Thursday, May 29, 2008

EP OUT NOW/Flows/PJ Raggae Band!!!

Track List:
1. Summer's Dream
2. Illusion
3. Halus
4. Malaysian Sunset
5. Fortune Cookie
6. Resolution

Dengarkan sample lagu mereka di sini

Sunday, May 25, 2008

ZINE ZINE ZINE

Zine*Zine*Zine*

Artikel ini diambil masa aku pergi D.I.Y zine mini festivel kat Artport,Galeri Shah Alam.(11.03.2006) Aku siarkan untuk tutupan umum.

Zine*Zine*Zine*
Seperti semua orang bisa membuat zine, sebab sepertinya tidak ada prosedur tertentu dalam menulis zine.Semua zine disini tidak ada yang membicarakan satu subjek tertentu.kalau pun sama, tidak ada yang membicarakan satu topic dengan satu perspektif.

Mungkin ini merupakan alternative.mereka yang ingin menulis dan menyampaikan pemikiran tanpa harus melewati proses berbelit, yang akan ditemui jika ingin mempublikasi melalui jalur umum, misalnya penerbit, yang malah hanya akan membuat tulisan mereka tidak sama dengan bentuk awal.Sementara pemikiran mereka tidak bias tersampaikan maksima!.Yah, walaupun memang jika melalui jalur umum akan lebih banyak orang bias membaca tulisan itu,tapi mungkin mereka tidak menginginkan itu.Mungkin mereka merasa mempublikasikan lewat jalur umum sangat tidak DIY dan bahkan cenderung kapitalistik. Bukan dalam artian mereka menjual pemikiran itu dengan harapan mendapat imbalan uang (wang).Tapi prosesnya mengarah pada bahaya laten kapitalis itu.Seperti sensor atau editing yang mengekang mereka untuk menentukan sendiri yang ingin dipikirkan dan disampaikan.begitu juga kosumennya, mereka seperti ditentukan mana yang baik untuk dikonsumi dan mana yang tidak’, dan itu sangat tidak DIY.itu memperlihatkan mereka tidak mempunyai otonomi atas diri sendiri.

Itu seperti kontrakdiksi antara dunia ide dan dunia nyata lagi.Dunia nyata yang begiti rupa sudah mapan,dan dunia ide yang cenderung mendestruksi dunia nyata.maka bila ide ingin ‘tersuarkan’ ke dunia nyata, ide destruktif itu akan disaring lebih dahulu, agar ketika ‘tersuarakan’, ide itu tidak membahayakan dunia nyata sudah mapan.

Mereka yang mengambil jalan alternative untuk tetap bertahan dengan idealisme ini telah mengambil langkah sangat berani dengan terus mencoba menyaurakan maksud mereka secara utuh tanpa sensor,walaupun mungkin tidak terdengar.Tapi mereka telah lepas dari hegemoni dan penyeragaman.

*artikel ini diambil dari buku;Perang-sebuah novel subkultur

“Selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak ada di public yang lebih luas,sementara sebenarnya secara karekteristik, tak ade bezanya antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dengan bulletin-bulletin Jumaat di masjid-masjid”end

Note :
Dan bagi pendapat aku pula nak tambah kat sini.Walaumacammana pun penghasilan tak kirala dari segi pro print’ hingga ke fotostat, ape yang aku nak tekan kat sini ialah idea’.Idea’ yang korang sampaikan.tak kiralah songsang ke atau entah hapa-hapa ke yang korang buat tapi yang aku tahu itulah yang lahir.Itulah yang pembaca dapat.Sekarang ni pembikin zine dah makin pupus (Aku berani jamin) tapi aku tahu kat luar tu adalah segelintir dua yang masih bersemangat (macam aku haha-ed) untuk meneruskan trasdisi dan identiti kita untuk menongkah arus, Meneruskan perjuangan menjadikan zine sebagai bahan bacaan berilmiah untuk anak-anak muda punk/hardcore.tak lupe metal,grind,crust dan blablabla….Personal dan bebas.Sepertimana yang korang baca blog2 nih... :)

Wednesday, May 21, 2008

Disarm Fest

Disarm Fest Gig Rebiu/22 march/MCPA/This Is The Great Show/RM15

Note: ini adalah edit kali ke-2 disebabkan mutu visual kat blogspot nih cm gampang aa

Band slot:The Diamond, Skatanixs, Dazmelon, Sonic Star Radio Jam, Cannaris, Better Than Her, Monopose, Second Combat, Everything, Restraint, The Padangs, Sandra In Urgent, Kiss The Fallen dan Eyemore

Intro
Emm MCPA buat kali ke-3 (tak silap aku-ed) gig rebiu dalam tahun nih so ade banyak aa band yang aku nak tengok di depan mata nih.Especially yang aku kepingin nak tengok sesangat ialah Skatanix dan band2 yg aku tak pernah tengok lagi.Dan maaf sekali lagi sebab gig rebiu nih tak penuh (full-ed) sebab aku terpaksa keluar awal disebabkan ade hal penting yang harus dilakukan dan apa jua alasan aku nak keluar awal tuh diharap pembaca tak perlulah tahu ok…(aku tengok sampai Restraint jer-ed)

Ok gig kali nih adalah acara pay-to-play.Walaupun ramai antaranya crowd yang bising2 pasal benda (isu-ed) nih tapi Sang Editor taknak amik pusing pown kat dalam gig rebiu kali ini…Yang penting ialah support band2 nih beraksi.So daripada band2 slot yang korang leh lihat diatas adalah yang dah sedia maklum dalam diari gig rebiu R.E zine nih.Maaf sekiranya jikalau ade salah dan silap (fakta) kerana ini sajalah yang Sang Editor mampu lakukan kerana Sang Editor agak pemalu sedikit (hehe-ed) nak jumpe/tanye2 band2 nih hehe namum untuk episode gig rebiu yang akan datang, Sang Editor akan buat yang lebih terbaik …(insyallah-ed) hehe

Sebelum kite mulakan acara ni gig nih dah start dah dalam kul brape aku tak pasti.Sebelum tuh lak aku leh bantai me’lantak’ (makan-ed) kat mapley tuh sekali lepak ngan Amet, Cikin, Ecah, Monche (dan ramai lagi kenalan-ed) pulak tuhh leh hujan lebat lak petang tuh.so agak lambat aa aku nak naik masuk tengok acara tuh berlansung.Tapi biler agak dah kureng sikit lebatnyer hujan tuh barulah aku and the gang berlari masuk ke MCPA tuhh aduhh…haha memang leceh tapi disebabkan slot Skatanixs semakin hampir terpaksa aa jugak kitaorang redah haha…Apa-apa pun kite mulakan dengan opening band iaitu datang dari Teluk Pulai Klang iaitu The Diamond. So nenaik jer aku tengok The Diamond lelagu diorang nih ada stail cam Portishead sesikit (influence nih-ed) sesikit.Tapi still ade element yg cukup slow dan bermelodi.Mengingatkan aku pada band Corn In Cup dari Melaka haha serius layan.Walaupun time diorang perfome semuanyer pakat duduk.haha sebenarnya aku sempat ushar diorang main last song (damn-ed) dan biler aku bertanyer dan melihat myspace diorang ooo diorang main lagu lagu dari demo diorang iaitu ‘Oh Kasihku’.Korang leh dengar sendiri kat Myspace diorang sendiri.Dan sebelum tuh diorang memainkan lelagu cam ‘Tanpa Arah Tuju’, ‘Ke Manakah’ dan‘Terhenti’ hanya 4 lagu sahaja.Band nih sebenarnya dah wujud dari tahun 2006 lagi so terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Amy-vokal@guitar, Adli-2guitar, Amai-bassist, Mustaffa-drum. Info terbaru mengenai The Diamond nih diorang akan mengeluarkan ep mereka dalam bulan 6 so tunggu sahajalah…Pastikan sound yang terbaik.

Penantian agak lame Sang Editor menunggu untuk melihat Skatanix perfome maka inilah kali pertama dapat melihat mereka.Lame giler tak dengar citer pasal diorang nih.So akhirnya ketemu juga kita haha.Antara rilisan yang aku pernah ada mase Skatanixs tengah meletup era 2001 camtue nih mase 3 way split dengan Denigrate dari Port Dickson hardcore (ripp) ngan Heterodox. (zaman2 kaset lagi haha tapi split tuh entah maner ntah hilang-ed) Dengan alasan itu tergeraklah jiwa ini untuk melihat diorang dengan melihat lebih dekat.Ternyata aku puashati walaupun time tuh crowd still memalu atau tak ramai yang datang lagi.Maybe hujan lebat juga adalah salah satu sebab kot haha Ok Skatanixs yang recently datang dari Penang, Alor Setar, KL kini dengan line-up terbaru (yang perfome hari tuh-ed) adalah Ruhaifi-guitar/vox(line-up asal-ed), Arn-drummer, Akmal-guitar dan sape lagi aku tak kenal sori…Pertukaran line-up agak ketara maybe inilah satu2 nyer jalan bagi membolehkan Skatanixs untuk terus active dan boleh bermain dimana-mana show/event yang diundang.Dan hari tuh diorang memainkan lagu cam 'false emo’, ’Pressure’, ’Tough guy’ (cover from beastie boys) Siap tukar-tukar posisi lagi, ‘Bed Bug’, ’Never Look Back’ (cover from Ten Foot Pole), ‘Words’, ‘Linoleum’ (cover from Nofx) Dan terakhir sekali yang paling aku suke ialah ‘Skate Punks’.Dan sekarang nih Skatanixs menerima banyak undangan dan ini bermakner Skatanixs akan terus active dan nak tahu lagi pasal diorang nih leh la pegi ke page diorang.Antara kugiran punkrock yang paling lame berada dalam scene underground nih.

Ok band seterusnyer band ke-3 band Dazmelon yang datangnyer dari Ampang (bebudak Keramat nih-ed).Uikk hehe tapi aku tak pernah dengar pown pasal diorang ni.Patutlah aku nampak Achot Heterodox sekali ngan diorg haha.Barulah aku tahu pasal band nih hehe.Not bad sebab biler aku check balik singles lagu Dazmelon (kat myspace-ed) perghh best dowh (sound terbaik dan kualiti-ed) tapi tuh aa Dazmelon hanya promote dua lagu je.Memang layak pegi ke radio lelagu diorang nih.Tapi mase show hari tuh ermm memang tak ramai yang menyaksikan diorang.Maybe ramai kot yang tak tahu pasal diorang ni.Ape2 pon Dazmelon terdiri daripada 5 jejaka best iaitu Lee-vox, Piranas-bass/vox, Ayat-guitar, Ajim-guitar, Daniel-drum dan diorang memainkan lagu dari singles diorg iaitu’Tanda Soal’,’Kekasihku Curang’, ‘Harimau Malaya’, ‘Hilang’ dan‘Terbang’ .Antara indie band yang paling yang harus diberi tumpuan.

Sonic Star Radio Jamm adalah band yang seterusnyer.diorang start perfome dalam kul 4.35 ptg camtue.Band nih dari Kuantan (Kuantan Under The Sea-mesti ramai yang dah lupe kan-ed) Dah lame aku tak dengar atau tengok band2 dari Kuantan beraksi.Buat pertama kalinyer kot hehe dalam tahun ni.Serius aku memang agak kekurangan info dari band-band disana.Dan aku lak tak terpikir pon nak amik tahu sebabnyer semua band2 yang ada dahulu semuanyer dah lari ke KL kot atau dah banyak band2 dari sana dah ripp.Entah atau tidak aku tak tahu.(nenanti aa aku cari hehe-ed) Dan hari tuh diorang memainkan 4 buah lagu dari perviuos demo diorang iaitu ‘Paradigm of mind’, ’Suzy’,’Erin (without you I’m nothing)’dam‘Menos Grande .Memang grunge habis aa diorang nih dan ade jugak terselitnyer special effect yang didendangkan (cewahh-ed)

Ok band nih aku pelik dengan crowd diorang nih hehe.Tetiba jer meriah dan crowded biler Cannaris start nak perfome.Tapi slacknyer tetiba lak microphone problem dan mengambil masa yang agak lama dalam 15-20 minit (lebih kurang ler-ed) untuk soundcheck balik (ade masalah teknikal-ed).Band nih ade 2 orang vox maknenyer ade 6 orang line-up kesemuanyer haha dan diorg antara band yang paling meriah gegiler nyer kat situ hehe Ok band nih bermain dalam stail yang begitu teknikal sekali metalcore yg diselangselikan dengan unsur2 yang pelbagai cam grind, brutal, hardcore dan riff 2 yang asyik sekali dengan pengaruh paling besar yang datangnyer dari Lamb Of God dan korang judge aa sendiri hehe (agak unik sihhh-ed) tapi aku tak kenal sesangat diorg2 nih hehe.Dan hari tuh diorang memainkan dari promo demo (gegey music-ed) diorang iaitu ‘The Night Skies Turn Blue’, ‘Cape Winds’, ‘Pray For Silence’ dan ‘Transplant’. Memang rabak dan totally havoc aa time Cannaris perfome.Nak tahu lebih lanjut silalah ke myspace diorg. Apa-apa pon Cannaris harus diberi pujian dan diorang nih datangnya dari Kuala Terengganu.Pantai Timur rules!!!

Metalcore ala2 As I lay Dying hehe iaitu Better Than Her lak adalah band seterusnyer iaitu band ke-6.Band nih still baru lagi.Semuanyer masih student (belaja kat MMU tak silap aku-ed) dan muda-muda belaka lagi.Diorang siap bagi aku promo cd hehe.(thanks a lot guys-ed) Walaupun masih ada lagi kekurangan dalam ep diorang nih namum aku percaya mereka akan memperbaiki lagi susunan musik mereka di mase akan datang.Dan Better Than Her dianggotai oleh Hanif-voc, Berrie-drum, Ayman-bass, Amir-guitar dan Mukmin-2nd gitar.Dan hari tuh jugalah diorang memainkan lagu cam ‘To You’, ‘In Between Two Minds’, ‘An Enternity’, ‘Norma Jean’ dan ‘Plemphis Will Laid’. Cammaner pon mereka still lagi meng’entertain crowd2 yang sedia ada tuh haha Still lagi meriah gitu hehe...

Band seterusnyer nyer pon dari Kuantan gak, sebuah band alternative iaitu Monopose. Band nih aku tak pernah tengok apatah dikenali lagi dan sekali imbas musik mereka lebih kearah stail cam ala-ala Butterfingger (new-ed) sesikit terutama dari segi vocal dan musiknyer walaupun tak lah 100%.(lebih kurang jer-ed) Dan hari tuh aku agak kesian gak biler tengok diorang perfome.Tak ramai da orang yang dok berdiri kat stage.Sebelum band nih perfome punyerlah meriahh…Maybe crowd-crowd dah penat kot atau entah tak sudi kot dengan band camnih atau entah maybe orang tak beberapa kenal lagi kot band nih yang bisa sekali menghiburkan telinga dan jiwa aku.Hinggakan Syed hampir2 nak merajuk sebab crowd semua duduk.Aduss apa-apa pon korang sabor ajelah dan harituh diorang memainkan lagu cam’Kalutan’, ‘Begging’, ‘Freedome’dan ‘Fly’ dan diorang setel perfome dalam 6.45 petang lebih kurang.

Seterusnyer band yang paling aku gemari walaupun dah berapa kali dah aku tengok tengok diorang.Sebuah band straight edge hardcore terbaik dan terbest dari Port Klang yang dah tak perlu diperkenalkan lagi dah.Ramai yang dah tahu kemunculan band nih haha iaitu Second Combat.(dah tahap veteran aa diorang nih-ed)Dan harituh Ein cakap harituh diorang nak enjoy dan memperkenalkan tiap2 line-upnyer dari mane datang dan nak main sebuah intro ala2 dangdut dan tambah lagi intro sesikit dan teruskan lagu diorang yang pertama (Aku dah gelak dah haha-ed) iaitu ‘Striving to Ready You’,’This The reasons’,’Second Combat’,’You Wont Listen’,’Infidelity’ dan lagu favorite diorang yang terakhir iaitu ‘What Has Insprired Us’ Memang gerek giler dan crowded aa seperti biase begitu juga dengan band yang seterusnya...

...Iaitu Restraint from KL.Dah berapa kali dah aku tengok diorang dan aku masih ingat lagi ketika Restraint baru sahaja ditubuhkan dan 1st perfomance diorang mase tahun 2005 kat Paul Place. (demo pon takde lagi time tuh haha-ed).Memang takder sorang pon dok buat moshpit untuk diorang dan hari ini Restraint membuktikan komitment diorang untuk terus memeriahkan dan mengegarkan scene metalcore sehingga dikenali ramai dan setiap gig-gig sekarang mesti ada Restraint haha!!! (kalau takde mmg tak sah haha-ed) Ijam juga berterima kasih kepada mane-mane crowd yang still ade jiwa hardcore yang datang support diorang hari tuh.Dan seperti biase Restraint menyanyikan lagu-lagu favorite daripada rilis2 diorang iaitu ‘For One Truth’, ‘Pure From Blood’, ‘Restraint’, ‘No Spiritual Surrender’ (cover dari Insight Out) dan juga ’The Power Off ‘haha ape lagi crowded aa jugak walaupun tak semeriah yang disangka.(maklum lah gig campur-campur’haha)

Setel jer tengok Restraint maka berakhirlah gig rebiu nih.Terima kasih pada band-band yang memberi kerjasama untuk menjayakan liputan kat Disarm Fest ni walaupun tak lengkap hahaha dan sorilah kepada band-band yang aku tak sempat nak tengok korang namum diwaktu yang lain pastinya kita ketemu lagi...

P/s: Gambar-gambar nanti aku upload nanti.Sabar ya... :)

Kelam Kabut Fest



Kelam Kabut Fest/5 April 2008 /MCPA/RM15
Band slot
Crazeemates
Awanband
Pesawat
Meet Uncle Hussein
Komplot
Living Dead Kiss
Vixxen
Dashown
Restraint
The Otherside Ochestra
Flu
Motherland
Bottlecapt

Intro
Yearghh Kelam Kabut Fest menyaksikan bahawa sang editor (begitu juga dengan organizer-ed) telah bersungguh-sungguh membuat liputan menyeluruh tentang band2 dan juga event yang berlansung nih.Maka disinilah R.E zine akan memberitahu pada scenister dan juga para pembaca tentang apa yang telah berlaku huhuhu dan memang menarik.Pelbagai genre dan jenis musik yang ada pada event nih(bezanya musik metal sahaja yang takde-ed).Crowd2 lak (pengunjung) tak usah cerita lah, mule2 je tak ramai hehe (baca sampai habis yer-ed).Band2 yang dipertaruhkan oleh organizer iaitu Tikusrock Community bukan calang2 hehe.Semuanyer menarik-menarik belaka.(gig campur-campur nih-ed)Tak lupe juga ade satu band baru iaitu Crazeemates yang datangnyer dari Ipoh.Lame pown tak lame sangat but inilah kali pertama Crazeemates perfome kat ibukota nih.Tak lupe juga kugiran Lunchbox tak dapat hadir untuk Kelam Kabut Fest sebab gitaris die ade hal yang tak dapat nak dielakkan.Tapi takpe Lunchbox akan ku tengok diorang mase kat JB nanti…

Ok gig kali nih R.E zine mempunyai access sepenuhnyer memandangkan R.E zine ade tag media/zine (pertama kalinyer huhuhu-ed).So kesemuanyer band-band yang bermain pada event nih haha sang editor ganggu/ tanye2 dan berkenal-kenalan haha…Tapi apa-apa pown sebelum kite pergi lebih jauh tentang gig rebiu nih harapnyer segala silap dan salah sorilah ye ini yang paling terbaik dimana sang editor focus 100% pada event dan juga band.Memang dok kat tepi stage sajalah sepanjang event tuh berlansung.Tak lupe juga cik mc kite yang kewl giler tapi agak nervous sesikit hehe iaitu cik Aishah.Dan tak lupe juga ada satu band yang paling dirindui oleh scenister (atau oleh sang editor nih sorang aje kot haha-ed) iaitu Motherland hehe dan ini special comeback diorang dan pertama kali Motherland perfome pada tahun 2008 nih…Tak lupe juga band Flu yang seangkatan dengan diorang.Memang lame giler siot tak dengar/tengok diorang perfome hehe…(banyak lah ko punyer x lupe hehe-ed)

Let’s the show begin…

Ok sebelum Crazeemates start nak perfome.Aku sempat lagi borak2 dengan organizer pastue tengok Awanband soundcheck.Label clothing-clothing time tuh memang datang agak awal dan telah pun memulakan urusniaga diorang (atau aku yang datang lewat-ed) cam Muart, Bima clothing, Curiga clothing, Neverdeless clothing dan Halusinasik. Memang cantek aa design2 baju dan produk diorang.Nak beli tapi kewangan manjadi soal la pulak haha cume bahan bacaan sahaja yang aku tak jumpe.Ermm…Bab sekuriti memang tip top.memang ramai aa abang2 guard yang jaga sepanjang nak ke ruang dalam hall tuh…Erm satu permulaan yang bagus dan apa-apa pun kite teruskan dengan opening band kite iaitu Crazeemates dan bermula lah acara nih dalam pukul 2.33 pm.

Tak banyak yang aku leh rebiu pasal Crazeemates nih memandangkan band nih baru je tahun nih muncul dengan line-up baru dan active.Tapi hari tuh diorang ada memainkan lagu cover dari kugiran The Pilgrims dan tak tahu lah pulak ape tajuknyer.Aku paling suker lagu diorang yang ala-ala vocal cam Kurt Cobain iaitu Let’s Jammed (tapi untuk part chorus sahaja-ed).Sebijik gak aa.Tapi time tuh crowd wat tak tahu jer.Maybe diorang tak banyak sangat berinteraksi dengan crowd just bagitahu name band sahaja dan tajuk lagu.Atau diorang nih masih malu-malu.Apa-apa pon mereka boleh dihubungi disini jika ingin tahu lebih lanjut pasal diorang yang sediakan di bawah..

Band ke-2 Awanband yang dah sememangnyer ditunggu oleh crowd2 (fans-ed) yang dah sedia menanti.Memang perfomence diorang cukup tak mengecewakan.Apalagi crowd terus berdansa aa…Ini kali ke-2 aku tengok diorang dan hari tuh diorang terpakse bermain lebih daripada 5 buah lagu sebab selepas Awanband sepatutnyer band Komplot tapi line-up nyer tak sampai lagi…timbalbalik2 pihak organizer terpakse menukar slot Komplot dengan band Pesawat (tapi Pesawat lak tak cukup line-up-ed).So terpakse aa Awanband perfome lagi Dan hari tuh Awanband memainkan lagu ‘Melangkah Demo’, ‘Belengu’, ‘I want To Know You’, ‘Melayang’, ‘Dance With You’ tambah lagi 3 buah lagu lagu baru wow tapi tak pasti aa tajuk lagu baru dan bestnyer diorang memainkan lagu cover dari kugiran The Police iaitu ‘Message In A Bottle’ cukup best aa Awanband meng’entertain suasana.Dan diorang nampak cam tak letih jer main 9 buah lagu straight. Bayangkan hehe…Syabas buat Awanband

Sementara menunggu Pesawat soundcheck, slot selepas nih yang aku dapat tahu dari cik mc kite pasnih Meet Uncle Hussein nyer slot wauu…lagi best asyik2 tengok diorg kat tv, kat youtube jer hehe kali nih tengok diorang secara live hehe (aku tak pernah tengok diorang lagi nih-ed) Tapi apa-apa pown kite ke band Pesawat dahulu yang datangnyer dari Ampang Hilir dan aku tak pernah pown tahu kelibat diorang dalam scene indie nih.Owhh rupe-rupe nyer Jipie (vocal/guitar) merupakan salah seorang sesionnist untuk Meet Uncle Hussein untuk posisi keyboard.Menarik sekali dan hari itu diorang memainkan lagu-lagu hits diorang yang aku dengar kat mypsace (upcoming ep dan demo 2007-ed) diorang iaitu ‘Modula Oblongata’, ’Kau Cintaku’, ‘Hitam’, Message In A Bottle (cover song from The Police) uikk Pesawat memainkan lagu cover yang sama ngan Awanband hahaha!!! Waktu tu jam dah kul 4.06 ptg dan Pesawat memainkan lagu terakhir iaitu mmg agak hit’s sekali iaitu ‘mirage’ sebagai penutup slot.

Seterusnyer band yang paling ditunggu-tunggu sekali iaitu Meet Uncle Hussein yang dah tak perlu diperkenalkan lagi.Hall tuh dah jadi penuh sesak Bayangkan hanya tinggal suku sahaja ruang kosong kat belakang.Punyer lah ramai crowd yang nak tengok diorang nih.Dan lagu 1st diorang Meet Uncle Hussein menyanyikan lelagu yang diambil dari opening song theme (drama ‘Kami’) iaitu ‘La la la Kerjala’ ermm crowd dah sing along.Pastue lagu ‘Pari-pari dibawah’ dan lagu seterusnyer lagu yang cukup buat crowd demam (cam aku-ed) iaitu lagu ‘Lagu Untukmu’ pastue biler ‘Milk In The Bottle’ jer dah Jipie dari band Pesawat join untuk posisi keyboard.dan lagu terakhir ‘Pura-pura’ Cukup best dan Meet Uncle Hussein tengah nak keluarkan full album so ramai-ramai kite tunggu.Last rilis yang diorang ade iaitu yang 1st nyer ep iaitu 7tahun 3bulan 90 hari.Dan diorang agak rushing gak kerana keesokkan harinyer diorang terpakse pergi ke Melaka untuk memenuhi undangan dari saner.(antara indie band yang paling popular sekali-ed)

Jam aku menunjukkan dah pukul 4.43 ptg dan Tiba giliran Komplot (disko indie band) untuk mengambil alih pentas.Wahh kugiran Komplot ni pun 1st time gak aku tengok dan aku dah terasa betapa aura ke’best’an melihat band komplot tuh beraksi.Memang ramai jugak Komplotan2 yang datang termasuk aa aku sekali hehe dan dan permulaan yang pertama mereka membawa lagu ‘Disko Tanpa Risiko’ (tapi sebelum tuh ade intro-ed) tapi malangnyer microphone menjadi masalah selepas habis jer lagu pertama.Maknanyer mereka terpakse menunggu lebih kurang dalam 15-20 minit (lebih kurang-ed) Tapi aku cukup respect Komplotan2 yang sabar menunggu dan tak buat kecoh2 pun memandangkan masalah nih hanyalah kesilapan teknikal.Selepas microphone siap direpair maka acara Komplot bermula dengan dengan lagu ‘Enter The Cosmo’(lagu nih pasal global warming nih-ed) tapi time nih crowd just joget jer dan seterusnya lagu diorang yang paling hits diambil dari 1st ep diorang iaitu ‘Konflik Metropolitan’ apalagi satu dewan aa sing alone hehe dan biler Zac ckp itu lagu terakhir jer crowd dah jerit-jerit mintak satu lagi lagu.Ermm apalagi diorang terus menyanyikan lagu ‘Norza Zain’ sebagai lagu penutup.Memang crowd semua puashati termasuk aa aku sekali.Pesan Zac kepada crowd ‘Janganlah kita berkomplot sesame kita’(hahaha-ed) Komplot rules!!!

Seterusnyer genre metalcore iaitu Living Dead Kiss pulak mengambil alih pentas yang datangnyer dari Ipoh.Dan jam aku menunjukkan dah 5.50.Tak dapat yang aku leh rebiu pasal band nih sebab hari tuh diorang menyanyikan lagu baru.Lagu 1st diorang ialah For ‘A Second Emotion’ dan crowd time tuh tinggal sekerat jer yang tengok diorang.Lagu ke-2 pulak lagu baru iaitu ‘Dear Daughter’ (kalau tak silap aku-ed) dan lagu ke-3 pulak ade satu lagu cover dari I Kill A Prom Queen iaitu ‘Say Goodbye’(wau dashyat!!!-ed) Tapi ada sedikit ke’kantui’an sikit yang diorang sendiri akui yang diorang agak jarang berlatih dan dua lagi lagu yang aku tak beberapa pasti apakah judulnyer.Apa-apa pon diorang still lagi dalam proses untuk menghasilkan rilis terbaru (tak pasti aa biler keluar-ed) dan mereka terdiri dari Amy-voc, Farit-guitar, Chen En-guitar, Ien-bass dan Ajim-Drum.

Dan seterusnyer band punkrock jelamaan Xray Spex iaitu Vixxen yang datangnya dari KL.Tak banyak yang aku tahu pon pasal Vixxen nih cume yang aku cam sesangat ialah Colyn daripada ex-Hellsister , ex-Devildolls.(1st time siot aku tengok Vixxen-ed).Jam time tuh dah kul 6.20 ptg.Lagu 1st jer Vixxen memainkan lagu cover daripada Sex Pistol iaitu ‘Pretty Vaccant’, Lagu ke-2 pula lagu cover dari kugiran The Exploited-‘Sid Vicious was Innocent’ ngan ke-3 Stupid System.Pastue lagu yang diambil dari first ep Vixxen “for The Punks iaitu ‘Everything Ok’,’No Feeling’ (cover from Sex Pistol) ‘Runaway’ dan banyak aa lagi lagu-lagu cover/sendiri yang aku tak dapat nak pastikan. Sori…Ok Vixxen terdiri dari Colyn, Ah Hong, Daim dan Ateh…band nih menurut kata Colyn hari itu band nih baru jer setahun ditubuhkan tetapi mereka (line-up yg lain-ed)nih dia dah pon gang/berkawan hampir 10 tahun.Masa yang cukup lama tuh.Apa-apa pown diorang memang cukup meng’entertain’/ memeriahkan suasana dan mereka pon tak kisah dengan apa jua kata-kata masyarakat/ scenenister mengenai diorang nih (dress-up/idealogi dsb) dan terpulanglah pada korang untuk menentukannya.Apa-apa pon dapatkan ep terbaru diorang yang berharga rm10 ‘For The Punks’ yang baru sahaja diriliskan dalam bulan lepas.Info selanjutnya mengenai Vixxen just check kat list yang disediakan dibawah.

Kugiran seterusnya dari Bandar Klang iaitu Dashown mengambil alih pentas.Jam aku time tuh menunjukkan dah kul 6.55 ptg.Band paling veteran sekali dan diorang dah wujud sejak tahun 1994 dan tahun nih adalah pertama kali aku melihat Dashown beraksi.Terubat jugaklah rindu aku nih hehe lebih-lebih lagi aku baru jer dapat ep terbaru Dashown ‘Vengeance Is Mine And I Shall Repay’ yang telah dirilis pada tahun lepas.Cukup terbaik sekali sound dan melihatkan Dashown perfome secara live.Serius tak menghampakan walaupun ade sikit jer ke’kantui’an hehe…Ok Dashown hanya membawa 4 buah lagu jer hari tu iaitu ‘True Till Death Loyal To Grave’, ‘My Dreams Forgotten Never Spoke’,’A Sweet Depticiuos Of Beauty And Despair’, dan Last song Dashown sebagai penutup ialah ‘Strive To Acceptance’.Kugiran metalcore/tipikal yang cukup tight sekali dan paling terbaik selain Cassandra.Acuan metal dan hardcore yang paling best.

Habis Jer Dashown nyer slot dalam kul 7.19 ptg. Crowd diminta berehat untuk menghormati waktu Maghrib.Dan show bersambung selepas kul 7.45 ptg.So aku n gang pon pegi aa berehat jap pekena burger ngan air coke kat luar blablaboleh borak2 ngan nyonya kat bawah tuhblabla pastue band seterusnyer ialah Restraint.Naik-naik jer aku dah miss 2 buah lagu Restraint.Dan pastue lak posisi Apek (drum) telah diganti oleh saudara Hakim (ex-Pickcell, ex Infireal) Apek time tuh g kursus.(aku tak tahu lah kursus ape?-ed) Aku masuk time Restraint nak perfome lagu ke-3 iaitu ‘Pure Form Blood’, (time tu lak ramai hardcore kid masuk lambat gak haha-ed) Bak kata Ijam “tuh aa sape suruh naik lambat”.(dah miss hehe-ed) Lagu ke-4 ’Until The End’ dan akhir sekali ‘Restraint’. Sing alone dan mosh/kickboxing aa bebudak ni walaupun terasa sekejap.Cam tak puas je.Hehe (Takpe esoknyer Restraint akan perfome untuk gig ‘There Was A Hard Impact’ anjuran dari Andamedia)

Seterusnya band yang membawa stail disko tapi penuh dengan element experimental/ electro dan danceable iaitu The Otherside Orchestra yang datangnya dari KL. Genre musik terbaru untuk tahun 2008 dan ini pon pertama kali gak aku melihat diorang perfome.Seperti biase diorang dah setup disco/strobe lights sebagai set performance diorang.Itu yang crowd makin menjadi-jadi tu.Semuanya berjoget, dah macam pegi disko la pulak hahaha Serius aku dah jatuh cinta dengan band ni termasuk aa sekali dengan vokalis die cik Izwin.(aku siap mintak autograph lagi tu hehe-ed) Ok berbalik pada showmanship.The Otherside Orchestra telah membawa lagu-lagu yang dipetik dari album pertama ‘Electromancetacy’ yang dirilis tahun disember tahun lepas iaitu ‘The Orchestra Has Just Arrived’, ‘In Certain Circumstances’,‘Eksperimentasi Elektro Cinta’, ’Irresolution Kills’, ‘Posessive’, ‘Eternal Punishment’ dan lagu terakhir diorang ialah sebuah lagu baru yang belum ade title lagi.Ni yang aku nak tengok show diorang lagi nih.hehe…(jam aku time dah kul 8.45)

Seterusnya sebuah band grunge yang paling popular era 2000 iaitu (dan sekarang nih still lagi popular lagi kot haha) iaitu Flu dari Bukit Bintang( BB Noise)..Last show diorang yang aku pergi time tahun 2000-2003 (somewhere) mase kat Bukit Bintang Mase itu BB port yang paling meletup dan paling best untuk hang-out bersama kengkawan hehe.Kirenya tahun ni 1st time aa aku tengok diorang balik dan spirit grunge tuh kembali yeahh...Sehingga sekarang Flu masih lagi mengekalkan line-up diorang iaitu Ag-vox/guitar, Pitong-bass, Fendi-2nd gitar dan Alang-drummer.Ok berbalik pada show.Flu a.k.a Fugue Liberalize Underground start dalam kul 9.00 dan diorang memainkan baru untuk upcoming ep diorang iaitu ‘In Patient’, ‘Invades The Wannabes’, ‘1 To 10’, ‘Punkrock Asshole’ dan last song diorang yang paling suka sekali ialah Rumagges yang dipetik dari 1st demo diorang iaitu ‘The Beginning’ (versi kaset lagi time tuh-ed) Walaupun time tuh takde crowd yang nak berdansa/pogo tapi pefomance diorang cukup best dan bertenaga.Cuma crowd sahaja yang masing-masing dah lesu.Apa-apa pon Flu masih lagi berbisa untuk memeriahkan scene grunge yang semakin tenggelam timbul ni.Slot diorang habis dalam kul 9.40 pm.

Seterusnya (band 2nd last) Motherland yang seangkatan dengan Flu jugak.Band lama jugak nih dan hari ini adalah special comeback diorang.Punyerlah lama diorang menghilangkan diri hampir 3 tahun.Sehingga kini line-up Motherland masih lagi kekal dan masih lagi menggunakan konsep genre/stail yang sama.Cume drummer je yang berubah.Lebih-lebih lagi biler Zarul-voc/3rd guitar cuba mengenang kembali zaman2 Seattle Sound (Seattle Wangsa hehe-ed).Siap ada sesi soal jawap lagi tu dengan crowd hahaha… Disamping itu juga Zarul sempat memperkenalkan line-up Motherland yang lain cam R-Rai-1st guitar, Atukz-2nd gitar, Rizal-bass dan drummer baru iaitu Mimie dari kugiran Nadia Picture Shows. Zarul sebelum nih pernah bermain dengan Abstrak Hingga Ke Bulan (side band-ed) dan juga kugiran D-va.(sekarang dah tak lagi-ed).Banyak aa side-band yang dibikin datang dari line-up Motherland.Tak lupe juga Atukz yang bermain untuk kugiran MUZE (Man Under Zero Effort dan ade lagi band x silap aku hehe-ed) Berbalik pada perfomence Motherland.Hari tu Motherland membawakan lagu-lagu baru dan lama iaitu ‘Desire’, ‘Never Ending Story’, ‘Zero’,’Seave The Servant’(cover dari Pearl Jamm tak silap aku aa -ed), ‘Fill On Like This’, ‘Cudrow’ dan akhir sekali lagu yang dipetik dari split album Twinned dan paling disukai ramai iaitu ‘Charcoal’.(cume crowd aje taknak dance disaat-saat akhir nih aduss-ed) Motherland kini sedang bergerak active untuk memeriahkan scene dan juga sedang memenuhi undangan untuk mana-mana gig yang dijemput.Motherland Rocks!!!

Akhirnya kemuncak acara pun tiba.Maka tibalah masanya Bottlecapt untuk mengakhiri show Kelam Kabut Fest.Diorang masih lagi mencari vokalis wanita.So wanita2 yang kat luar sana rasa2 kalau ade bakat boleh aa test audition untuk untuk Bottlecapt ni.Namun hari itu Bottlecapt telah mengudang khidmat Yaya dari kugiran Statik Emily.Lama dah aku tak dengar pasal Statik Emily nih.Ok berbalik pada show Bottlecapt (ala-ala Candy ni-ed).Bottlecapt telah membawa lagu-lagu hit’s yang korang boleh dengar kat myspace diorang sendiri atau untuk upcoming ep diorang iaitu ‘Take It Off’, (starting instrumental/intro), ‘Celebrity Skin’,’Just Like Every Guys I Know’,’Hot Night Crash’, ‘Ilusi’, dan last song yang paling disukai ramai iaitu ‘Kerana Dia’.Cukup puas hati walaupun drummer die Adeq agak kantui2 sikit.Apa-apa pon syabas buat Bottlecapt dan aku nak tengok diorang nih lagi kat upcoming show Bottlecapt kat event Supernova (31May) nanti.Be there ok…

Kesimpulan daripada apa yang berlaku apa hari itu ternyata amat menyeronokkan.Tiap-tiap band yang beraksi walaupun ade yang cam tak puas hati ke pada waktu itu harap sama-samalah kite memahaminya atau senang cerita kite bermaaf-memaafkan la ye hehe.Mahu pihak organizer mahupun pihak band apa yang dirancang tidaklah seperti yang kita, kamu atau diorang mahukan namun harapnya dapatlah diperbaiki nanti di masa akan datang.Ternyata masing-masing happy di waktu itu dan moga apa yang keluar dalam liputan ini maaflah kalau ada silap dan salah ye…peace

Kredit thanks to and higher salute to all the band and the organizer especially to Along and all other Tikus2rock yang lain…

http://www.myspace.com/tikusrockcommunity
http://www.myspace.com/awanberaraklalu
http://www.myspace.com/komplotan
http://www.myspace.com/dashown
http://www.myspace.com/meetunclehussain
http://www.myspace.com/vixxenkl
http://www.myspace.com/flufellow
http://www.myspace.com/bottlecapt
http://www.myspace.com/theothersideorchestra
http://www.myspace.com/crazeemates
http://www.myspace.com/pesawat
http://www.myspace.com/livingdeadkiss
http://www.myspace.com/restrainthc

Tuesday, April 8, 2008

‘Menjadikan ‘Underground’ bukan sekadar musik semata-mata’

10.50
02 mac 2008


Pergerakan DIY secara umumnya tak kira samada metal, punk, grunge dan sebagainya memang tidak lari daripada gig-gignya.Dewasa nih kebanjiran band-band/ atau kugiran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.(bukan hujan yang un'feymes' tu-ed) Bukan pada ketika ini sahaja malah beberapa tahun lepas pun kebanjiran band atau kugiran DIY hampir sama banyaknya dengan pendatang tanpa izin PATI hahaha!!! (aku gurau je-ed) dah tak terkira banyaknya band sampai aku yang baru stat active balik nih dah semakin ketinggalan jauh untuk mengikuti perkembangan diorang nih (scene DIY kita nih) Dah banyak band yang aku dah tak tahu hmm…Maka perlahan-lahan lah aku cuba mengikuti perkembangan diorang atas dasar DIY dan juga kerana Re zine nih.Cuma yang aku kesal sekali ialah kekurangan bahan bacaan buatan DIY.Mane pegi pembikin zine tuh semua…(namun aku percaya diorang ni still ade lagi-ed)

Atas kebanjiran band atau kugiran DIY ni maka bercanak-canaklah gig yang kerap dianjurkan.Malah hampir setiap minggu sahaja pasti ada 2 atau 3 event berjalan secara serentak di ibukota ni.Hebat bukan…Maka seronok sakan lah diorang kat situ.Boleh bercanda, berdansa, berkumpul sesame komuniti, malah boleh bermoshing-moshing atau men’kick boxing perut kengkawan sendiri haha!!! Namun harus diingat tujuan gig yang dianjurkan bukan setakat itu aje malah ianya lebih daripada itu…Kenapa ye??

Tujuan gig-gig yang dianjurkan seperti yang dinyatakan diatas tadi secara umumnya gig ni ianya boleh dijadikan tempat untuk kita mengenali sesame komuniti yang lain, selain itu ianya boleh juga dijadikan tempat untuk menambah kenalan ataupun nak tunjuk hebat (haha-ed) Kita juga boleh menambah pengetahuan kita dengan bertukar-tukar pasangan.ehh silap bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu perkara yang melibatkan scene DIY nie.Malah bukan setakat itu aje kita juga boleh meyelesaikan masalah yang timbul (cthnya kat myspace tuh bukan semuanya tu betul hehe cam aku jugak-ed) Maka dengan adanya gig ni bolehlah kita mengeratkan kembali silaturrahim kita sesame umat nih…(alah sedangkan lidah lagi tergigit kan-ed) Malah sekiranya kita ni bijak kita boleh merancang sesuatu aktiviti bersama-sama dalam komuniti contohnya pegi mandi sungai beramai-ramai ke atau bermain polis sentri (mampuih orang tak bace artikel ko ni-ed) Ok2 aku serius…Dan yang paling best sekali bila ada kat gig ni kita boleh dapatkan stuff-stuff menarik.Ini kerana kat gig ini sahajalah yang kita boleh membeli secara cash berbanding kalau korang ni sanggup menunggu biler memesan/order stuff secara mail’ ni (aku tak sanggup tapi dah terpaksa haha-ed) Tak pun pegi aje kedai2 yang menjual stuff-stuff DIY ni.Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini maka dengan bijaknya kita taklah hanya membuang masa begitu aje…Banyak faedahnya bukan…

Tema dalam sesuatu gig
Sukanya aku nak nyatakan disini yang paling menarik perhatian aku ialah gig-gig yang dianjurkan mempunyai tema yang tersendiri.Ditambah pula dengan kehebatan visual daripada flyer2 yang cantik.Ia boleh membuatkan pengunjung berbuak-buak hatinya (cam aku-ed) untuk pergi menghadirinya.Tambahan pula di zaman yang canggih ni flyers (bercetak) masih lagi relevan untuk digunakan walhal kat alam surfing ni (internet-ed) bersepah-sepah individu/band/distro/label mempromosikan sesama sendiri contohnya dalam myspace.(Semuanya dah tahu da-ed) Ok kembali ke tema sesuatu gig…Ada yang tema yang berbentuk positive atau atau kalau difikirkan cam ntah hapa-hapa je tapi itulah yang best.(bagi aku kot-ed) Namun apa yang aku pelik bila tema sesebuah gig sering kali diabaikan malah ada kengkadang tuh macam takde je…dan ianya berakhir sebagai hiburan sahaje semata-mata pastue habis je dan balik…Mungkin tema hanyalah sekadar nama atau perkataan untuk memancing pengunjung di atas helaian flyers.Rasa cam rugi atau cam rasa tertipu sebab kerana tema-tema mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh organizer atau mungkin ada aktiviti selain melihat kugiran DIY beraksi.Manalah tahu cam ada aktiviti makan nasi lemak secara terbalik ke atau mengadakan mogok lapar ke atau whateverlah janji tema-tema yang dicanangkan itu digunakan sebaik mungkin kerana ianya boleh mendatangkan impaks yang lebih besar jika sekiranya diperluaskan penggunaannya.Bukankah itu lebih menarik!!!Mungkin pengunjung akan lebih terhibur atau adalah sesuatu yang bisa tak merugikan wang kocek aja semata-mata.

Untuk itu ingin aku sampaikan disini atau memberi cadangan supaya gig-gig yang bertema nih haruslah memberi penekanan sedikit terhadapnya.Mungkin MC atau hos acara itu boleh memberi sedikit info atau ucapan dicelah-celah band ataupun band-band nih pun memberi kerjasama untuk menerangkan tema ini bersama agar pengunjung yang hadir sama memahami isi kandungan tema tu atau kalau korang’ dah malas sangat buat aje risalah dan berikan sahaja pada pengunjung seperti memberikannya di pintu masuk dan menerangkan serba sedikit tentang tema yang dianjurkan dan dan pada waktu itu terpulanglah kepada pengunjung tuh nak paham atau tak haha!!!

Dan secara umumnya sekali lagi yang ingin aku sampaikan disini agar gig-gig (bertema)yang dianjurkan dimana-mana tempat sekalipun agar tidak menganggapnya sebagai hiburan atau musik semata-mata tetapi ianya lebih kepada itu.Tiada gig2 nih tak ubahlah seperti kite pegi pub, hard rock cafe dan sebagainya. Dan diharap korang memahami apa yang aku disampaikan dan ingat ‘Hiburan yang tiada perjuangan adalah membosankan’!!!

Text by ambu…
04 Mac 2008
4.24 am

(taken from Re zine newsletter #1 2008)


Monday, March 31, 2008

The Indienation Festivel Global Gathering



The Indienation Festivel Global Gathering/9 mac/2008/MCPA/rm20/Vain Music


1,The Od 2,Sugarbum 3,Y2K 4,Manis 5,Rabiyas 6,Gray 7,Kids n Xera 8,Awanband
9,Spritz!!! 10,Half Asleep 11,Bunkface 12,Decma n The Could Have Been 13,Couple
14,OAG 15,Meet Uncle Hussein 16,Bittersweet



Hai semua dan assalamuaikum…Ok ingat tak gig nih lagi…haha best aa korang kan tak payah pegi beli zine just baca kat sini je…tapi thanks aa kepada sesiapa yang sudi jemput aku pegi ke gig tuh…


Oraitt aku sampai dalam kul 2 lebih memang dah aku agak mesti tengah meriah. Ramainye masya alah…ana punyer unta la tahu…berderet-deret orang datang tapi still tak leh celen gig yg berlangsung 24 febuari 2 minggu lepas.(it’s gig dude)Tapi boleh lah cucuk angin dari belakang2 hehe…Ok sesampai je aku kat sana…haha ade kengkawan aku setia menanti cam Cikin,Ameer dan sesiapa aa yang kenal aku tadi atau yang baru je berkenalan few minute ago korang memang best a hingga mejilat kaki…haha
Pas setel je mengedar flyers-flyers kat sekeliling MCPA dan sekali ngan kat sebelah tokong cina kat seberang tuh (aku gurau je-ed) Ape lagi aku terus aje buat liputan manakala lak ckin keje dia tukang hamik gambar je…Selesai bayar duit tiket apelagi terus aa aku pegi naik dan alhamdullilah wau…belum start lagi.So daripada slot gig yang aku pada akhirnya menjelaskan segala tanda tanya sebab aku hanya berbekalkan MP3 untuk record segala apa yang aku cakap,lihat dan dengar dan segala2nya telah direkord untuk tujuan rebiu gig nih…Tapi aku pun manusia biase gak yang tak lari dari buat kesilapan so awal2 aku mintak maaf sebab tak kesemuanyer band2 nih aku tengok…Giler lebam siot dari kul 2 sampai kul 12 mlm baru habis.Dan aku nak mintak maaf kalau ada silap dan salah fakta dalam episode rebiu gig…Peace babeh J *Dan lagi satu Rebiu ini hanyalah ringkasan sahaja kalau nak full version hehe korang belilah Re zine 2nd issue yang hanya khas untuk Undergrounder sahaja dan bukan untuk kanak-kanak dan orang awam.Dan kali nih aku nak buat lain sikit nyer rebiu… hehe :)

The OD Aka (The Overdose)/Subang Rock n Roll/Heavy Metal
Ok kita mulakan dengan band pertama iaitu The Od atau dikenali sebagai The Overdose (mmg overdose aa crowd) aku kat belakang dah muntah darah dah melihat kesesakan/kepadatan crowd yang bermoshing kat tengah tapi masih tak 100 % pack.Nasib baik aku dok belakang haha mmg port tak sesuai kot tapi kerana aku dok kat belakang ni lah aku leh buat record bercakap-cakap cam orang gila haha…aargghhh aku peduli apa…hehe senang kata The Od memang best tahap tak ingat dunia haha….Memang rabak.sebab dah pukul 2.46 baru diorang start dengan intro song diorang lagu instrumental bagi opening untuk gig nih.Mmg giler best dan aku tahu yang kat luar yg tgk band nih pon cakap best jugak haha memang stail mat saleh nyer music The Od nih.So aku nak ringkaskan kat sini diorang main lagu:
1"COME ON, LET'S GO!"
2"WILD CHILD"
3"CONSPIRACY"
4"PLASTIC GANGSTER"
5"DANCE FEVER"

Dari lagu pertama sampai ke-5 The Od diorang memang rock n roll habis.Biler bertanyakan tentang influence The OD hmm sampai besok pagi kot tak habis bak kata voc The OD miss Diana (nak ngorat leh-ed) diorang cukup berpuashati ngan performance,crowd yang dance sampai ape yang miss Diana bebelkan kat stage tuh aku tak tahu…Maybe takut ada barang pecah ke sebab yerlah dah crowd pun terlebih2 moshing haha dan yang lagi best biler miss Diana memperkenalkan tiap2 line-upnyer…So mmg diorang pandai entertain crowd yang hadir dan aku pun seronok haha…*

Sugarbum/Cyberjaya indie pop rock
Ok band kedua lak Sugarbum dari MMU cyberjaya.ha lagi best…Dengan berinflunce kan Weezer,Artic Monkey,OAG, Bloc party dan sebagainya diorang nih memang sempoi habis.Tapi disebabkan time tuh dah semakin pack!!! Sampai aku terasa bahang gegiler sangat so aku dengar aje lah kat belakang.Tapi crowd Sugarbum memang best giler.Siap sing alone lagi memang meriah.Musik diorang memang rancak dan yang paling best sekali diorang ada bagi free cd dan aku tak pasti orang (crowd) beratur ke ape ke nak cd tuh haha so sesiape yang bertuah tetap bertuah sebab dapat cd free tuh.jeles tul aku haha Ok aku nak ringkaskan kat sini diorang main lagu…:
1-“ALL I WANT”
2-“DI KALA MALAM”
3-“OFF FOCUS”
4- “DAN KAU”

5-plus satu lagu cover dr Bloc party berjudul Banquet..
Dan biler bertanyerkan pasal status diorang ooo diorang nih still lagi study kat MMU dah tengah nak setelkan degree diorang huhu bagus2…keep on good work guys!!!

Band ke-3 lak Y2K (disebabkan diorang nih special sikit maka rebiu Y2k akan ke Re zine 2nd rilis nanti…)

Pastue kita melompat ke Band ke 4 lak iaitu Manis

Manis/Sungai Buloh universal punk
Haha…Aku nak rebiu nih band tapi disebabkan diorang manis dan sangat2 la manis (fuhh leh kena kencing manis nih) Aku bagi Manis cakap kat dalam nih…
Yer kami band no5 (no4 aa korang-ed) MANIS ok.. sayer khalid bdk2 pggl lid/lead tukang cipta manis nie....manis nie ditubuhkan 05.06.07 . Mula2 utk jaming dgn kwn2 apy2 je.. tp bile diminta bermain disana sini sayer rase nak cube majukan tanah air kita.. support local music itu yg paling penting da sampai kan msg2 pade sme bahawa biar kite gune bahase lain utk perantaraan tp bahasa melayu tetap dahati dat y sayer bg nama band MANIS sbb kite org malaysia sme manis2.. budi bahasa budaya kita akakakkaka.(ehh budak nih-ed). ..sorry yer jarang online...kami baru lg salah silap tolong tunjuk ajar genre kiteorg ialah UNIVERSAL PUNK ... Basic PUNK n universal maknenye kiteorg nye lagu berbagai punk...(aku no komen-ed) Indie punk, screamo punk,Emo punk, punk rock.... kiteorg bawak 4 lagu..
1. Empty Promises = Emo punk
2. Malam = Indie Punk
3. Keranamu Hati Ku Malaysia = Pop punk
4. Enought = Screamo punk


P/s:Amacam manis tak? :)

Band seterusnya Rabiyas

Rabiyas/Melakaraya Progresive Indie
Band Rabiyas main no 5 dat day. Dieorg yg datang dari Melaka nie sangat2 lah compident di atas pentas.. Memperkenalkan dri dan xlupe jugak bgitau yg dieorg nyer cd ade jual kt kaunter tiker bawah sane. Aku pun xsempat nk beli… adoi.. mmg lagu dieorg best aku xtipu ok.. aku siap wt rakaman peribadi lagi sbb nanti nk tgk banyak2 kali.. hahaha… Suare voc die mmg best, n crowd compom2 menggila mse nie kan..
Dieorg nie bawak music indie rock, pop tetapi lebih kepada progressive indie.. itulah kte band nie mase aku tanyer detail.. dieog bawak 5 lagu dat day
1. Hilang rasa2.Who like
3.Konflik Irama
4.Win win
5.Kejam

Ape2pun band Rabiyas nie bagi aku leh pegi jauhh… dieorg pun banyak up coming gig..
Kalu minat nk dgr lagu n tau lebih lanjut pasai dieorg nie leh berkunjung ke myspace dieorg.

Band ke 6 pulak adalah Gray

Gray
Band Gray nie ade voc yg sangat2 energetik. Lompat2 n sgt2 friendly orang nyer.
Aku suke dieorg nyer stail, nyanyik pun best. Lagu2 dieorg nie sumer leh wt orang nari2 n ade satu lagu aje yg slow tp part korus still leh wt crowd mengile lah dat day. Aku tgk sume band sgt2 berpuas ati ngan crowd yang sporting n layan sumer band. Aku dh penah tgk dh band nie perform n ni kali ke2 lah aku tgk. Si Dasyriq voc Gray pun lupe diri lah time perform ari tue aku tgk. Haha… memang best n aku pun mengambil kesempatan untuk layan n joget2 dgr lagu dieorg nie.
Dieorg bawak 5 lagu yang bertajuk
1.Girang
2.Penggodam
3.Lepaskan diriku ( cover j-rock)
4.Hati mati
5.Kau telah pergi


Band seterusnye Kid n xera

Kid n xera Bandar Baru Selayang/KL alternative,rock,jam band
Waa.. mase band nie nk ngah set up2 ade request dri si Ketul iaitu mc gig nie tuk wish sorang bufday gurl ni. Haha… Si gurl yg name tasya nie pun naik atas stage n sume crowd nanyik lahh beramaii2 tuk si Tasya nie… waaaa bertuahh nyer badan… Lepas aje dri tue, Kid n xera dapat lah bertahtaa di stage. Aku mmg dh penah dgr lagu2 dieorg nie kt page dieorg, best ok.. n ari nie aku dapat tgk live.. mmg xdapat dinafikan Kid n xera nie power. Dah ade crowd yg tau lagu dieorg n sing along.. hebatt tue.. dieorg kte dieorg nie punk rock n baru nyer version… cewaahh…Voc dieorg pun sgt2 best, n aku sgt2 berpuas ati dgn lagu2 n band ni ari tu. Aku ngah tunggu cd dieorg nie kuarr.. bile lah agaknye… haha…
Dieorg nyanyik 5 lagu ari tue iaitu
1.Funky wacky
2.Cinta x
3.Angel
4.By'me
5.Cerita kita

Band seterusnye Awanband

Awanband/KL Alternative,rock,indie
Band nie naik aje atas stage utk set up mane yg patut crowd dh jerit2… aduh meriahh sungguh penangan awanband nie.. maybe sbb dieorg nie comel2 belaka kot. Haha.. yg aku perasan dieorg dh banyak main gig n dh ade crowd sendri.. 3 band mate awanband nie dari sentul and 2 lagi dri cheras. Wahh detail kan info aku… aku sempat chit chot2 ngan boboi band mate awanband n die pun ngan stady nyer chite lah serba sedikit tentang gig ari tue.. hehehe….. So ari tue dieorg main 5 lagu.. Ade balada n ade slow rock.. Aper2 pun lagu dieorg nie still leh wt crowd goyang2 n ade jugak yg moshh.. mcmane tue… haha….
Lagu yg dieorg bawak dat day :
1.Melangkah
2.Belengu
3.I want you to know
4.Melayang
5.Can Wait (Dance wit you)
Dieorg nie xlame lagi akan release demo.. InsyaAllah lahh.. kte boboi jugak… dalam bulan 7 @ 8 agaknye. hehe… Hope dieorg nie trus sukses n aku nk gak beli demo dieorg nie… sure bomm kan??...

Band ke 9 Spritz!!!

Spritz!!!/Ampang Experimental indie
Aku dah banyak kali tgk dieorg nie perform. N nie lah first gig besar dieorg. Exsperimental indie mmg lain dari yang lain. Banyak main effect gitar yang sememangnye sinonim ngan gitaris dieorg iaitu Yan. Crowd mcm agak xberminat ngan lagu2 dieorg tp show must go on.. Part yang dieorg layan dieorg layan lah.. haha… Tapi Voc dieorg still maintain n bagitau yg dieorg nyer cd ade jual kt bawah tempat beli tiket, yang best nyer dieorg nie ade jual lagu dieorg guna blootot(bluethooth).. haha… mmg best.. Aper2 pun aku tetap layan lagu dieorg sbb dh terbiase ngan dieorg lagu2 dieorg nie.. Dieorg bawak 5 lagu sendri n 1 lagu cover dri Muse. Lagu2 dieorg :
1.Intro
2.Sarcastic lullaby
3.Asylum
4.Muscle museum (cover muse)
5.Blinded by da light
6.Misery
Aper2 pun dieorg dh wt yg terbaik dat day. Huhu..


Lepas dripada Spritz!!! Muncul lak Half asleep

Half Asleep/KL,Sg Petani Punkrock
Sebelum dieorg perform, crowd diminta tuk relax jap tuk menghormati waktu maghrib time tue. 15minit aje. Half asleep pun naik stage tuk set up ape yang patut. Yang aku tau ade band mate dieorg iaitu dieorg nyer bassis xdatang dat day n dieorg pinjam Bunkface nyer band mate tuk ganti mamat yang xdatang tue. Lepas 15 minit, crowd dh xsabar2 nk mengila ngan band punk rock nie. Aku yang dh hafal lagu2 dieorg turut sing along ngan kid yang mmg lompat2 aje keje die atas pentas tue. Haha.. Band nie mmg bawak fenomena lah dalam mcpa tue dat day. Crowd yang mengila lompat n xlupe jugak yang duk slam sepanjang band nie nyanyik. Nakid voc dieorg pun maintain aje lepas satu-satu lagu dieorg nie perform.. nampak lah yang dieorg nie sgt2 komitet n xnak hampekan fans dieorg.. cewaahh.. w/pun dieorg xinformm kt crowd dat day, maybe lupe or xingt.. dieorg ade jual t-shirt n sticker hand made kt bawah. Lawa dieorg nyer sticker. Hehe… dat day dieorg bawak 8 lagu, 5 lagu sendri n 3 lagu cover.
1.Blitzkier bop (cover-Ramones)
2.Get there in time
3.Future rockstar
4.Scar
5.2nd song
6.Cant falling in love with u(cover-Elvis)

7.Cry on
8.Stickin my eye (cover-Nofx)
Sume org sgt2 berpuas ati ngan band nie termasuk lah aku.. haha..

Lepas Half Asleep masuk lak band Bunkface.
Bunkface aku no komen dan keseluruhan band2 yang main pastue no komen sebab aku dah balik umah haha…sori to all bands…sebab aku tak larat aa…peace

Dah berakhirnya rebiu nih…

p/s: Sori sebab gambar tak banyak so alang2 tak payah aa letak semua... :)

Text by Ckin and Amri

Sunday, March 30, 2008

Rebiu Gig Bunyi Vol 1

Bunyi! vol 1 Andamedia –Skizo studio Cheras 16 Febuari 2008

1.irama 2.projek hair spray 3.pickpocket 4.sandra in urgent 5.funkydory 6.frasa7.news at 11 8.corn in da cup 9.lord sunny day 10.bunkface

(Sori ini adalah cacatan peribadi semata-mata dan lagi satu aku tak study pun pasal event nih haha ikut suka aku lah nak rebiu cammaner-ed)

Ha…Ini adalah kali kedua aku pegi kat Skizo studio ni.Berdasarkan pengalaman minggu lepas yang aku pegi disebabkan takde kaki (geng) tu yang aku cabut balik haha. Boring aa sebab takde orang yang aku kenal…Tapi gig bunyi vol 1 nih adalah gig yang paling aku terhibur…Mahu tak aku ada ramai kenalan yang aku kenal.Itu pun aku telah beberapa lagi dijemput so kat sinilah aku mula nak buat liputan…Ok gig nih aku tak tahu kenapa dipanggil bunyi nanti2lah aku tanye organizer dia(ceh padahal kenal-ed) yang dianjurkan oleh Andamedia Ini adalah kali ke-3 diorang organize gig.Memang menarik dan berdasarkan band-band yang perform pun aku tak kenal dan tak pernah dengar pun maka inilah waktu nya aku mencari kenalan dalam bentuk yang baru… hehe..Acara gig bermula lebih 2.45 ptg dan aku pulak boleh datang lambat… dah la lambat aku leh bantai melepak ngan Afiq ngan Acad dengan sapa ntah lagi sorang aku dah lupe nama dia boleh pegi lepak minum kat mapley… Naik2 je aku tgk band Projekct Hairspray tgh dah nak habis beraksi. Serius aku cakap diorang main best terutama vocal (gurl) nya yang lunak…Hingga menusuk kalbu tapi time tu pulak crowd cam malu-malu kucing Semua nya pakat2 duduk macam dengar ceramah Pas haha!!! Aku gurau je… Ok diorang nih main lagu ciptaan diorang sendiri. Datang dari pelbagai negeri dan sorilah aku tak ingat diorang main musik cammaner… Cam lelagu kat club je haha maklumlah dahla aku masuk lambat. Yang penting sekali Projekct Hairspary memang terer dan pandai entertain… Cukup terhibur aku walaupun aku dapat dengar satu lagu je… setelah diselidik rapi band Project Hairspray nie bawak Gende Fusion, First lagu yg dieorg bawak ialah Toto - Georgy Porgy, pengaruh besar dieorg ktenyer. Lagu ke2 dieorg lak Lagu untuk kau dan ke 3 Kau yang masih.
Lupe lah plak kt band first kan, Irama name nye… Main lagu pop rock, ari tue dieorg bawak 4 lagu sendri mcm Bagasi, Selamatkan aku, Engkaulah gadis, dan last skali lagu Selamat tinggal.
Band ke-3 lak Pickpoket tetiba je Afiq ajak keluar lepak g hisap rokok… Entah apahal sangap sangat aku pun ikut je tanpa mempedulikan Pickpocket…(sori pickpocket-ed)
Band ke 4 plak Sandra In urgent dieorg bawak 4 lagu yg sah2 lahh best, mcm my sky, fantasimu, fagged, love n hate... Aku layan gile lah lagu fantasimu sbb aku penah dgr kt myspace lagu nie. Dieorg kate lah dieorg nyer lagu ala-ala indie + alternative + progressive. Yer lahh gitu kot, second Voc die pun jambuu sgt2.. Stan name die dgr2 lead dieorg xdapat dtg sbb ade hal lain ang xdapat dielakkan. Lepas abis aje dieorg nie, masuk lak Band Funky Dory sebagai band ke 5..First lagu aje dh wt orang terkinja-kinja sbb intro dieorg nie lagu Gaban. Sgt2 stail lah voc die bawak.. Siap ajak crowd sing along. Tak lupe jugak kt awek2 yg kasik sticker cun kt crowd n aku juge xketinggalan tuk ambik 1.. haha…
Lepas tue pasti nye Frasa sbagai band ke 6. Crowd still gak cam nk xnak aje…Tp nk wt cam ner kan, aku terus layan aje. Berdansa ngan lagu2 Frasa yg pastinye fast mood. Voc dieorg nie mmg sangat2 anergetik and aktif. Nyanyi 4 lagu and 1 slow song. Voc Frasa mcm agak tak puas ati lah ngan crowd yg xnk support band2 lain. Entah lah dieorg nie tggu band mane yg main. Haha..
Selepas Frasa giliran News at 11 plak. Menampilkan 5 org line up ade plak yang main keyboard. Waaa… lepas dripada band News at 11 nie tampil plak band ke 8. Line-up band nie sumer nyer mude2 remaje. Pakat panggil adiklah sumernyer tediri daripada Nuqman sebagai voc, Kuri drummer, Ayat bermain guitar utama, Botak gitar kedua dan si capiq bermain bass. Entah nape dieorg nie mula2 agak gugup maybe sbb nie gig first dieorg.. haha… takut n malu2 lagi.
Tak lame lagi kuar lahh demo dieorg nie. Lepas band Corn in Cup yang comel2 tu dari Jasin…Dah lama aku tak dengar band yang datang dari Jasin_Melaka…lagu favorite aku Corn In Cup nie ialah Take My Hand dan merupakan first time gig diorang pastue main kat KL memang best aa korang.haha Diorang main 3 lagu je hm…
Muncul plak band Lord Sunny Day, aku xdapat nk tgk lak band nie, sbb kna ambik hangin luarr plak..Sori guys…
Leh tahan gak aa panas disbbkan agak ramaii kot crowd. Mereka2 ajelah yang menghayati lagu2 band Lord Sunny day tuh. Huhu.. Lepas aje band Lord Sunny Day tue perform masuk lak band yang ditunggu ramai.
Haha.. aku first time tgk band Bunkface nie perform. Sgt2 lah energetic n wt crowd jadik gile time last nie. Dieorg pun leh tahan capek lah melayan kehendak peminat yang asyik2 mintak lagu x bagi dieorg nie berenti nyanyi. Leh plak berlaku nyer adengan moshing n slam kt dalam skizo.. haha.. gile lah sangat2 menghayati punk nyer band Bunkface nie. Mmg sgt2 berbaloi tggu smpai abis sbb part hujung nie mmg memberangsangkan. Haha.. Gig Bunyi ni berakhir dalam kul 8 gitu, awai gak lah. Aku pun balik dengan senang ati n nk sengih aje smpai telinge. -end

Text:Cikin n Amri

Luahan Enak Untuk Difikirkan Bersama


Salam pada semua...Sekian lama tak tak bersua..
Akhirnye menulis kembali aku hendaknye...
Disini aku nak bersuara,
didalam scene yang semakin
kurang para Pemikirnye..!!
Cuba lihat diluar sana,
pencakar langit yang kosnye berjuta-juta...
Untuk Siapa?!..Capitalism menggila!!..
Cuma kita yang tertutup mata..
Mereka semakin kaya!!..
Yang kita seperti kera tak berhenti bekerja,
Mencari wang dan serah semula..
nak kata negara tak kaya?!
bohong ler..
Dengan minyaknye,
sawitnye, getahnye, judinye, babinye, araknye dan sebagainye..
Mana wangnye?!..
Ke kocek mereka ker?...
Kita hanya mampu menganga,
Dibebankan cukai pula...nak Free?!
Kim salam ler...Air kosong pun 20 sen ler..
Rasuah?!Biasa ler..
Bahangnye lama dah terasa,
barang-barang naik belaka..
Nie semua angkara siapa?!..
Ekonomi disalahkannye,
Tapi fikir sendiri ler...
siapa berkuasa?
kita antara yang tertinggi kos hidupnye,
Macamana orang luar nak datang meniaga,
cuba lihat india dan china ,
dekat sana semua murah belaka,
Itu sebab pelabur datang meniaga,
Buat kilang merata-rata,
ramai orang yang dah mula bekerja,
Negara pun menjadi kaya,
Tak macamkat Malaysia,
Berlagak aje tahunye..
Klcc pun nak bangga,
Tapi kita nak berbelanja kat sana ke?..
Tengok air pancut dan berjalan kat taman je ler...
Menjerit kat gig pun boleh tahan juga,
Tapi kepala MUSIC aje ler..
Apa yang yang diperjuangkan?!..
Entah ler..Sama-sama lihat ler..,
Kekadang meluat pun ada..
Tapi satu aku nak kata...
Setiap kejadian ada hikmahnye..
Setiap kejadian juga ada sebabnye..
Jadi sama-sama lah kita membuka minda...
Pejamkan mata...Fikir!!..apa sebabnye..
Sebab tu la ada otak di kepala..
Tak tahu guna?!..
Memang BANGANG ler....

By Obit
(taken from R.E zine #1 2008)

Dari Jamban Editor 01

We Are Still New In DIY Local Movement!!!


Huhu sorry to u guys especially to all reader who had support/beli/membaca this zine...(sori saje nak speaking-ed) Ok memandangkan kesemua zine maker dah request pakat2 semua nak ber'blogger so kami pun taknak ketinggalan aa jugak...maybe dah tiba masenyer untuk menjadikan bidang (Re zine) nih lebih serius lagi walaupun still lagi dalam kancah DIY...Namum maaf kiranye kalau ade tersalah fakta atau terkasar bahasa yg bisa membuat kamu atau pembaca tersinggung lebih2 lagi di ruang yang lebih terbuka kat dalam ini...

So...ape yang kami nak buat dahulu mengenai blog Re zine ni...aku nak keluarkan kesemua bahan2 lame terlebih dahulu (saje nak bagi penuh) and just lihat aa tarikh atau tahun so korang boleh guide yg mane satu yg terbaru atau yg mane satu yang lame...Maybe korang leh lah melihat serba sedikit kesilapan yang kami buat selama ini dan kami kat sini sentiasa berfikiran terbuka dalam ape jua kritikan,kutukan dan sebagainya...(walaupun kadangkala tak beberapa setuju) menjadikan Re zine ni sebagai bahan bacaan yang masih lagi ringan,berinformasi dan (berlonggoknya) idea hanya sekadar untuk memeriahkan suasana dan kami kat sini perlukan support dari korang (blogger) Ok...(tak lupe kepada semua editor zine yg lain-ed)

Namum ape yang ingin kami nak announce sekali lagi kat sini...Re zine ini adalah untuk kesemua genre DIY tak kiralah Hc/punk/grind/crust/ska/grunge/metal ini adalah untuk semua...Ianya tak tertakluk pada mane2 genre musik ok...Ini adalah random...bezanya haha korang lihat aa sendiri

Kami kat sini sentiasa mengalu-alukan sebarang contribution,request,trade dan sebagainya agar kite sesame umat dapat berkongsi pendapat,info atau idea untuk menjadikan underground (secara umumnye) ianya bukan sekadar musik semata-mata...Ia lebih daripada tu ok...So untuk fasa permulaan ni korang just tahan ajelah bijik mata dengan melihat bahan-bahan lama yg ada kat dalam ni...Tapi biler dah setel je sesikit sudah pasti bahan2 yang terbaru akan menyusul sebagai tanda untuk memeriahkan scene DIY yang semakin menyengat saban hari apetah lagi setiap minggu ade 2 3 gig berlansung (skrg kat KL)...Sori aa tak dapek aa nak kejar tapi slow2 aa sikit kitaorang kat sini nak follow ok...:)

Thanks a lot guys and you are wellcome...peace :)

Dari sang editor...