KOTA BHARU 12 Julai – Seramai 112 orang termasuk seorang guru di tahan ketika berhibur beramai-ramai tanpa permit di sebuah bangunan di Jalan Tanjung Chat dekat sini petang ini.Mereka yang terdiri daripada 10 kumpulan yang masing-masing berusia antara 17 hingga 34 tahun ditahan ketika menari dalam keadaan bersesak dalam sebuah bilik dengan band indie.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mereka ditahan sepasukan pegawai diketuai Asisten Superintendan Sanusi Salleh, kira-kira pukul 5.30 petang.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan muzik yang digunakan untuk tindakan lanjut.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar, guru dan penuntut institut pengajian awam (IPTA).
“Kita dapati kumpulan terbabit yang berasal dari Johor dan Singapura itu mengadakan perhimpunan secara haram kerana tiada permit diberikan kepada meraka”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zahruddin berkata, remaja terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana melakukan perhimpunan tanpa permit.
Katanya, pihaknya akan menjalankan ujian saringan air kencing terhadap mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut.
(taken from Mingguan Meloya 13 Julai)
Sang Editor:
Aku tak tahu lagi apa yang tengah berlaku skrg nih.Mende nih pun masih baru lagi.So there is no comment about this thing!!! Anyway aku harap bebudak2 and band2 yang join gig tuh dapat keluar dengan selamat...
Aku tak tahu lagi apa yang tengah berlaku skrg nih.Mende nih pun masih baru lagi.So there is no comment about this thing!!! Anyway aku harap bebudak2 and band2 yang join gig tuh dapat keluar dengan selamat...





