positive nyer yang terdapat kat music nih...Apakah positive'nyer hanyalah untuk organizer, band2 atau pun pengunjung...?

Nahh...senang cerita, tepuk dada tanyalah selera...

Info Lutut :
Band yang aku tak tengok lagi band From Cadillac To Geisha, Lolypop, 26 Eleven, Kiss The Fallen, Vermillon dan The Gale...

Anjuran Community Of K.I.T.A

RAREMELOD.I.Y #2 / 2002

Alamakkk kategori zine yang paling klasik.(datang dari Seberang Perai-ed) Satu-satunyer zine 'grunge' yang aku pernah dapat dalam tahun nih.Hanya ada satu interview bersama kugiran Vigil dari negeri Perlis.Ada banyak info pasal reaggae, ska, metal, new wave industrial musik dan mostly semuanya artikel berkenaan ngan grunge!!! Cerita pasal 'rockstar wannabe', muzik underground, alam sekitar, keganasan zionis, dicography band dll.Ulasan stuff cam kaset, cd ngan zine takde.Juga diselitkan poem dan advertising...

Aku berminat tentang artikel Grunge : Adakah Ianya Hanya Terletak Pada Musik Ataupun Attitude.Persoalan demi persoalan dibangkitkan oleh penulis nih (x tahu sapa?-ed) dari sudut filosofi bahawa agak payah untuk mencari band2 yang benar2 bermain musik total 100% GRUNGE!!!.Begitu juga band2 yang sedia maklum spt Nirvana, Silverchair, Soundgarden, Mudhoney, Stone Temple Pilot, Butterfinggers, Bloodymary dll masing2 tak pernah mengaku yang diorang nih bermain music grunge pada asalnya.Ini hanyalah satu pen'andai'an2 yang diciptakan untuk menamakan sebuah musik baru di peetengahan era 80-an.Dan seriuoslly nih lah wabak kegilaan remaja di USA yang demamkan musik 'grunge' nih (termasuklah aku sekali hehe-ed) So apakah maksud grunge sebenarnya termasuklah attitude dan musik korang leh tengok kat video nih... : http://www.youtube.com/watch?v=VK-IB3e_glc (documentary pasal musik grunge kat youtube-ed) untuk artikel nih hanya 50/50 aje aku setuju.Hmm masing2 ada pendapat masing2...Dan bagi aku grunge is about attitude...music is a 2nd thing.

Tak tahulah samada editor zine dan rakan2 beliau nih still ade lagi ke tak?

Contact : 44, Pintas Semilang 6, Taman Semilang, 13700, Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.

HELLISHH NEWSLETTER (2008) / Percuma

Newsletter yang dikirimkan sekali oleh mr Ayep.Ada interview ngan kugiran dari tanah seberang iaitu Term Of Life(tak tahu la band nih main ape??-ed) Interview nih pon dari tahun 2005.Selain tuh juga, newsletter nih diselitkan ruangan advertising dan owhh ade sekali la jual R.E zine #1 nih hehe... (nih hasil trade aa nih...-ed)

Paling menarik ade advertising dari RDL distro (Singapore) pasal A.B.S.M 696 compilation (Asian Black Metal Sex-Sin-Dick Hate 696 promo cd) Haill!!! :)

Contact : http://www.myspace.com/indiependentdistro

BORNEO HELL LEGIONS #2 (2004)

Aku dapat zine nih hasil trade dari en Aswat Al Zannahk.Satu-satunya zine black metal yang aku dapat dari negeri Sarawak.Penuh maklumat dan info mengenai scene dan band2 metal khususnya dari sana dan juga dari luar negara.Malah berita2nya juga disediakan.(Tapi tu 4 tahun lepas nyer ceritalah-ed) Seperti zine2 metal yang lain, zine nih menampilkan temuramah2 dari Mentalliy Mudered, Mantak (ripp off), Unitheism dan Hellbox.Tiada pun artikel.Just interviews, review, news, playlist dan discography band dan advertising.Memang puas dan buas...

Lebih2 lagi kenyataan kugiran Mantak (ripp off) "MANTAK is 666% an anti religious bands!!! We're not another idiots dumb ass who just using a black metal concept for fun!!!" Naz of Mantak (haha who cares-ed)

Contact : Atthewinth 293e, Matang jaya, lorong 6a1a, Batu 4, jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Email : borneohell_legions@hotmall.com

Saturday, November 22, 2008

GMI: Perhimpunan di MPAJ akan diteruskan

Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini akan tetap diteruskan walaupun gagal mendapat permit polis, kata penganjurnya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana pihaknya telah membuat "permohonan dengan baik" untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.

"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Polis hari ini dilaporkan menolak permohonan pihak penganjur - yang dibuat Selasa lalu - bagi mendapat permit untuk mengadakan program itu di tempat terbuka.Selanjutnya

Info Lutut :
Majlis nih xder permit aa orang ramai musti pergi!!! Mesti meriah hehe...Memukul atau dipukul FRU musti wajib nyer...

Aku nk pergi Ahad nih, tapi apekan daya kerna tugas atau aku patut lupakan waktu tidu siangku.

Friday, November 21, 2008

EARLY SKECTHES / DAY 04

HELL AWAKE / page 02
Aaa...nampaknyer skecthes nih aku dpt lukis separuh je...xde idea la nk buat angel (sudut, position, stail dll) baru...Mungkin mlm nanti mintak2 ilham datang kembali...

Thursday, November 20, 2008

EARLY SKECTHES 01 / DAY 03

HELL AWAKE page 01

Okeh...Nih komik / drama 4-5 mukasurat nih antara yg sehabis pantas yang aku cube lakukan dlm jangkamasa terdekat.Genre fantasi habis!!!

Khas untuk R.E zine 2nd issue dan setiap hari akan diupdatekan bagi mendisplinkan diri dan fokus 100% dlm penghasilan komik.Walaupun aku ade byk lagi komik yang sedang dibikin.

Sipnosis Awalan :
Bagaimanakah 'live' para radikalis2 kat NERAKA ek?Siapakah yang ditentang dan menentang?Siapakah dan apekah peranan Wan jackal, Ambu and Ckin dalam drama nih?Haha korang tunggu aje le... ;P

Wednesday, November 19, 2008

RAGE AGAINST THE MACHINE / RENEGADES OF FUNK



"Renegades Of Funk"

No matter how hard you try, you can't stop us now
No matter how hard you try, you can't stop us now

Since the Prehistoric ages and the days of ancient Greece
Right down through the Middle Ages
Planet earth kept going through changes
And then no renaissance came, and times continued to change
Nothing stayed the same, but there were always renegades

Like Chief Sitting Bull, Tom Paine
Dr. Martin Luther King, Malcom X
They were renegades of their time and age
So many renegades

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

From a different solar system many many galaxies away
We are the force of another creation
A new musical revelation
And we're on this musical mission to help the others listen
And groove from land to land singin' electronic chants like
Zulu nation
Revelations
Destroy our nations
Destroy our nations

Now renegades are the people with their own philosophies
They change the course of history
Everyday people like you and me
We're the renegades we're the people
With our own philosophies
We change the course of history
Everyday people like you and me
C'mon
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin', puttin' a side of hip-hop
Because where we're goin' there ain't no stoppin'
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop'
Cause we're poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop
Poppin', sockin', rockin' puttin' a side of hip-hop

We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk
We're the renegades of funk

We're teachers of the funkAnd not of empty popping
We're blessed with the force and the sight of electronics
With the bass, and the treble the horns and our vocals'
Cause everytime I pop into the beat we get fresh

There was a time when our musicWas something called the Bay Street beat
People would gather from all around
To get down to the big sound
}You had to be a renegade in those days
To take a man to the dance floor

Say jam sucker (jam)
Say jam sucker (jam)
Say groove sucker (groove)
Say groove sucker (groove)
Say dance sucker (dance)
Say dance sucker (dance)
Now move sucker (move)
Now move sucker (move)[x2]

We're the renegades of funk

Sing a long k... :)

ORANG TIMUR THE GIG / PAUL PLACE / 29 NOV 2008


Cam menarik sebab ade Dark Nirajim hehe...